Square Electronic Arts

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Square Electronic Arts L.L.C., juga dikenali sebagai Square EA, merupakan bekas gabungan di antara pereka permainan video konsol iaitu Squaresoft dan Electronic Arts. Diumumkan pada 27 April, 1998, Square EA diasaskan di Costa Mesa, California dan beroperasi di bawah pengawasan presiden Square dan CEO Jun Iwasaki, dan bertanggungjawab menerbitkan setiap judul permainan video yang dihasilkan Square di Amerika Utara. Sebaliknya, Electronic Arts Square, K.K., dibentuk pada waktu yang sama dan berasas di Jepun, bertanggungjawab menerbitkan judul setiap judul permainan video yang dihasilkan oleh Eletrnoic Arts di Asia. Di bawah terma-terma persetujuan, Electronic Arts memiliki 30 peratus daripada Square EA dan Square memiliki 30 peratus EA Square.