Stadio Atleti Azzurri d'Italia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Stadio Atleti Azzurri d'Italia
Bergamo stadio dalla Rocca.JPG
Nama lamaStadio Mario Brumana (1928–1945)
LokasiBergamo, Itali
Koordinat45°42′32″N 9°40′51″E / 45.70889°N 9.68083°E / 45.70889; 9.68083Koordinat: 45°42′32″N 9°40′51″E / 45.70889°N 9.68083°E / 45.70889; 9.68083
Pecah tanah1927
Dibuka23 Disember 1928[1]
PemilikPihak perbandaran Bergamo
PermukaanGrass
120x70m
Kapasiti
26,562[2]
Penyewa
Atalanta B.C. (1928-kini)
U.C. AlbinoLeffe (2003-kini)

Atleti Azzurri d'Italia merupakan sebuah stadium yang terletak di Bergamo, Itali. Stadium ini digunakan oleh pasukan bola sepak iaitu Atalanta dan Albinoleffe. Padang di sini berukuran 120 meter panjang dan kelebaran 70 meter. Selain itu, ia mempunyai kapasiti sebanyak 26,562.

Stadium ini dilihat ketinggalan kerana tidak memenuhi standard Serie A kerana kemudahan yang tidak mencukupi, pandangan hambar dari beberapa tempat duduk kerana banyak di bahagian-bahagian stadium yang tidak ditutupi bumbung.

Pada dekad-dekad akhir ini, beberapa projek untuk stadium baru diutarakan termasuk isu-iu pembiayaan dan lokasi mengenai rancangan ini. Keputusannya, satu pelan telah dicadangkan secara beransur-ansur untuk membangunkan stadium dan akhirnya, peringkat pertama pembinaan telah siap sebaik sahaja bermulanya musim 2015-2016.

Penambahbaikan stadium peringkat pertama menyaksikan pemindahan halangan sebelah padang, salah satu stadium Serie A pertama membuat perubahan ini bersama-sama dengan pengurusan yang lebih baik dan kemudahan bangku pemain gantian dan pengenalan mewah Sky Boxes di atas tempat duduk yang lengkap dengan sofa, skrin dan kemudahan TV. Terdapat juga kawasan khusus untuk menampung penonton kurang upaya. Pada masa yang sama, sidang akhbar telah diturunkan dan berpindah ke tempat yang lebih memudahkan wartawan bersidang lebih dekat. Penambahbaikan ini mengurangkan kos kapasiti keseluruhan sekitar 3,000 tempat duduk.

Atalanta dipilih menjadi salah satu kelab pertama memperkenalkan larangan merokok di dalam stadium, walaupun larangan ini tidak diperlukan oleh mana-mana garis panduan undang-undang semasa.

Catatan[sunting | sunting sumber]

2. "L’Atalanta all’esordio nel nuovo stadio" [1]]

Templat:Atalanta B.C. Templat:Stadium Serie A