Stadium 974

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stadium 974
Nama silamStadium Ras Abu Aboud
LokasiRas Abu Aboud, Qatar
Koordinat25°17′24″N 51°33′54″E / 25.290°N 51.565°E / 25.290; 51.565Koordinat: 25°17′24″N 51°33′54″E / 25.290°N 51.565°E / 25.290; 51.565
Kapasiti44,089
PermukaanRumput
Pembinaan
Pecah tanah2018
Dibuka30 November 2021
Ditutup5 Disember 2022
ArkitekFenwick Iribarren Architects
Jurutera strukturSchlaich Bergermann Partners

Stadium 974 (Arab: استاد ٩٧٤, rumi: ʾIstād 974, sebelum ini dikenali sebagai Stadium Ras Abu Aboud) ialah sebuah stadium bola sepak di Ras Abu Aboud, Doha, Qatar. Dibuka pada 30 November 2021, ia merupakan venue sementara yang diperbuat daripada 974 kontena perkapalan kitar semula yang akan menganjurkan perlawanan semasa Piala Dunia FIFA 2022, selepas itu ia akan dileraikan. Ia merupakan venue sementara pertama dalam sejarah Piala Dunia FIFA.


Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Stadium 974 telah direka oleh firma arkitek Fenwick Iribarren Architects[1][2], yang berpangkalan di Sepanyol, dibantu oleh firma kejuruteraan struktur, Schlaich Bergermann Partners dan firma konsultan kejuruteraan, Hilson Moran[3]. Ini merupakan stadium Piala Dunia FIFA pertama yang menggunakan konsep modular[3], di mana kesemua bahagian stadium ini boleh dileraikan dan dipasang kembali di lokasi lain, dengan jumlah kapasiti penonton yang sama[4]. Elemen utama stadium ini ialah penggunaan kontena sebanyak 974 buah yang digabung bersama menggunakan rangka keluli kukuh[5], menyebabkan stadium ini dinamakan Stadium 974. Selain itu, nombor 974 juga merupakan kod panggilan antarabangsa bagi negara Qatar (+974)[5].

Stadium ini tidak memiliki penghawa dingin[6], tidak seperti venue perlawanan Piala Dunia FIFA 2022 yang lain. Lokasi Stadium 974 yang terletak berhampiran Teluk Parsi membolehkan peredaran udara sejuk dari laut yang sangat baik ke tempat duduk penonton[6] dan membantu mengurangkan beban kepada sistem penyejukan stadium ini. Ruang dalam kontena digunakan untuk menyambungkan tangga-tangga, dijadikan sebagai tandas dan gerai makanan dan minuman.

Pada bulan September 2022, Stadium 974 mencapai penarafan 5-bintang di bawah Global Sustainability Assessment System[7]. Di bawah sistem ini, Stadium 974 mendapat skor Kategori A bagi pengurusan pembinaan dan 5-bintang bagi rekabentuk lestari[7][4].


Pembinaan[sunting | sunting sumber]

Kos keseluruhan pembinaan Stadium 974 ini dilaporkan sebanyak USD $200 bilion. Kerja-kerja pembinaan stadium ini bermula sekitar tahun 2017 dan dan dilancarkan secara rasmi pada bulan November 2021[8]. HBK Contracting Company yang berpangkalan di Qatar, dilantik sebagai kontraktor utama dan TiME Qatar dilantik sebagai pengurus projek dalam projek pembinaan Stadium 974 ini. Kos pembinaan dilaporkan rendah berbanding dengan kos pembinaan stadium secara kekal kerana penggunaan komponen pasang siap dan elemen modular yang terdapat dalam stadium ini, menyebabkan kurang impak bahan buangan terhadap alam sekitar semasa pembinaan stadium ini dijalankan.

Selain itu, penggunaan komponen pasang siap juga mampu mengurangkan kadar jejak carbon (CO2) yang dihasilkan[9]. Manakala, kadar penggunaan air juga berkurang sebanyak 40% oleh kerana kadar kecekapan penggunaan air yang lebih cekap direka untuk stadium ini.


Rekod perlawanan[sunting | sunting sumber]

Piala Negara-Negara Arab FIFA 2021[sunting | sunting sumber]

Tarikh Masa Pasukan #1 Keputusan Pasukan #2 Pusingan Jumlah penonton
30 November 2021 22:00  Emiriah Arab Bersatu 2–1  Syria Kumpulan B 4,129
3 Disember 2021 19:00  Mauritania 0–1  Emiriah Arab Bersatu 3,316
4 Disember 2021  Sudan 0–5  Mesir Kumpulan D 14,464
7 Disember 2021 18:00  Jordan 5–1  Palestin Kumpulan C 9,750
15 Disember 2021  Tunisia 1–0  Mesir Separuh akhir 36,427
18 Disember 2021 13:00  Mesir 0–0 (m.t.)
(4–5 pen.)
 Qatar Penentuan
tempat ketiga
30,978

Piala Dunia FIFA 2022[sunting | sunting sumber]

Tarikh Masa Pasukan #1 Keputusan Pasukan #2 Pusingan Jumlah penonton
22 November 2022 19:00  Mexico 0–0  Poland Kumpulan C 39,369
24 November 2022  Portugal 3–2  Ghana Kumpulan H 42,661
26 November 2022  Perancis 2–1  Denmark Kumpulan D 42,869
28 November 2022  Brazil 1–0  Switzerland Kumpulan G 43,649
30 November 2022 22:00  Poland 0–2  Argentina Kumpulan C 44,089
2 Disember 2022  Serbia 2–3  Switzerland Kumpulan G 41,378
5 Disember 2022  Brazil 4–1  Korea Selatan Pusingan 16 43,847


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "A Modular, Demountable Stadium Built From Shipping Containers Will Be Erected for Qatar 2022 World Cup". ArchDaily. 28 November 2017. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  2. ^ "Stadium 974". StadiumDB. Dicapai pada 21 April 2022.
  3. ^ a b "Stadium 974, a demountable arena built with shipping containers by Fenwick Iribarren Architects". Metalocus. 24 November 2022. Dicapai pada 15 Januari 2023.
  4. ^ a b "Stadium 974 achieves GSAS 5-star sustainability rating". The Peninsula. 31 Ogos 2022. Dicapai pada 15 Januari 2023.
  5. ^ a b "Demountable stadium built with shipping containers reaches completion in Qatar". Dezeen. 24 November 2021. Dicapai pada 15 Januari 2023.
  6. ^ a b Zainal, Zuraimee (7 Disember 2022). "Stadium 974 kontena ditanggalkan selepas Qatar 2022". Sinar Harian. Dicapai pada 15 Januari 2023.
  7. ^ a b "Qatar's Stadium 974 achieves 5-star sustainability rating". Arab News. 1 September 2022. Dicapai pada 15 Januari 2023.
  8. ^ "Stadium 974: Qatar's beacon of sustainability". Qatar2022. 18 Oktober 2022. Dicapai pada 15 Januari 2023.
  9. ^ "Stadium 974 will be Unveiled on November 30". ScaleMag. 21 November 2021. Dicapai pada 15 Januari 2023.