Stephen D. Krashen
Stephen D. Krashen atau secara ringkasnya Stephen Krashen, seorang profesor yang mempunyai status emiritus di Universiti California Selatan adalah pakar linguistik terkenal dan berkontroversi. Beliau telah mengemukakan beberapa hipotesis mengenai pemerolehan bahasa kedua, khususnya dalam pendidikan dwibahasa.
Satu daripada idea-idea penting yang dikemukakan olehnya adalah bahawa untuk seorang pelajar memperoleh bahasa, dia mestilah didedahkan kepada 'input mudah difahami' yang secara kasarnya berada pada tahap lebih tinggi daripada tahap penguasaan pelajar itu sendiri. Dia membezakan pendekatan ini dengan bahasa 'dipelajari'. 'Pemerolehan' berlaku dalam situasi komunikasi dalam 'dunia sebenar'. 'Perolehan' pengetahuan sedia untuk mengkomunikasikan makna. 'Pemelajaran' berlaku dalam latihan formal (bilik kelas) dan ia tidak boleh digunakan untuk mengkomunikasikan makna. Sebaliknya, ia hanya memerhati pengunaan betul tatabahasa pengetahuan bahasa 'yang diperoleh'.
Krashen percaya yang pemelajar bahasa mesti membina atas dasar pengetahuan dengan pemprosesan bahasa di tahap yang lebih tinggi sedikit berbanding kebolehan mereka: 'kecekapan kini + 1' (i +1). [1] Ini juga dikenali sebagai rancahan pengajaran.
Krashen juga mengarang suatu karya dengan Tracy D. Terrell mengenai pendekatan semulajadi (1983), yang secara lebih atau kurangnya merupakan penyambungan tema input mudah difahami dengan penambahan idea bahawa filter afektif atau halangan emosi mesti dikurangkan untuk pemelajaran berlangsung.
Mengenali sumbangan Krashen kepada bidang linguistik, dia disifatkan di Institut Teknologi Masssachusetts sebagai membuat sumbangan paling penting kepada linguistik pada abad yang lalu.
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Krashen (1982), ms. 21.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Krashen, Stephen (1982). Principles and practice in second language learning and acquisition. Oxford: Pergamon.
Bacaan seterusnya
[sunting | sunting sumber]Krashen, Stephen (1982). Principles and practice in second language learning and acquisition. Oxford: Pergamon.
Krashen, Stephen D. (1997). Foreign language education the easy way. California: Language Education Associates.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Inggeris) Rencana oleh Stephen Krashen