Pergi ke kandungan

Stesen Bandar Utama

 KG09   SA01  Bandar Utama
باندر اوتام‎
Rapid KL Logo | Stesen LRT & MRT
Pandangan penuh stesen MRT dari LDP
LokasiStesen Bandar Utama,
Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia
Koordinat3°8′47.92″U 101°37′7.49″T / 3.1466444°U 101.6187472°T / 3.1466444; 101.6187472
Dimiliki oleh KG09  MRT Corp
 SA11  Prasarana Malaysia
Laluan9 Laluan Kajang
11 Laluan Shah Alam
Platform KG09 : 2 platform sisi
 SA11 : 1 platform pulau
Trek KG09 : 2
 SA11 : 2
Pengendali kereta apiRapid KL (subsidiari Prasarana Malaysia)
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: 506, 801, 802, T811, T812
Pembinaan
Jenis struktur9 11 Bertingkat
Tempat letak kenderaan500 petak parkir kereta
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen KG09   SA01 
Sejarah
Dibuka9 16 Disember 2016; 9 tahun yang lalu (2016-12-16)
11 29 Jun 2026; 3 bulan yang lalu (2026-06-29)
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Mutiara Damansara
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan Kajang TTDI
menghala ke Kajang
Terminal Laluan Shah Alam Kayu Ara
menghala ke Johan Setia
Lokasi
Map

Stesen Bandar Utama adalah stesen pertukaran transit aliran di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia yang dikhidmat oleh MRT Laluan Kajang dan LRT Laluan Shah Alam.

Stesen ini dinamakan sempena pusat Bandar Utama yang terletak berhampiran stesen. Stesen ini merupakan stesen sambungan yang dikhidmat antara Laluan Kajang dan Laluan Shah Alam.

Semasa pembinaan Laluan Kajang (pada ketika itu dikenali sebagai MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang, SBK), stesen ini dikenali sebagai One Utama atas sebab lokasinya yang terletak bersebelahan dengan pusat membeli-belah One Utama.[1] Stesen ini mula beroperasi pada 16 Disember 2016 selepas pembukaan fasa satu laluan ini daripada stesen Sungai Buloh ke stesen Semantan melalui stesen ini.[2]

Bahagian di bawah Laluan Shah Alam mula berkhidmat di stesen ini pada 29 Jun 2026. Sebuah laluan pejalan kaki berbayar akan menghubungkan kedua-dua bangunan ini seiring dengan pembukaan stesen Laluan Shah Alam.[3][4]

Sambungan ke TTDI

[sunting | sunting sumber]

Ketika dalam proses perancangan, sebuah jambatan pejalan kaki yang menghubungkan stesen ini dengan kawasan perumahan TTDI yang terletak di sebelah timur stesen merentasi LDP telah dicadangkan. Hal ini membolehkan penduduk TTDI mempunyai akses ke stesen ini dan pusat membeli-belah One Utama. Tetapi, Persatuan Penduduk TTDI membantah cadangan ini atas sebab tidak mempunyai kemudahan secukupnya unuk menampung kesesakan trafik oleh cadangan ini.[5] Pada Julai 2014, MRT menurut dengan bantahan tersebut.[6] Walau bagaimanapun, setelah MRT beroperasi, terdapat suara bantahan tentang kurangnya sambungan bagi penduduk TTDI di sebelah utara bagi menggunakan MRT.[7]

Ciri-ciri stesen

[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan

[sunting | sunting sumber]

Bahagian stesen di bawah Laluan Kajang, stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Rapid Rail dan terletak di antara stesen Mutiara Damansara dan stesen Taman Tun Dr Ismail (TTDI). Kod stesen bagi stesen ini ialah KG09.

Bagi bahagian stesen di bawah Laluan Shah Alam, stesen ini turut menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Rapid Rail dan terletak sebelum stesen Kayu Ara. Kod stesen bagi stesen ini ialah SA01, menandakan stesen di bawah laluan ini adalah stesen yang pertama menuju ke Petaling Jaya, Shah Alam, dan Klang.

