Staphylococcus aureus (S. aureus) ialah bakteria gram positif yang menghasilkan pigmen kuning, bersifat anerob fakultatif, tidak menghasilkan spora dan tidak motil, umumnya tumbuh berpasangan mahupun berkumpulan, dengan diameter sekitar 0,8-1,0 µm.[1][2]S. aureus tumbuh dengan optimum pada suhu 37oC dengan waktu pembelahan 0,47 jam.[3]S. aureus merupakan mikroflora normal manusia.[3] Bakteria ini biasanya terdapat pada saluran pernafasan atas dan kulit[1][4]. Keberadaan S. aureus pada saluran pernafasan atas dan kulit pada individu jarang menyebabkan penyakit, individu sihat biasanya hanya berperan sebagai pembawa.[1] Jangkitan serius akan terjadi ketika ketahanan inang melemah kerana terdapat perubahan hormon; adanya penyakit, luka, atau perlakuan menggunakan steroid atau ubat lain yang mempengaruhi imuniti sehingga terjadi kelemahan inang.[1].
Jangkitan S. aureus dikaitkan dengan beberapa keadaan patologi, di antaranya ialah bisul, jerawat, pneumonia, meningitis, dan arthritits.[1] Sebahagian besar penyakit yang disebabkan oleh bakteria ini menghasilkan nanah, oleh itu bakteria ini disebut piogenik.[1] S. aureus juga menghasilkan katalase, iaitu enzim yang menukarkan H2O2 menjadi H2O dan O2, dan koagulase, enzim yang menyebabkan fibrin berkoagulasi dan menggumpal[1]. Koagulase dikaitkan dengan patogen kerana penggumpalan fibrin yang disebabkan oleh enzim ini terkumpul di sekitar bakteria sehingga agen pelindung inang mengalami kesukaran mencapai bakteria dan fagositosis terhambat.[1]