Stefán Karl Stefánsson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stefán Karl Stefánsson
Kelahiran(1975-07-10)10 Julai 1975
Meninggal dunia21 Ogos 2018(2018-08-21) (umur 43)
Iceland
Sebab kematianBarah duktus hempedu
PendidikanIceland Academy of the Arts
PekerjaanPelakon, penyanyi
Tahun aktif1994-2018
Ketinggian6'2"
PasanganSteinunn Ólína Þorsteinsdóttir (k. 2002)
Anak-anak4

Stefán Karl Stefánsson (/ˈstɛfən ˈstɛfənsən/; 10 Julai 1975 – 21 Ogos 2018) ialah seorang pelakon dan penyanyi Iceland. Beliau paling dikenali melakonkan watak Robbie Rotten, iaitu watak antagonis dalam siri LazyTown.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya Stefánsson bermula pada tahun 1994. Ketika berumur 19 tahun, beliau bekerja sebagai seorang dalang bagi televisyen.[1] Semasa kerjayanya sebagai seorang dalang, beliau juga melanjutkan pelajaran di Akademi Drama Iceland. Begitupun, beliau tidak berpuas hati dengan pandangan taraf drama Iceland. Beliau mengenang semula kata-kata pengetua di sekolah tingginya iaitu "berlakon bukannya mengenai membuat muka dan mengubah rupa". Stefán Karl tidak bersetuju dengan kata-kata pengetuanya.[2]

Kemudian, Stefánsson telah diundang oleh Magnús Scheving, seorang ahli gimnastik Iceland, untuk melakonkan salah seorang watak dalam pementasan kedua LazyTown.[3] Scheving mencipta pementasan tersebut lantaran kebimbangannya mengenai lapisan muda Iceland yang kekurangan senaman jasmani. Stefánsson menerangkan harapan "[Scheving] menghendaki kanak-kanak menjadi lebih sihat, jadi beliau mencipta suatu muzikal yang digelar LazyTown. Beliau memainkan watak Sportacus, seorang penggiat kesihatan, manakala saya pula memainkan watak Robbie Rotten, lelaki yang lebih suka mengurungkan diri di dalam rumah serta tidur". Selepas kejayaan pada permulaan muzikal tersebut, Nickelodeon akhirnya membuat perjanjian dengan pencipta LazyTown untuk menyiarkan 40 episod pertama LazyTown di samping sebuah studio yang khas dibina di Iceland. Ketika beberapa tahun pertama penyiaran LazyTown pada tahun 2000-an, Stefánsson mula-mulanya tidak tahu bahasa Inggeris. Lama-kelamaan, beliau mula petah menuturi bahasa Inggeris.[2]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Stefánsson menetap di Los Angeles dengan isterinya iaitu Steinunn Ólína Þorsteinsdóttir dan empat orang anaknya—seorang lelaki, tiga orang perempuan.[4][5]

Beliau mula-mula sekali didiagnosis menghidap kolangiokarsinoma pada 2016, sebelum menjalani pembedahan bagi membuang metastasis pada 2017;[6] penyakit beliau kambuh pada 2018. Pada tahun 2018, beliau dianugerahi Order of the Falcon.[7]

Sakit dan kematian[sunting | sunting sumber]

Stefánsson mengumumkan pada Oktober 2016 bahawa beliau telah didiagnosis dengan kolangiokarsinoma.[8][9][10][11] Suatu kempen GoFundMe seterusnya telah diadakan oleh ketua pengarang LazyTown, Mark Valenti bagi membiayai saraan hidup beliau apabila beliau terlalu sakit untuk bekerja. Kempen tersebut telah dijadikan terkenal melalui pengguna-pengguna YouTube yang memuat naik parodi hasil karya Stefánsson, yang menyebabkan lagu "We Are Number One" dan "The Mine Song" daripada LazyTown menjadi sebuah ikutan internet.[12] Pada Ogos 2017, Stefán Karl menyatakan bahawa beliau telah kebah.[13] Pada kempen GoFundMe beliau, beliau menjelaskan bahawa metastasisnya telah dibuang dengan jayanya ketika pembedahan hati beliau pada Jun 2017, namun penyakit beliau masih tidak sembuh dan beliau menolak sebarang rawatan adjuvan.[14]

