Steelpan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Steelpan
Steelpan
Alat perkusi
Nama lainSteel drum, pan
PengelasanPerkusi
Pengelasan Hornbostel-Sachs111.241.12, 111.241.22
(Gongs with divided surface sounding different pitches, Sets of gongs with divided surface sounding different pitches)
Dibangunkan1880–1937
Lingkungan dimain

G1–F6

Steelpan adalah alat muzik perkusi jenis idiofon berasal dari Trinidad dan Tobago. Ia dipalu menghasilkan banyak "pic" atau tinggi nada melalui lekukan serata permukaan besi dram; nada bunyi terhasil merendah dengan bertambah luasnya lekukan pada permukaan.[1] Besi keras ini lazim diperolehi daripada tong jenis "55 gelen" (55 gallon).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Alat ini datang hasil inovasi hamba abdi empayar Perancis dari pulau Martinique termasuk sejumlah orang Afrika Barat, serta masyarakat kacukan Perancis asal Saint Vincent, Grenada, Saint Lucia dan Dominica yang mendiami Trinidad dan Tobago; di mana para hamba abdi ini dilarang meraikan perayaan Karnival penjajah Perancis. Malah, sebarang perkusi Afrika diharamkan suatu rusuhan tindak balas pengawalan ketat keraian para hamba yang telah dimerdekakan. Alat steelpan pula muncul hasil penggunaan kuali dan tong minyak untuk memainkan muzik.

Kedatangan askar-askar Tentera Laut Amerika Syarikat ke Trinidad pada 1941 menjadikan alat ini mula diketahui serata dunia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Williams, Krystle. "Harmony in the Caribbean: Making and Breaking the Secrets of the Steel Pan". Dicapai pada 2008-02-22.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Different Timbres (1980) - filem produksi Archives of Ontario menjelaskan cara pemainan dan pembuatan alat muzik ini.