Stesen BRT SunU-Monash

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
SunU-Monash Rapid KL
LokasiStesen SunU-Monash, Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia.
Koordinat3°03′55.0″N 101°36′04.8″E / 3.065278°N 101.601333°E / 3.065278; 101.601333
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
LaluanB1 BRT Laluan Sunway
Platform2 platform sisi
SambunganPengangkutan bas Brt Sunu-Monash
Pembinaan
Jenis strukturB1 Bertingkat
Templat letak kenderaan1,153 petak parkir
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen SB5 
Sejarah
DibukaB1 2 Jun 2015
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Sunway-Setia Jaya
BRT Sunway
menghala ke USJ 7
Lokasi
Map

Stesen BRT SunU-Monash ialah stesen BRT yang terletak di Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor dan merupakan stesen bagi BRT Laluan Sunway.[1][2] Stesen ini dibuka apabila laluan ini mula berkhidmat di stesen ini pada 2 Jun 2015.[3] Seperti stesen-stesen BRT lain, stesen ini adalah stesen bertingkat.

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di atas Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor. Di utara stesen adalah Depoh BRT Sunway manakala di selatan stesen adalah Monash University Malaysia. Stesen ini terletak 500m utara susur keluar ke E5 Lebuhraya Shah Alam (KESAS). Juga terletak berhampiran adalah Sunway Monash Residence, Sunway University, Sunway College, Sun-U Residence dan kompleks perniagaan PJS 11.

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

P
Platform
Platform sisi, pintu bas akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
SB Arah Utara B1 BRT Laluan Sunway menghala ke  SB1  Sunway-Setia Jaya (SunMed)
SB Arah Selatan B1 BRT Laluan Sunway menghala ke  SB7  USJ 7 (South Quay-USJ 1)
Platform sisi, pintu bas akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
M Aras mezanin Jejambat merentasi platform, laluan pejalan kaki ke Sunway University dan Monash University Malaysia Akses OKU
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan dua platform sisi untuk perkhidmatan BRT Laluan Sunway. Di setiap platform terdapat mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif. Bagi penumpang yang ingin menukar laluan, mereka perlu keluar dari sistem dan membeli tiket baharu kerana jejambat merentasi platform terletak di ruang tidak berbayar stesen. Selain itu, terdapat sebuah bangunan parkir kereta bertingkat (MSPR) yang menempatkan 1,153 petak parkir.[4]

Perkhidmatan bas[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak berhampiran hentian bas Brt Sunu-Monash dimana bas laluan Sunway City berkhidmat di hentian bas tersebut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bernama (2019-09-30). "RapidKL lanjut waktu operasi sempena ambang tahun baru 2020". Malaysia Kini. Dicapai pada 2021-10-18.
  2. ^ "Hanya 16 minit dari Sunway ke USJ7". Harian Metro. New Straits Times Press. 2015-09-06. Dicapai pada 2021-10-18.
  3. ^ Meor Riduwan Meor Ahmad (1 Jun 2015). "PM lancar BRT pertama Malaysia". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  4. ^ "BRT service a convenience for Bandar Sunway residents". the Sundaily (dalam bahasa Inggeris). 25 Jul 2017. Dicapai pada 1 Jun 2019.