Stella (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stella
GenreFantasi
Komedi
Cinta
Aksi
PengarahLabu
Dibintangi oleh
Bil Azali
Ezzaty Abdullah
Azira Shafinaz
Redza Rosli
Negara asal Malaysia
Bilangan episod13
Syarikat penerbitan
Filmscape
Syarikat pengedaran
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV9
Format audioDolby Digital 5.1
Siaran asal12 November 2015 - 19 Januari 2016
Kronologi
MengikutiPengembaraan Jason Murad

Stella ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia yang disiarkan di Slot Aurora TV9 yang bermula 12 November 2015 menggantikan drama bersiri Pengembaraan Jason Murad.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan sebuah kereta sport berwarna merah yang mempunyai perasaan dan hidup seperti manusia yang ditinggalkan di garaj dan ianya dimiliki oleh Tok Rejab (Hilal Azman).

Bella/ Reena (Ezzaty Abdullah) adalah cucu kepada Tok Rejab. Bella seorang yang berperwatakan tomboy, kelam-kabut dan hidupnya berkisaran lumba kereta. Hobi Bella tidak disokong oleh Tok Rejab kerana bimbang keselamatan cucunya. Namun, Bella berkeras hati akan tetap meneruskan hobinya. Malah dia juga bercita-cita ingin memenangi piala emas dalam perlumbaan kereta.

Bella mengubah suai keretanya dan menghantar keretanya ke bengkel milik Man Tocang (Cico Harahap). Dia berharapan prestasi keretanya selepas diubahsuai akan menjadi lebih laju semasa perlumbaan kelak. Man Tocang merupakan salah seorang pesaing Bella dalam lumba kereta.

Di bengkel, Bella terserempak dengan Roy (Redza Rosli). Roy seorang lelaki yang cool dan berlagak seperti jejaka kacak di Malaysia. Bella menyapa Roy, kemesraan antara Bella dan Roy telah menyebabkan kekasih Roy cemburu. Tasha (Azira Shafinaz) bergaduh besar dengan Bella.

Semasa ingin mengambil keretanya, Bella kecoh bila mendapati kereta yang dihantarnya ke bengkel telah hilang! Bella cuba menyiasat namun menemui kegagalan bila Man Tocang menyatakan dirinya juga tidak tahu akan kehilangan kereta tersebut.

Ally seorang pereka cipta yang sedang berusaha untuk memasarkan barangan ciptaannya. Nasibnya sentiasa dikunjung dengan nasib malang tetapi Ally ialah seorang yang cekal serta berkulit tebal. Namun begitu usahanya tidak mendatangkan apa-apa hasil kerana alat ciptaan Ally ini unik tetapi tidak tidak memenuhi keperluan pengguna contohnya Jamban Bergerak yang menyebabkan Ally dihalau keluar dari sebuah syarikat selepas dia cuba memasarkan produknya itu kedai mereka.

Memandangkan jualannya tiada pelanggan, Ally tidak mempunyai wang simpanan. Keretanya ditarik balik, malah dia juga diberi amaran agar segera membayar sewa rumah sebelum ditendang keluar. Ally masih mampu bertahan selama ini pun atas sebab bantuan daripada Sani, tuan punya bengkel kereta yang menjadi rakan baiknya semenjak kecil.

Bella begitu kecewa dengan kehilangan keretanya. Dengan itu, terkuburlah impiannya ingin memiliki Piala Emas. Tiba-tiba, Bella mendapat satu idea! Ya, kereta atuknya, kereta yang berwarna merah yang bernama Stella, yang tersimpan lama di garaj. Bella segera mencari kunci kereta tersebut.

Bella membawa Stella ke litar lumba. Stella memberikan prestasi cemerlang. Mengalahkan kereta lawan. Bella dinobatkan pemenang. Bella begitu bangga dengan kereta atuknya. Stella sekali lagi dihantar ke bengkel. Kali ini, Ally yang bertanggungjawab membaiki Stella.

Semasa dalam proses membaik pulih, Ally terkejut dengan tindak balas kereta merah itu. Hampir sahaja Ally hilang akal dibuatnya. Mana taknya, kereta yang tak bernyawa itu tiba-tiba hidup! Bertindak balas pada reaksi Ally. Bermulalah perkenalan Ally dengan kereta merah yang sungguh istimewa sifatnya itu yang bernama Stella.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon Tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Hilal Azman sebagai Ismail / Tok Rejab
  • Fendi Amat sebagai Don
  • Haf Dzi Sofi sebagai Juan
  • Cico Harahap sebagai Man Tocang
  • Bob Singah sebagai Big Boss
  • Shahriza Mahmud sebagai Kak Cleaner
  • Haszin Hassan sebagai Lucy
  • Gobbinath Batumalai sebagai Kenji

Rujukan[sunting | sunting sumber]