Pada Mac 2018, Stefánsson telah didiagnosis dengan colangiokarsinoma tak suai bedah dan menyatakan bahawa beliau sedang menjalani kemoterapi untuk memanjangkan hayatnya.[15] Pada April 2018, beliau mengumumkan bahawa beliau dengan sendirinya memilih untuk menghentikan rawatan kemoterapi,[16] lalu terus menutup semua akaun media sosial beliau.[17]

Beliau meninggal dunia pada 21 Ogos 2018 ketika berumur 43 tahun.[18][19] Isteri beliau menyatakan bahawa "seiring wasiat Stefan, majlis pengebumian tidak akan diadakan. Jasadnya akan ditebarkan secara sulit di lautan jauh."[20][21]

Pengurus beliau Cheryl Edison telah mengumumkan bahawa Akademi dan Pusat Seni Pentas Stefánsson (Stefán Karl Academy & Center for the Performing Arts) akan dilancarkan di Switzerland pada tahun 2019 sebagai sebuah peringatan terhadap kerjaya beliau.[22]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Stefánsson telah dikreditkan dalam pelbagai karya seni termasuklah pementasan, siri filem-filem, televisyen, dan permainan video.[23]

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Peranan Catatan
1997–99 The Jungle Book oleh Rudyard Kipling
1998–99 Palace of Crows oleh Einar Örn Gunnarsson
1998–99 Ivanov oleh Anton Chekhov
1999–2000 1000 Island Dressing oleh Hallgrímur Helgason
1999–2000 Little Shop of Horrors Orin Scrivello, D.D.S.
1999–2000 A Midsummer Night's Dream
1999–2000 Glanni Glæpur í Latabæ oleh Magnús Scheving dan Sigurdur Sigurjónsson Glanni Glæpur (Robbie Rotten) Antagonis utama
2000–01 Stones in His Pockets oleh Marie Jones
2000–01 Singin' in the Rain oleh Comden, Green, Freed and Brown Cosmo Brown
2000–02 The Cherry Orchard oleh Anton Chekhov
2001–02 Cyrano de Bergerac oleh Edmond Rostand
2002–03 Noises Off oleh Michael Frayn
2002–03 Life x 3 oleh Yasmina Reza
2008–15 Dr. Seuss' How the Grinch Stole Christmas! The Musical The Grinch Baltimore dan Boston (2008)
Los Angeles (2009)
Jelajah Amerika Utara (2010–14)
Worcester, Massachusetts dan Appleton, Wisconsin (2015)[24]

Filem[sunting | sunting sumber]

Menurut IMDb:[25]

Tahun Judul Peranan Catatan
1994 Áramótaskaup Pemberita dan lain-lain Filem debut
Filem TV
1995 Privacy Pelajar Filem cetera [ertama
1999 Skaupið: 1999 Robbie Williams dan lain-lain Filem TV
2001 Regina Manni – Pegawai Polis
2001 Áramótaskaup Filem TV
2002 Stella for Office Ingimundur
2002 Litla lirfan ljóta The Worm
2002 'Áramótaskaup Pelbagai watak Filem TV
2006 Night at the Museum Pekerja lain
2007 Anna and the Moods Suara latar
2009 Jóhannes Diddi
2011 Thor Pekerja lain
2011 Polite People Lárus Skjaldarson Pelakon utama
2014 Harry Og Heimir Símon

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Peranan Catatan
1998 Baking Trouble Rancangan Channel 1
1999 God Exists... And Love Channel 1
Drama Academy of Iceland
2000 Angel No. 5503288 Rancangan Channel 1
2000 Car Mechanic Sketches for Eurovision Rancangan Channel 1
2000 Cars Can Fly Rancangan Channel 1
2004–2007; 2013–2014 LazyTown Robbie Rotten Penjahat utama
2015 Titch and Ted Do Maths

