Pergi ke kandungan

Stadium Tuanku Abdul Rahman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stadium Tuanku Abdul Rahman
Stadium Paroi
"STAR of Paroi"
Stadium_Tuanku_Abdul_Rahman_02072025_(3)
Sisi utara stadium
LokasiParoi, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Koordinat2.726359,101.982672[1]
Dibuka1992
Diubahsuai2004
Diperbesarkan2004
PemilikKerajaan Negeri Sembilan
PermukaanRumput
Kapasiti45,000[2]
Dimensi padang120m x 70m
Penyewa
Negeri Sembilan
ATM
Pintu masuk utama stadium di sebelah barat
Rupa dalam stadium semasa perlawanan berlangsung.

Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR, Jawi: ستاديوم توانكو عبدالرحمن), kebiasaannya dikenali sebagai Stadium Paroi atau gelarannya STAR of Paroi (secara harfiahnya "Bintang Paroi") merupakan sebuah stadium serbaguna di Paroi, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia terletak di Jalan Kedidi, Taman Paroi Jaya[3]. Stadium ini kerap digunakan untuk perlawanan bola sepak. Pada asalnya, stadium ini mampu memuatkan sehingga 20,000 penonton. Stadium ini dinaiktaraf kepada kapasiti maksimum sebanyak 45,000 orang penonton bersempena SUKMA X, menjadikannya stadium terbesar di selatan Semenanjung Malaysia dan ketiga terbesar di Malaysia.[4] Ia dinamakan bersempena nama Yamtuan Besar kelapan dan Yang di-Pertuan Agong pertama iaitu Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad.

Stadium ini adalah gelanggang utama bagi kelab Liga Super, Negeri Sembilan FC sejak 1992 setelah beralih daripada Stadium Bandaran Seremban.

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.