Filem Sri Mersing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sri Mersing (filem))
Lompat ke: pandu arah, cari
Sri Mersing
Pengarah Salleh Ghani
Penerbit Cathay-Keris Film Productions
Dibintangi oleh Nordin Ahmad & Latifah Omar
Sinematografi Hitam-putih
Mula ditayangkan
(1961-04-26) 26 April 1961 (umur 56) [1]
Negara Singapura
Bahasa Bahasa Melayu

Filem Sri Mersing merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1961. Filem Sri Mersing diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Filem Sri Mersing diarah oleh pengarah Salleh Ghani pada 1961.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Ia mengisahkan mengenai Damaq, seorang pendatang yang memulakan hidup baru di kampung lain. Dia merupakan seorang yang jujur dan ikhlas. Apabila Damaq menyelamatkan Sri, gadis cantik dikampung itu, dia terpaksa berlawan dengan Awang Sulung. Sungguhpun kalah, Awang membuat fitnah yang memaksa Damaq keluar dari kampung tersebut.

Ayah Sri, Pak Malau mendapat tahu bahawa Awanglah sebenarnya yang menjadi dalang disebalik kehilangan Sri. Walaupun Pak Malau cuba memujuk Damaq dan keluarganya dari pergi, Damaq tetap pergi dari kampung tersebut.


Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Neng Yatimah
  • Rahmah Ali
  • Saadiah
  • Yem sebagai Pak Malau
  • Aminah Yem
  • Wahid Satay
  • Fatimah Shariff
  • Ahmad Sabri
  • Mak Dara

Ia diterbitkan oleh Ho Ah Loke dan Loke Wan Tho.

Lagu[sunting | sunting sumber]

  • Joget Sri Mersing - Mak Dara & Ahmad Yem

Pautan luar[sunting | sunting sumber]