Stade Pierre de Coubertin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stade Pierre de Coubertin
LokasiParis, Perancis
KapasitiBola keranjang: 4,200
Tinju: 4,836
Pembinaan
Dibuka1937
Pengubahsuaian1946, 1990
Diperluas1990
ArkitekCarre & Clavel
Didier Drummond (pengubahsuaian 1990)[1]
Tuan rumah
Akhir Jelajah Dunia ATP (Tenis) (1971)
Open GDF Suez (Tennis) (1993– 2014)
Terbuka Perancis (Badminton)
Paris Saint-Germain (Bola baling)
Paris BR (Bola keranjang)
Levallois Sporting Club (Bola keranjang)
Paris-Levallois (Bola keranjang)

Stade Pierre de Coubertin (Bahasa Perancis untuk Stadium Pierre de Coubertin) ialah sebuah arena tertutup yang terletak di Paris, Perancis. Ia adalah tempat tuan rumah pasukan Paris Saint-Germain Handball. Pada masa ini, arena itu mempunyai kapasiti tempat duduk 4,200 orang untuk permainan bola keranjang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Stade Pierre de Coubertin telah dibuka pada 1937, untuk Pameran Sedunia, dan ia telah dibina semula selepas pengeboman yang berlaku semasa Perang Dunia Kedua.[2] Stadium ini digunakan sebagai pusat tahanan semasa pembunuhan beramai-ramai di Paris pada 1961.[3] Pada tahun 1990, arena ini telah menjalani pengubahsuaian, yang termasuk fasad baharu, pengembangan kapasiti tempat duduknya, dan penambahan pelbagai kawasan perkhidmatan.[1]

Selain sebelum ini menjadi arena rumah pasukan bola keranjang Paris BR, Levallois Sporting Club, dan Paris-Levallois, setiap tahun Stade Pierre de Coubertin juga menganjurkan pelbagai acara sukan, seperti Grand Prix lawan pedang: Challenge International de Paris (pada Januari) dan Challenge Monal (pada Februari), kejohanan tenis wanita Open GDF Suez, dan Internationaux de France de Badminton.[4] Arena tersebut telah dipilih untuk menjadi tempat pertandingan bola gol pada Paralimpik Musim Panas 2024.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "STADE PIERRE-DE-COUBERTIN". Paris 2024 (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 November 2019.
  2. ^ "Stade Pierre de Coubertin". Paris.fr (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 13 November 2019.
  3. ^ "Le 17 octobre 1961 à Paris : une démonstration algérienne, un massacre colonial". Musée National de l'histoire de l'immigration (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 13 November 2019.
  4. ^ "Les Internationaux de France de Badminton 2022 au stade Pierre de Coubertin". sortiraparis.com (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 24 Oktober 2022.
  5. ^ "Paris 2024". Architecture of the Games (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Disember 2020.


Koordinat: 48°50′07″N 2°15′22″E / 48.83528°N 2.25611°E / 48.83528; 2.25611

Didahului oleh
Gimnasium Metropolitan Tokyo
Tokyo
Piala Masters
Tempat

1971
Diikuti oleh:
Palau Blaugrana
Barcelona