Standing in the Eyes of the World

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Standing in the Eyes of the World"
Lagu oleh Ella
Bahasa
Dilancarkan padaJulai 1998
Genre
Panjang4:02
Syarikat
PenulisHabsah Hassan
Penggubah
Penerbit
"Standing in the Eyes of the World" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Standing in the Eyes of the World" (Melayu: "Berdiri di Mata Dunia") ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi dan Ratu Rock Malaysia, Ella. Lagu ini ialah hasil ciptaan Wah Idris dan komposer Amerika Syarikat, David Gates dengan liriknya ditulis oleh Habsah Hassan. Ia paling dikenali apabila terpilih sebagai lagu tema Sukan Komanwel 1998 yang mana Malaysia merupakan tuan rumah ketika itu. Ella merupakan satu-satunya artis Malaysia yang dipilih untuk menjadi penyanyi bagi lagu tema itu dan ia juga menjadi salah satu lagu tandatangan beliau.[1]

Rakaman[sunting | sunting sumber]

"Standing in the Eyes of the World" ialah sebuah lagu berentak pop rock dan light rock, digubah oleh Wah Idris, yang merupakan bekas pelajar Kolej Muzik Berklee, dan David Gates, penyanyi dan pemuzik Amerika Syarikat.[2] Liriknya pula ditulis oleh Habsah Hassan.[3][4]

Terdapat dua versi bahasa untuk lagu ini: versi bahasa Inggeris dipersembahkan oleh Gates dan versi Bahasa Melayu dipersembahkan oleh Ella.[1]

Sebelum dinyanyikan oleh Ella, terdapat empat lagi penyanyi popular meluahkan hasrat untuk menyanyikan lagu itu. Dalam temubual bersama Astro Awani pada Julai 2020, Wah Idris berkata Ella dipilih kerana melodi lagu itu sesuai dengan vokalnya. Menurutnya dalam temuramah itu, "Lagu ini beliau (Ella) suka, lagi senang untuk beliau menjiwainya. Konsep, ideologi lagu ini juga kena dengannya. Itulah jadinya kalau kita padankan lagu dengan penyanyi yang sesuai, memang semuanya kena dan sedap jadinya. Syukur Ella melakukannya dengan sangat baik, saya gembira,".[5]

Tema[sunting | sunting sumber]

Lirik lagu ini berkisarkan mengenai pengorbanan, kerja keras, keghairahan, harapan dan impian.[2] Ia juga disifatkan sebagai sebuah karya agung yang menyuntik pembakar semangat.[6]

Keluaran dan legasi[sunting | sunting sumber]

"Standing in the Eyes of the World" dikeluarkan pada Julai 1998. Ia diterbitkan sebagai lagu tema untuk temasya Sukan Komanwel 1998 (SUKOM 1998) yang berlangsung dari 11 hingga 21 September 1998 yang mana Malaysia merupakan tuan rumahnya.[7][8]

Lagu ini juga telah dirakamkan semula oleh pelbagai artis (termasuk Too Phat, V.E dan Ruffedge) dan dimuatkan dalam album kompilasi Urban Strike with Ella (2006), sebuah album penghargaan untuk Ella terbitan Virgin Records dan EMI. Ia dikeluarkan pada 11 Julai 2006.[9]

Ia juga dipilih sebagai lagu penutup untuk temasya Sukan Asia Tenggara 2017.[10]

Pada Julai 2020, sempena ulang tahun kemerdekaan A.S. ke-244, Kedutaan Besar A.S. ke Malaysia melancarkan rendisi baru lagu ini, dengan menyaksikan kolaborasi di antara pemuzik Malaysia dan A.S. Ia disusun semula oleh Helen Yap dan dinyanyikan dalam dwibahasa, serta disiarkan di laman YouTube rasmi kedutaan AS. Video itu dimulakan dengan tiupan seruling oleh pemuzik tempatan, Mohar Mohram atau nama sebenarnya Muhardiman Ismail, daripada duo Mohram, sebelum dilanjutkan dengan nyanyian beberapa penyanyi AS.[3][11][12]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No.TajukMasa
1."Standing in the Eyes of the World" (versi Bahasa Melayu) 4:02
2."Standing in the Eyes of the World" (Instrumental) 4:02
3."Standing in the Eyes of the World" (versi adunan semula) 4:02
4."Standing in the Eyes of the World" (Minus One) 4:02
Jumlah masa: 16:08


Tenaga kerja[sunting | sunting sumber]

Tenaga kerja diperoleh dari Discogs.[13]

  • Nick Lee - jurutera
  • Wah Idris - komposer, penerbit, penerbit eksekutif, penulis
  • Fauzi Marzuki - penerbit
  • Habsah Hassan - penulis lirik
  • David Gates - komposer, penerbit, penulis

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Francis Dass (16 Julai 1998). "Standing In The Eyes Of The World" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. m/s. 23. Dicapai pada 26 Februari 2020.
  2. ^ a b Nik Hasyudeen (29 Mac 2010). "MIA: Standing in the eyes of the world" (dalam bahasa Inggeris). The Edge Markets. Dicapai pada 26 Februari 2020.
  3. ^ a b Milad Hassandarvish (3 Julai 2020). "Ella's Standing in the Eyes of the World given makeover in US-Malaysia video in conjunction with US Indepedence Day" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 26 Februari 2021.
  4. ^ Dennis Chua (3 Julai 2020). "#Showbiz: New recording of Ella's 'Standing In The Eyes Of The World' marks US Independence Day celebration in KL" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 26 Februari 2021.
  5. ^ Ridauddin Daud (2 Ogos 2020). "Insan di sebalik lagu Standing in the Eyes of the World imbas cerita lama". Astro Awani. Dicapai pada 26 Februari 2021.
  6. ^ Zaidi Mohamad (3 September 2017). "Lagu Ella bakar semangat". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-04. Dicapai pada 27 Februari 2018.
  7. ^ "Keunggulan Standing in the Eyes of the World". Suria. 31 Ogos 2017. Dicapai pada 26 Februari 2018.
  8. ^ RD Minion (14 Julai 2020). "Have You Guys Heard This New Version Of "Standing In The Eyes Of The World" Yet?" (dalam bahasa Inggeris). Rojak Daily. Dicapai pada 26 Februari 2021.
  9. ^ "Ella still rocking single at 40" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 4 Julai 2006. Dicapai pada 27 Februari 2020.
  10. ^ Ammar Hakim (30 Ogos 2017). ""Standing in the Eyes of the World" penutup tirai KL2017". Stadium Astro. Dicapai pada 26 Februari 2018.
  11. ^ "Artis AS, Malaysia bergandingan nyanyi lagu Ella". Malaysiakini. 4 Julai 2020. Dicapai pada 26 Februari 2021.
  12. ^ ""Standing in the Eyes of the World" dipilih sempena sambutan kemerdekaan AS". Berita RTM. 5 Julai 2020. Dicapai pada 26 Februari 2021.
  13. ^ Standing in the Eyes of the World. Ella. Prima Muzik. 1998. CD PM001.CS1 maint: others (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]