Pada masa kini, kedua-dua stesen adalah stesen sambungan dan tidak berintegrasi (penumpang perlu membeli tiket baharu untuk memasuki bahagian laluan stesen lain).

Stesen ini terletak di sebelah barat Lebuhraya Damansara–Puchong (LDP) dan bersebelahan sempadan Kuala Lumpur-Selangor di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Bangunan stesen di bawah Laluan Kajang adalah selari dengan LDP bersebelahan dengan bangunan Sri Pentas dan pusat membeli-belah 1 Utama,[8] manakala bangunan stesen di bawah Laluan Shah Alam adalah berserenjang dengan LDP, berselari dengan Sungai Kayu Ara dan bangunan 1 Powerhouse dan Hotel One World dan terletak kira-kira 100 meter barat laut daripada bangunan stesen MRT. Namun, kedua-dua bahagian stesen disambungkan oleh jambatan pejalan kaki ke pusat membeli-belah One Utama serta bangunan 1 Powerhouse.

Antara mercu tanda yang terletak berhampiran dengan stesen-stesen ini termasuk:

  • Pusat membeli-belah 1 Utama
  • Bangunan Sri Pentas (ibu pejabat Media Prima)
  • Plaza IBM
  • Hotel One World
  • Menara KPMG
  • 1 Powerhouse
  • SS 21 Petaling Jaya
  • Taman perumahan BU 2
  • Taman perumahan TTDI Burhanuddin Helmi

Pelan stesen

[sunting | sunting sumber]

Laluan Kajang

[sunting | sunting sumber]

Stesen ini menggunakan reka bentuk stesen bertingkat yang biasa digunakan untuk Laluan Kajang, iaitu reka bentuk yang berkonsepkan "wakaf"[9] dengan dua platform sisi di atas aras legar. Tiang sokongan stesen terletak di antara lebuhraya LDP dan saluran air, yang selari dengan lebuhraya LDP.

L2 Aras platform Platform sisi
→ Platform 1: 9 Laluan Kajang menghala ke  KG35  Kajang (TTDI)
← Platform 2: 9 Laluan Kajang menghala ke  KG04  Kwasa Damansara (Mutiara Damansara)
Platform sisi
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, kawalan stesen, kedai-kedai, laluan pejalan kaki Pintu A ke bangunan 1Powerhouse dan Laluan Shah Alam, laluan pejalan kaki Pintu B ke pusat membeli-belah 1 Utama, tangga kecemasan ke aras tanahAkses OKU
G Aras tanah Kotak parkir untuk perkhidmatan kecemasan

Laluan Shah Alam

[sunting | sunting sumber]

Stesen ini menggunakan reka bentuk stesen bertingkat yang biasa digunakan untuk Laluan Shah Alam, iaitu reka bentuk yang berkonsepkan "tanjak"[10][11] dengan satu platform pulau yang mempunyai bentuk sedikit trapezium[perlu rujukan] di atas aras legar.

L2 Aras platform Platform 1: Tidak digunakan
Platform pulau, pintu dibuka di sebelah kanan
← Platform 2: 11 Laluan Shah Alam menghala ke  SA26  Johan Setia (Kayu Ara)
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, kawalan stesen, kedai-kedai, laluan pejalan kaki Pintu A ke bangunan 1Powerhouse, pusat membeli-belah 1 Utama, dan Laluan Kajang, tangga kecemasan ke aras tanahAkses OKU
G Aras tanah Kotak parkir untuk perkhidmatan kecemasan

Pintu masuk dan keluar

[sunting | sunting sumber]

Kedua-dua bahagian stesen tidak mempunyai akses terus (eskalator, lif, atau tangga) ke aras tanah, serta tiada hentian bas, teksi, dan kereta di aras tanah betul-betul di bawah stesen. Akses ke stesen adalah melalui jambatan penghubung dari Bangunan 1Powerhouse (tempat perhentian bas perantara serta fasiliti pandu dan rantau), dan dari One World Hotel dan kompleks pusat membeli-belah 1 Utama.

