Stesen BRT South Quay-USJ 1
![]() | |||||||||||
Lokasi | Stesen South Quay-USJ 1, Jalan Subang 1, Subang Light Industrial Park, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia. | ||||||||||
Koordinat | 3°03′41.7″N 101°35′48.5″E / 3.061583°N 101.596806°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||
Aliran/laluan | ![]() | ||||||||||
Platform | 2 platform sisi | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | ![]() | ||||||||||
K. letak kenderaan | Tiada | ||||||||||
Capaian OKU | Ya ![]() | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | SB6 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | ![]() | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
sunting |
Stesen BRT South Quay-USJ 1 ialah stesen BRT yang terletak di USJ 1, Subang Jaya, Selangor dan merupakan stesen bagi BRT Laluan Sunway. Stesen ini dibuka apabila laluan ini mula berkhidmat di stesen ini pada 2 Jun 2015.[1] Seperti stesen-stesen BRT lain, stesen ini adalah stesen bertingkat.
Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]
Lokasi[sunting | sunting sumber]
Stesen ini terletak di atas Jalan Subang 1, USJ 1, Subang Jaya, Selangor. Di utara stesen adalah Lebuhraya Shah Alam (KESAS) manakala di selatan stesen adalah Apartment Casa Subang. Persimpangan Kewajipan
terletak kira-kira 400m barat daya stesen. Juga terletak berhampiran adalah Impian Meridian Condominium, Menara Summit, pusat membeli-belah Summit USJ, pasar raya besar Giant Subang Jaya, pasar raya besar Mydin USJ dan pangsapuri mewah USJ One.
Pelan stesen[sunting | sunting sumber]
P Platform |
Platform sisi, pintu bas akan dibuka di sebelah kiri ![]() | |
SB Arah Utara | → ![]() | |
SB Arah Selatan | ← ![]() | |
Platform sisi, pintu bas akan dibuka di sebelah kiri ![]() | ||
M | Aras mezanin | Jejambat merentasi platform ![]() |
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, hentian teksi dan kenderaan persendirian ![]() |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan dua platform sisi untuk perkhidmatan BRT Laluan Sunway. Di setiap platform terdapat mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif. Bagi penumpang yang ingin menukar laluan, mereka perlu keluar dari sistem dan membeli tiket baharu kerana jejambat merentasi platform terletak di ruang tidak berbayar stesen.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Meor Riduwan Meor Ahmad (1 Jun 2015). "PM lancar BRT pertama Malaysia". myMetro. Diarkib daripada yang asal pada 18 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
![]() | Rencana kereta api ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |