Squid Game

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Squid Game
Logo Squid Game
Genre
PenciptaNetflix
Ditulis olehHwang Dong-hyuk
PengarahHwang Dong-hyuk
Dibintangi oleh
PenggubahJung Jae-il
Negara asalKorea Selatan
BahasaKorea
Bilangan episod9 (Senarai episod)
Penerbitan
Pemasangan kamera
Kamera pelbagai
Tempoh siaran32–63 minit
Syarikat penerbitan
Siren Pictures Inc.[1]
Syarikat pengedaran
Netflix
Penyiaran
Saluran asalNetflix
Format gambar
Format audioDolby Atmos
Siaran asal17 September 2021 (2021-09-17)

Squid Game (Hangul오징어게임; RROjingeo Geim; lit. "Permainan Sotong") adalah siri televisyen drama survival Korea Selatan yang ditulis dan diarahkan oleh Hwang Dong-hyuk untuk servis penstriman Netflix. Siri sembilan episod tersebut, yang dibintangi oleh Lee Jung-jae, Park Hae-soo dan Wi Ha-joon, menceritakan kisah sekumpulan orang yang mempertaruhkan nyawa mereka dalam permainan kelangsungan hidup misteri dengan hadiah 45.6 bilion.[2][3] Ia dilancarkan dalam pelantar Netflix ke seluruh dunia pada 17 September 2021.[4][5]

Netflix mengumumkan jalannya membikin musim kedua untuk siri ini pada bulan Jun 2022[6][7] yang dirancang bakal ditayangkan pada lewat tahun 2023 atau awal tahun 2024.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

456 orang yang kesemuanya berdepan masalah kewangan meruncing dalam hidup, ditawarkan bermain dalam sebuah pertandingan yang penuh misteri terdiri dari pusingan permainan kanak-kanak tradisional tetapi dengan penuh risiko berbahaya. Mereka perlu mempertaruhkan nyawa mereka untuk bersaing untuk mendapatkan hadiah 45.6 bilion, yang hanya akan dimenangi oleh seorang pemenang.

Barisan pelakon[sunting | sunting sumber]

Watak utama[sunting | sunting sumber]

Sumber:[8]

  • Lee Jung-jae sebagai Seong Gi-hun (No. 456)[9]
Seorang pemandu lori dan kaki judi. Dia tinggal bersama ibunya dan berjuang untuk menyara anak perempuannya bagi menghalangnya berpindah ke Amerika Syarikat bersama bekas isterinya. Dia mengambil bahagian dalam Permainan untuk menyelesaikan hutangnya yang banyak.
  • Park Hae-soo sebagai Cho Sang-woo (No. 218)
Bekerja dalam bidang pelaburan di salah sebuah syarikat sekuriti. Dia adalah junior kepada Gi-hun, dan merupakan pelajar pintar yang memasuki Universiti Kebangsaan Seoul, tetapi sekarang dikehendaki oleh polis kerana bertindak menyalahgunakan wang dari pelanggannya.
  • Oh Young-soo sebagai Oh Il-nam (No. 001)
Seorang lelaki tua yang menghidap penyakit barah otak yang lebih suka bermain Permainan daripada menunggu ajal menjemputnya di dunia luar.
  • Jung Ho-yeon sebagai Kang Sae-byeok (No. 067)
Seorang pelarian yang berasal dari Korea Utara yang memasuki Permainan untuk mengupah broker yang dapat mencari dan mengambil anggota keluarganya yang masih hidup dari negara komunis itu.
  • Heo Sung-tae sebagai Jang Deok-su (No. 101)
Seorang samseng yang menyertai Permainan untuk membayar kembali duit milik ketua kumpulan gangster yang dicurinya.
  • Anupam Tripathi sebagai Abdul Ali (No. 199)
Seorang pekerja asing dari Pakistan yang menyertai Permainan untuk menampung kehidupan keluarganya yang mempunyai seorang bayi kecil setelah majikannya gagal membayar gajinya selama berbulan-bulan.
  • Kim Joo-ryoung sebagai Han Mi-nyeo (No. 212)
Seorang wanita bermulut celupar dan gemar mengadu domba yang mengaku dirinya sebagai ibu tunggal yang miskin.[10]

Watak sokongan[sunting | sunting sumber]

  • Yoo Sung-joo sebagai Byeong-gi (No. 111)
Seorang doktor yang secara diam-diam bekerja dengan sekumpulan pengawal di dalam Permainan untuk memperdagangkan organ peserta yang mati sebagai pertukaran maklumat mengenai permainan yang akan datang.
  • Lee Yoo-mi sebagai Ji-yeong (No. 240)
Seorang wanita muda yang baru dibebaskan dari penjara setelah membunuh ayahnya yang sering menderanya.
  • Kim Si-hyun sebagai No. 244
Seorang paderi yang kembali beriman dalam Permainan ini.

Watak kecil[sunting | sunting sumber]

  • Lee Sang-hee sebagai No. 017
Pembuat kaca dengan pengalaman lebih dari 30 tahun.
  • Kim Yun-tae sebagai No. 069
Seorang pemain yang menyertai Permainan dengan isterinya, No. 070
Seorang pemain yang menyertai Permainan dengan suaminya, No. 069
  • Kwak Ja-hyoung sebagai No. 278
Seorang pemain yang bergabung dengan kumpulan Deok-su dan bertindak sebagai anak buahnya.

"Kakitangan" Permainan[sunting | sunting sumber]

Orang awam[sunting | sunting sumber]

  • Wi Ha-joon sebagai Hwang Jun-ho
Seorang pegawai polis yang menyelinap ke dalam Permainan untuk mencari abangnya yang hilang.[12]
  • Kim Young-ok sebagai ibu Gi-hun
  • Jo A-in sebagai Seong Ga-yeong, anak perempuan Gi-hun
  • Kang Mal-geum sebagai bekas isteri Gi-hun dan ibu Ga-yeong
  • Park Hye-jin sebagai ibu Sang-woo
  • Park Si-wan sebagai Kang Cheol, adik lelaki Sae-byeok

Produksi[sunting | sunting sumber]

Pembikinan[sunting | sunting sumber]

Pada 2 September 2019, Netflix mengumumkan melalui siaran akhbar bahawa ia akan mengedarkan siri asal Korea yang lain, pada mulanya berjudul Round Six yang bakal ditulis dan dihasilkan oleh Hwang Dong-hyuk. Cerita ini diilhamkan oleh permainan kanak-kanak Korea yang popular dari tahun 1970-an dan 1980-an yang dikenali dengan nama setempat diterjemahkan kepada tajuk siri akhir ini.[13][14]

Pemilihan pelakon[sunting | sunting sumber]

Pemilihan pelakon siri ini telah disahkan pada 17 Jun 2020.[15]

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Sambutan penonton[sunting | sunting sumber]

Menurut Flix Patrol, Squid Game berada di tempat kedua dalam kategori global 'TOP TV Shows on Netflix' di bawah drama Inggeris Sex Education di kedudukan global Netflix pada 20 September. Ini adalah ranking tertinggi yang dicapai oleh sebuah drama Korea di Netflix.[16][17]

Penerimaan kritis[sunting | sunting sumber]

