Arena Axiata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Stadium Putra Bukit Jalil)
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Axiata Arena
Axiata Arena 2017 Sea Games.jpg
LokasiBukit Jalil, Kuala Lumpur
Malaysia
Koordinat3°3′16.8″N 101°41′28.2″E / 3.054667°N 101.691167°E / 3.054667; 101.691167
transit awam SP17  Stesen LRT Bukit Jalil
PemilikKerajaan Persekutuan Malaysia
OperatorBandaraya Sukan Kuala Lumpur
Kapasiti14,425 (2017)
16,000 (2018–sekarang)[1]
Saiz Padang69 × 25 meter[2]
Papan MarkahLED Panel by Samsung[3]
Pembinaan
Dibuka1998; 24 tahun yang lalu (1998)
Diubahsuai2017; 5 tahun yang lalu (2017)
Penyewa
Terbuka Malaysia (Badminton)
Disney on Ice
WWE (Professional wrestling) (2002, 2014)
Thomas Cup (Badminton) (2000, 2010)
BWF World Championships (Badminton) (2007)
Malaysian Open (tennis) (2009–2015)
(ANZ Championship) Netball (2012–2015)

Axiata Arena (sebelumnya, Stadium Putra Bukit Jalil) ialah sebuah stadium tertutup terbesar di Malaysia yang terletak di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil. Stadium ini ialah salah satu fasiliti sukan yang terdapat di Kompleks Sukan Bukit Jalil selain daripada Stadium Nasional, Stadium Hoki Nasional, Pusat Skuasy Nasional, Pusat Akuatik Nasional dan Dewan Seri Putra.

Stadium ini mempunyai 13,000 tempat duduk yang sedia ada dan 3,000 tempat duduk yang boleh disorokkan. Pintu masuk ke stadium dan pergerakan dalam menggunakan kemudahan yang disediakan begitu mudah dengan adanya 3 pintu masuk utama dan laluan bebas dari plaza pejalan kaki disekelilingnya. Arena yang berbentuk segiempat bujur dengan keluasan maksima 69m x 39.4m, merupakan satu ciri yang terbaik kepada stadium ini. Ia boleh diubahsuai kepada berbagai format mengikut aktiviti-aktiviti sukan seperti tinju, badminton, bola keranjang, bola tampar, ping pong, bermain pedang, bola baling, judo, gusti, gimnastik dan pertandingan bolasepak lima sebelah. Stadium ini juga mampu untuk mengajurkan acara bukan sukan seperti konsert, persidangan, dan pameran.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Ogos 2009 , Y.A.Bhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi mantan Perdana Menteri Malaysia yang kelima telah diberi penghormatan untuk merasmikan majlis pembukaan Sukan Para Asean 2009 yang telah diadakan di Stadium Putra. Majlis penutup yang berlangsung pada 19 Ogos 2009 turut dihadiri dan dirasmikan oleh YB Dato' Ahmad Shabery Cheek Menteri Belia dan Sukan pada ketika itu.

Pada 31 Ogos 2010 Stadium Putra telah dipilih sebagai venue untuk Sambutan Hari Merdeka yang ke-53. Ini adalah kali pertama Sambutan Hari Kemerdekaan disambut di tempat yang tertutup kerana berlangsung pada bulan Ramadhan.

Penyanyi Kesayangan Negara Siti Nurhaliza Binti Tarudin adalah anak seni yang paling banyak telah membuat menampilan atau melakukan persembahan konsert di dalam Axiata Arena. Konsert pertama beliau telah dilangsungkan di Axiata Arena pada ketika itu dikenali sebagai Stadium Putra Bukit Jalil pada tahun 30 Oktober 1999 ketika beliau sedang berusia 20 Tahun.

Axiata Arena[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Januari 2017 Stadium Putra dengan rasminya dijenamakan semula sebagai Axiata Arena[4] yang merupakan penamaan korporat pertama di Malaysia dengan kerjasama diantara Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dan Axiata Group Berhad. Axiata Arena menjadi mercu tanda pembangunan semula Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil yang bakal dikenali sebagai KL Sports City (KLSC).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "13,847 tickets will be available for boxing fans worldwide at the 16,000 capacity in Axiata Arena". Malay Mail. 8 June 2018.
  2. ^ "Putra Stadium Now Renamed Axiata Arena". Dicapai pada 2 July 2018.
  3. ^ "Axiata Arena [Perbadanan Stadium Malaysia]". 2017.
  4. ^ "Putra Indoor Stadium Rebranded as Axiata Arena". Astro Awani. Januari 16 2017. Dicapai pada Ogos 18 2017. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)

2. stadium.gov.my