Akses ke kedua-dua bahagian stesen adalah melalui dua jejambat pejalan kaki: satu yang menyambungkan Pintu A ke bangunan 1Powerhouse dan merupakan jejantas antara stesen MRT dan LRT, dan satu lagi Pintu B ke pusat membeli-belah 1 Utama. Jambatan yang kedua dibuka pada 1 Februari 2018.[12]

Kesemua bangunan ini dipunyai oleh Bandar Utama City Corporation Sdn Bhd, yang membuatkan akses ke kedua-dua stesen ini melalui harta yang dipunyai oleh entiti pihak ketiga. Tiada akses ke stesen daripada aras tanah secara langsung di bawah kedua-dua stesen serta melalui LDP. Tempat letak kenderaan serta tangga adalah untuk tujuan kecemasan sahaja.

Bangunan 1Powerhouse menempatkan perhentian bas perantara di aras bawah tanah, serta kemudahan parkir dan rantau yang merangkumi dua aras bawah tanah. Kawasan penurunan teksi dan kenderaan persendirian juga terletak di tingkat bawah bangunan.

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[13] Selain itu, terdapat sebuah kawasan parkir terbuka yang menempatkan 500 petak parkir kereta.[14]

Laluan Kajang & Laluan Shah Alam - Bandar Utama
Pintu Lokasi Destinasi Gambar
AJejambat pejalan kaki ke bangunan 1Powerhouse Perhentian bas perantara, pandu dan rantau, 1Powerhouse, Persiaran Bandar Utama
BJejambat pejalan kaki ke 1 Utama Pusat membeli-belah 1 Utama, One World Hotel, Menara IBM, Menara KPMG, 1 First Avenue, Sri Pentas

Perkhidmatan bas

[sunting | sunting sumber]

Bas RapidKL laluan 506, 801, 802, T811 dan T812 berkhidmat berhampiran stesen di hadapan 1 Powerhouse.

Laluan Kajang

[sunting | sunting sumber]

Laluan Shah Alam

[sunting | sunting sumber]

1Powerhouse (Pintu A)

[sunting | sunting sumber]

Sambungan Pejalan Kaki ke 1 Utama (Pintu B)

[sunting | sunting sumber]
  1. ↑ Meng Yew Choong (26 Nov 2014). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-28. Dicapai pada 2019-05-28.
  2. ↑ Hussaini, Amran; Norhawa, Mohd. Ali (2016-12-15). "PM rasmi Fasa 1 MRT laluan Sungai Buloh - Kajang". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-22. Dicapai pada 2018-11-06.
  3. ↑ Emmanuel Santa Maria Chin (22 Feb 2019). "LRT3 now set for 2024 completion". malaymail. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  4. ↑ Lee, Benjamin (2026-06-22). "LRT3 Shah Alam Line to begin service on June 29". TheStar (dalam bahasa Inggeris).
  5. ↑ Vijenthi Nair (17 Julai 2014). "Residents share their thoughts on proposed pedestrian linkway in TTDI". Star Property (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Nov 2018. Dicapai pada 11 Nov 2018.
  6. ↑ Vijenthi Nair (9 Julai 2014). "MRT Corp accepts TTDI folk's decision". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-05-01. Dicapai pada 11 Nov 2018.
  7. ↑ "So near yet so far for MRT". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). 17 April 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-18. Dicapai pada 11 Nov 2018.
  8. ↑ T. Selva, Melizarani; Foo, Noel Timothy (2016-12-17). "Top 10 attractions near latest MRT stations". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-31. Dicapai pada 2018-11-09. {{cite news}}: Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  9. ↑ "Kajang Line Stations". MRT Corp. Dicapai pada 2026-07-04.
  10. ↑ Rapid KL (2026-06-24). "Konsep Tanjak". Instagram. Dicapai pada 2026-07-01.
  11. ↑ "Kajang Line Stations". MRT Corp. Dicapai pada 2026-07-04.
  12. ↑ "Bandar Utama — MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
  13. ↑ "Park N' Ride — Bandar Utama". MRT Corp. 12 Jan 2019. Dicapai pada 29 Mei 2019.