Pengagregat ulasan Rotten Tomatoes memberikan siri ini penilaian 100% berdasarkan 7 ulasan, dengan penilaian purata 8.50 daripada 10.[18]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lee, Julie (August 10, 2021). "Squid Game invites you to deadly childhood games on September 17". Netflix Media Center. Diarkibkan daripada yang asal pada August 11, 2021. Dicapai pada August 12, 2021.
  2. ^ "Squid Game - (Korean Drama, 2020, 오징어게임)". HanCinema (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Ogos 2021.
  3. ^ "Korean series 'Squid Game' gives deadly twist to children's games". ABS-CBN News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 September 2021.
  4. ^ Kim Ji-won (11 Ogos 2021). "전여빈 나나 류경수 '글리치' 촬영 중단 "보조출연자 코로나 확진"[공식]" [[Rasmi] 'Squid Game' oleh Lee Jung-jae X ParkHae-soo akan dilancarkan di Netflix pada 17 September]. Ten Asia (dalam bahasa Korea). Naver. Dicapai pada 12 Ogos 2021.
  5. ^ Robinson, Jacob (11 Ogos 2021). "Netflix K-Drama Thriller 'Squid Game' Season 1: Coming to Netflix in September 2021". What's on Netflix (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Ogos 2021.
  6. ^ Roth, Emma (June 12, 2022). "Squid Game season two is finally, officially announced for Netflix". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada June 12, 2022. Dicapai pada June 12, 2022.
  7. ^ Anderson, Nellie (June 12, 2022). "'Squid Game' Season 2 Greenlighted By Netflix; Creator Hwang Dong-hyuk Teases Returning & New Characters". Deadline Hollywood. Diarkibkan daripada yang asal pada June 12, 2022. Dicapai pada June 12, 2022.
  8. ^ Kim Yoo-jin (26 Ogos 2021). "'오징어 게임' 오영수·위하준→허성태·김주령, 목숨 건 '일촉즉발' 서바이벌 참가" ['Squid Game' Oh Young-soo, Wi Ha-joon → Heo Seong-tae, Kim Joo-ryung turut serta dalam survival 'one-touch' yang mengancam nyawa]. Xports News (dalam bahasa Korea). Naver. Dicapai pada 26 Ogos 2021.
  9. ^ Bae Hyo-joo (11 Ogos 2021). "이정재, 456억 향한 질주" 넷플릭스 '오징어 게임' 9월17일 공개[공식]" [Lee Jung-jae, melonjak ke arah 45.6 bilion” Netflix ‘Squid Game’ yang dilancarkan pada 17 September [Rasmi]]. Newsen (dalam bahasa Korea). Naver. Dicapai pada 12 Ogos 2021.
  10. ^ Lee Da-won (18 September 2021). "'오징어 게임' 이 여자 누구야?" [Siapa gadis ini dari 'Squid Game'?]. Sports trend (dalam bahasa Korea). Naver. Dicapai pada 18 September 2021.
  11. ^ Lee Ye-eun (21 Julai 2020). "[공식입장] 공유 측 "넷플릭스 '오징어 게임' 특별 출연…'도가니' 감독과의 인연"" [[Kedudukan Rasmi] Sisi Gong Yoo "Penampilan istimewa di 'Squid Game' Netflix ... Hubungan dengan pengarah 'The Crucible'"]. My Daily (dalam bahasa Korea). Naver. Dicapai pada 12 Ogos 2021.
  12. ^ Jang Ah-reum (2 Jun 2020). "[단독] 위하준, 넷플릭스 오리지널 '오징어 게임' 합류…이정재와 호흡" [[Eksklusif] Ha-Jun Wi bergabung dengan rancangan asli Netflix 'Squid Game' ... Bernafas bersama Lee Jung-jae]. News 1 (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 12 Ogos 2021.
  13. ^ "DIRECTOR HWANG DONG-HYUK TO PRODUCE NEW KOREAN ORIGINAL SERIES, ROUND SIX". Netflix (dalam bahasa Inggeris). 2 September 2019. Dicapai pada 12 Ogos 2021.
  14. ^ Lee Jeong-yeon (6 Ogos 2021). "'고요의 바다' '오징어게임'…넷플릭스 대작들 개봉박두'" ['Squid Game' ... pelancaran blockbuster Netflix]. Sports Donga (dalam bahasa Korea). Naver. Dicapai pada 12 Ogos 2021.
  15. ^ Jeong Hee-yeon (17 Jun 2020). "'오징어 게임' 허성태-위하준-김주령-정호연 캐스팅 확정 [공식]" [Para pelakon 'Squid Game' disahkan [Rasmi]]. Sports Donga (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 12 Ogos 2021.
  16. ^ "TOP TV Shows on Netflix on September 20, 2021". Flix Patrol (dalam bahasa Inggeris). 20 September 2021. Dicapai pada 21 September 2021.
  17. ^ Jang Ji-min (21 September 2021). "'오징어게임' 韓 최고 기록 세웠다…전세계 넷플릭스 2위" ['Squid Game' sets Korea's best record... 2nd place on Netflix worldwide]. Korea Economic Daily (dalam bahasa Korea). Naver. Dicapai pada 21 September 2021.
  18. ^ "SQUID GAME: SEASON 1 (2021)". Rotten Tomatoes (dalam bahasa Inggeris). Fandango Media. Dicapai pada 22 September 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]