Permainan video[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Peranan Catatan
2017 For Honor Askar Viking [25]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Star of Lazy Town Stefan Karl Stefansson has died aged 43". The Independent (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Ogos 2018.
  2. ^ a b Ouzounian, Richard (24 Disember 2010). "The Grinch who came from Iceland". Toronto Star (dalam bahasa Inggeris). Toronto Star Newspapers Ltd. Dicapai pada 22 Mei 2018.
  3. ^ "Who was Stefan Karl Stefansson and when did the Lazytown actor die?". The Sun (dalam bahasa Inggeris). 21 Ogos 2018. Dicapai pada 22 Ogos 2018.
  4. ^ O'Sullivan, Kyle (21 Ogos 2018). "LazyTown actor Stefan Karl Stefansson dies aged 43 after battle with cancer". mirror (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Ogos 2018.
  5. ^ The Sun (22 Ogos 2018). "Lazytown Robbie Rotten actor dies". News.com.au (dalam bahasa Inggeris). News Pty Limited. Dicapai pada 22 Ogos 2018.
  6. ^ "Robbie Rotten actor reveals good news about his cancer diagnosis". Metro (dalam bahasa Inggeris). 16 Ogos 2017. Dicapai pada 22 Ogos 2018.
  7. ^ "Fálkaorðan". Forseti Íslands (dalam bahasa Iceland). Skrifstofa forseta Íslands. 17 Jun 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Jun 2018. Dicapai pada 20 Jun 2018.
  8. ^ "Stefán Karl alvarlega veikur". Visir.is (dalam bahasa Iceland). 22 September 2016. Dicapai pada 17 November 2016.
  9. ^ "Stefán Karl lagður inn á sjúkrahús um helgina". DV (dalam bahasa Iceland). 22 September 2016. Dicapai pada 17 November 2016.
  10. ^ "Actor de Lazy Town padece de cáncer y pide ayuda". La República (dalam bahasa Sepanyol). 19 Oktober 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Oktober 2016. Dicapai pada 21 Oktober 2016.
  11. ^ Sandwell, Ians (16 Mac 2018). "LazyTown actor Stefan Karl Stefansson reveals his cancer is back and it's 'inoperable'". Digital Spy (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 April 2018.
  12. ^ "'We Are Number One' Meme: Why Do People Keep Remixing A Children's Show Song?". iDigitalTimes.com (dalam bahasa Inggeris). 17 Disember 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Disember 2016. Dicapai pada 11 Februari 2017.
  13. ^ ""Lífið er núna"". RÚV (dalam bahasa Iceland). 11 Ogos 2017. Dicapai pada 11 Ogos 2017.
  14. ^ ""Stefan Karl Stefansson Is Free of Cancer"". Digital Spy (dalam bahasa Inggeris). 14 Ogos 2017. Dicapai pada 15 Ogos 2017.
  15. ^ Kelly, Emma (16 Mac 2018). "LazyTown's Stefan Karl Stefansson confirms 'inoperable' cancer has returned". Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Mac 2018.
  16. ^ McManus, Samuel (21 Ogos 2018). "Stefan Karl Stefansson dead: LazyTown actor dies of cancer at the age of 43". OK! (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Ogos 2018.
  17. ^ Akingbade, Toby (5 April 2018). "LazyTown's Stefan Karl Stefansson deletes social media as he confirms return of 'inoperable' cancer". Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Ogos 2018.
  18. ^ Þórarinn Þórarinsson (21 Ogos 2018). "Stefán Karl Stefánsson er látinn". Fréttablaðið (dalam bahasa Iceland). Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  19. ^ "LazyTown actor Stefan Karl Stefansson dies of cancer aged 43". Metro (dalam bahasa Inggeris). 21 Ogos 2018. Dicapai pada 22 Ogos 2018.
  20. ^ CNN, Jessie Yeung,. "Stefan Karl Stefansson, LazyTown's Robbie Rotten actor, dies aged 43". CNN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Ogos 2018.CS1 maint: extra punctuation (link)
  21. ^ "Stefan Karl Stefansson's wife confirms no funeral will be held for LazyTown star". Metro (dalam bahasa Inggeris). 22 Ogos 2018. Dicapai pada 22 Ogos 2018.
  22. ^ Masters, Samantha (21 Ogos 2018). "Stefan Karl Stefansson dead: LazyTown actor dies aged 43 following battle with cancer". Express.co.uk (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Ogos 2018.
  23. ^ "The Meme That Is Helping Cure Cancer". The Odyssey Online (dalam bahasa Inggeris). 17 Januari 2017. Dicapai pada 22 Ogos 2018.
  24. ^ Valenti, Mark (24 Jun 2017). "I am Stefan Karl (Robbie Rotten from LazyTown) and I am in the fight of my life against cancer! AMA!". Reddit (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 Disember 2016.
  25. ^ a b "Stefán Karl Stefánsson". IMDb (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Ogos 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]