Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos
Stadium Larkin
Stadium Larkin.jpg
Lokasi Jalan Dato Jaafar, Taman Dato Onn, Johor Bahru, Johor, Malaysia
Pecah tanah 1964
Dibina 1964
Diubahsuai 1991 / 2013
Diperbesarkan 1991 / 2013
Pemilik Persatuan Bolasepak Negeri Johor
Pengendali Johor Corporation
Permukaan Rumput
Papan mata Papan Digital
Kos pembinaan RM 50 juta (kos ubahsuai) RM10juta (kos ubahsuai 2013)
Kapasiti
  • 15,000 (1964-1991)
  • 30,000 (1991-2013)
  • 28,000 (2013-sekarang)
Penyewa
Johor Darul Ta'zim FC (Liga Super Malaysia)

Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos atau juga dikenali sebagai Stadium Larkin, ialah sebuah stadium pelbagai guna yang terletak di Larkin, Johor Bahru, Malaysia. Ia dinamakan sempena mengenang jasa bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos.[1] Stadium yang mula dibina pada tahun 1964 mampu menampung kapasiti 15,000 orang sebelum diubahsuai pada tahun 1991 menjadi kapasiti 30,000 orang penonton. Pada 2013, Perbadanan Stadium Johor telah menyerahkan stadium ini dengan hakmilik penuh kepada Persatuan Bolasepak Negeri Johor dengan diselenggara oleh Johor Corporation.

Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos kini memiliki keupayaan menampung 28,000 penonton dengan 16,000 tempat duduk.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1964, sekeping tanah sepanjang Jalan Dato Jaafar di Larkin, telah dikenal pasti sebagai pembinaan stadium negeri. Stadium pelbagai guna ini dinamakan sempena Tan Sri Hassan Yunos, yang merupakan Menteri Besar dari tahun 1959 sehingga 1967.

Stadium ini pada awalnya hanya mampu menampung seramai 15,000 penonton apabila ia dibuka pada pertengahan 1960-an. Ia dimiliki dan diuruskan oleh Perbadanan Stadium Johor, dan stadium ini sentiasa dipertingkatkan dan diubah suai sejak tahun 1991.

Pada tahun 1991, lebih RM50 juta dibelanjakan bagi meningkatkan stadium ini dan ia diperbesarkan dan mampu menampung seramai 30,000 penonton.

Selepas DYAM Tunku Mahkota Johor mengambil alih tampuk Persatuan Bolasepak Negeri Johor pada 2012, Baginda berkenan untuk menaiktaraf stadium dengan anggaran kos RM10juta iaitu meliputi hampir 50% ubahsuai dalaman dan infrastruktur termasuk bilik persalinan dan ruang dalaman yang eksklusif. Pada tahun sama, Perbadanan Stadium Johor yang asalnya merupakan pemilik telah menyerahkan sepenuhnya stadium berkenaan kepada Persatuan Bolasepak Negeri Johor.

Pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Bermula tahun 2013, nama Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos semakin dikenali tidak kira di dalam negara dan mahupun di peringkat antarabangsa. Ianya adalah disebabkan fenomena yang dibawa oleh pasukan Johor Darul Ta'zim FC hasil dari transformasi oleh DYAM Tunku Mahkota Johor menjadi pasukan yang digeruni di Asia Tenggara. Malah menjadi saksi puluhan ribu penonton tak kira yang hadir di stadium mahupun menontonnya di kaca televisyen.

Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos mendapat pengiktirafan dari Persekutuan Bolasepak Asia (AFC) merupakan antara stadium terbaik di Asia. Hasil dari pengiktirafan ini, Stadium Larkin merupakan satu-satu stadium dalam negara yang mendapat perlesenan penuh Kejohanan peringkat AFC dan layak untuk beraksi di Kejohanan Liga Juara-Juara AFC.

Acara[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]