Stephanie Burns

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stephanie A. Burns
Kelahiran (1955-01-24) 24 Januari 1955 (umur 69)
WarganegaraAmerika Syarikat
Pusat pendidikanFlorida International University di Miami, dan memperoleh ijazah kedoktoran dalam bidang kimia organik di Iowa State University
Kerjaya saintifik
BidangKimia Organosilikon
InstitusiDow Corning

Stephanie A. Burns (lahir 24 Januari 1955) ialah seorang ahli kimia organosilikon dan usahawati Amerika Syarikat, beliau memegang jawatan sebagai Presiden dan CEO Dow Corning dari 2003-2011. Beliau juga berkhidmat sebagai presiden kehormat Society of Chemical Industry.

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Bapa Burn berketurunan Inggeris yang bekerja sebagai profesor sejarah, dan ibunya pula bekerja sebagai ejen perumahan, Burns dilahirkan di Torrington, Wyoming. Beliau menamatkan pengajian dengan sarjana dari Universiti Antarabangsa Florida di Miami, dan memperoleh ijazah doktor dalam bidang kimia organik di Universiti Negeri Iowa, sebelum memulakan pengajian pasca-kedoktoran di Universiti Montpellier di Perancis.[1][2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Burns menyertai Dow Corning pada 1982 di Perancis sebagai penyelidik dan pakar kimia organosilikon, yang mempelajari tentang persenyawaan yang dibuat dari karbon dan silikon.[1][3] Beliau melakukan banyak pekerjaan mengenai silikon, menemui cara baru untuk membuat getah tahan panas, dan dikreditkan sebagai penemu polimer baru yang mengandungi silikon, yang mana beliau memegang paten untuk penemuan tersebut.[1] Beliau kemudian diserap ke pengurusan syarikat di Dow Corning, dan pada 1994 dilantik sebagai pengarah Kesihatan Wanita dan menjadi sebahagian daripada pasukan pengurusan Chapter 11.[4] Pada tahun 1997, beliau berpindah ke Brussels, setelah dilantik sebagai Pengarah Sains dan Teknologi untuk Eropah.[2]

Burns kembali ke Amerika Syarikat pada 2000, beliau dilantik sebagai naib presiden eksekutif sebuah syarikat, dan tiga tahun kemudian menjadi presidennya, beliau ialah wanita pertama yang berbuat demikian.[1] Beliau memegang jawatan sebagai Presiden dan CEO Dow Corning, sejak Februari 2003 sehingga bersara pada 31 Disember 2011.[2] Beliau juga berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi sejak Januari 2004, dan sebagai Pengerusi sejak Januari 2006, sehingga bersara, dan digantikan oleh Gary E. Anderson.[2][5]

Khidmat dalam majlis[sunting | sunting sumber]

Burns juga berkhidmat sebagai presiden kehormat Society of Chemical Industry, sebagai pengerusi American Chemistry Council, dan di banyak majlis, termasuk Michigan Molecular Institute]] dan Society for Women's Health Research.[2][6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d (Inggeris) "Stephanie Burns". Chemical Heritage Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2016. Dicapai pada 15 November 2015.
  2. ^ a b c d e (Inggeris) "Dr Stephanie Burns". GSK. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 November 2015. Dicapai pada 16 November 2015.
  3. ^ (Inggeris) Zipkin, Amy (28 Januari 2007). "Delight in Science, Then and Now". The New York Times. Dicapai pada 15 November 2015.
  4. ^ Dun & Bradstreet Reference Book of Corporate Managements. Dun & Bradstreet, Incorporated. 2008. m/s. 448.
  5. ^ (Inggeris) Chemical Week. McGraw-Hill. 2005. m/s. 168.
  6. ^ "Dr Stephanie Burns joins Corning Board of Directors". Society of Chemical Industry. 2 Februari 2012. Dicapai pada 15 November 2015.