Stadium Nissan (Yokohama)
Stadium pada 2020 | |
| Lokasi | Taman Shin-Yokohama 3302-5 Kozukue-cho, Yokohama, Daerah Kanagawa, Jepun |
|---|---|
| Transit awam | JR Central: JR East: JH Yokohama Line at Kozukue Yokohama Municipal Subway: Tokyu Railways: Sagami Railway: |
| Pemilik | Bandar Yokohama |
| Pentadbir | Yokohama Sports Association, Yokohama F. Marinos |
| Kapasiti | 72,327[1] |
| Saiz Padang | 107 m x 72 m[1] |
| Permukaan | Rumput[1] |
| Pembinaan | |
| Dibuka | 1 Mac 1998 |
| Kos pembinaan | ¥60.3 billion |
| Tuan rumah | |
| Yokohama F. Marinos (1999–present) Yokohama Eagles (2022–present) Japan national football team | |
Stadium Antarabangsa Yokohama (横浜国際総合競技場, Yokohama Kokusai Sōgō Kyōgi-jō), atau dikenali sekarang sebagai Stadium Nissan (日産スタジアム, Nissan Sutajiamu) untuk tujuan penajaan, ialah sebuah Stadium pelbagai guna in Yokohama, Daerah Kanagawa, Jepun, yang dibuka pada Mac 1998. Stadium ini menempatkan pasukan Yokohama F. Marinos daripada Liga J1.
Stadium Antarabangsa Yokohama telah memiliki kapasiti tempat duduk terbanyak dark kesemja stadium-stadium di Jepun selama 21 tahun, dengan jumlah sebanyak 75,000 kerusi sehinggalah Stadium Nasional Jepun di Tokyo telah dibuka pada Disember 2019.[1] Ia menganjurkan tiga perlawanan peringkat kumpulan ketika Piala Dunia FIFA 2002, dan Piala Dunia FIFA Finale 2002 antara Germany dan Brazil yang berlangsung pada 30 Jun 2002. Stadium ink merupakan salah satu tempat bagi perlawanan bola sepak untuk Sukan Olimpik Musim Panas 2020.[2] Stadium ini juga merupakan tempat acara Piala Dunia Ragbi 2019 dan Kemudiannya mengadakan perlawanan terakhir bagi acara ini selepas tempat asalnya, Stadium Kebangsaan Jepun, tidak sempat dibina.[3]
Pada 28 Ogos 2009, Nissan Motors mengumunkan bahawa mereka tidak akan memperbaharui kontrak untuk hak penamaan stadium ini yang telah luput pada 28 Februari 2010.[4] Tetapi rundingan diteruskan dengan Bandar Yokohama dan sebuah perjanjisn baharu telah disiapkan untuk tiga tahun lagi. Pada 28 Februari 2013, Bandaraya Yokohama sebagai pemilik stadium telah memperbaharui kontrak selama 3 tahun dari 1 Mac 2013 hingga 29 Februari 2016 dalam perjanjian bernilaj 150 juta yen setahun.[5] Pada 1 Disember 2015, Bandaraya Yokohama memperbaharui kontrak sekali lagi dengan harga sama selama 5 tahun dari 1 Mac 2016 hingga 28 Februari 2021.[6] Pada 26 Fenruari 2021, Bandaraya Yokohama memperbaharui sekali lagi dengan tempoh yang sama bermula 1 Mac 2021 hingga 28 Februari 2026 dengan perjanjian bernilaj 600 juta yen selama Lima tahun itu.[7]
Piala Dunia FIFA
[sunting | sunting sumber]Stadium Antarabangsa Yokohama telah mengadakan Piala Dunia FIFA sejak 2002. Pertama, sebagai Piala Antarabenua dan kemudian Kelab Piala Dunia.
Edisi pertama diadakan di Yokohama merupakan perlawanan antara Real Madrid dan Olimpia dimana Real telah digelar juara. Pada 2005, Piala Antarabenua yang lama telah digantikan dengan World Championship yang baharu melibatkan Pasukan bola sepak, Kelab Piala Dunia FIFA berserta lebih ramai Pasukan dan perlawanan.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d "nissan-stadium.jp – Overview of the facility". Diarkibkan daripada yang asal pada 28 November 2010. Dicapai pada 28 April 2015.
- ^ "Venue Plan". Tokyo 2020 Bid Committee. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Julai 2013. Dicapai pada 11 September 2013.
- ^ "Yokohama Stadium to host 2019 Rugby World Cup Final". The Guardian. 28 September 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Jun 2018. Dicapai pada 19 Oktober 2015.
- ^ 「日産スタジアム」の命名権、更新見送り Diarkibkan 2 November 2009 di Wayback Machine Nikkei Net, 29 Ogos 2009 (Japanese)
- ^ Yokohama City official announcement Diarkibkan 26 Mac 2016 di Wayback Machine (dalam bahasa Jepun)
- ^ Yokohama City official announcement Diarkibkan 4 April 2016 di Wayback Machine (dalam bahasa Jepun)
- ^ "「日産スタジアム」継続へ 横浜市と5年、6億円で契約更新". Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Oktober 2021. Dicapai pada 12 Oktober 2021.