Stesen Chan Sow Lin
| Lokasi | Stesen Chan Sow Lin, Jalan Chan Sow Lin, Pudu, 55200 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | |||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Koordinat | 3°7′40″U 101°42′56″T / 3.12778°U 101.71556°T | |||||||||||||||||||
| Laluan | 3 Laluan Ampang 4 Laluan Sri Petaling 12 Laluan Putrajaya | |||||||||||||||||||
| Platform | 2 platform tengah (LRT) 1 platform tengah (MRT) | |||||||||||||||||||
| Trek | 3 (LRT) 2 (MRT) | |||||||||||||||||||
| Pengendali kereta api | 3 4 12 RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia) | |||||||||||||||||||
| Sambungan | ||||||||||||||||||||
| Pembinaan | ||||||||||||||||||||
| Jenis struktur | 3 4 Atas Tanah 12 Bawah Tanah | |||||||||||||||||||
| Tempat letak kenderaan | Tiada | |||||||||||||||||||
| Maklumat lain | ||||||||||||||||||||
| Kod stesen | AG11 SP11 PY24 | |||||||||||||||||||
| Sejarah | ||||||||||||||||||||
| Dibuka | 3 16 Disember 1996 4 11 Julai 1998 | |||||||||||||||||||
| Perkhidmatan | ||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||
| Lokasi | ||||||||||||||||||||
![]() | ||||||||||||||||||||
Stesen Chan Sow Lin ialah stesen pertukaran berintegrasi yang terletak di Pudu, Kuala Lumpur, Malaysia dimana perkhidmatan LRT Laluan Ampang/Sri Petaling dan MRT Laluan Putrajaya berkhidmat di stesen ini. Kedua-dua segmen stesen LRT dan MRT ini dihubungkan dengan jambatan penghubung bertingkat, membolehkan integrasi kawasan berbayar antara stesen.[perlu rujukan] Stesen ini dinamakan sempena lokasi stesen yang terletak di sepanjang Jalan Chan Sow Lin.
Stesen ini dibuka kepada awam dengan perasmian segmen pertama STAR LRT (kini Laluan Ampang) yang melalui 14 stesen antara stesen Ampang dan stesen Sultan Ismail pada 16 Disember 1996.[1] Kemudian, Laluan Sri Petaling mula berkhidmat di stesen ini pada 11 Julai 1998 dengan perasmian segmen kedua STAR LRT antara stesen Sentul Timur dan stesen Sri Petaling. Laluan Putrajaya (PY) mula berkhidmat di stesen ini pada 16 Mac 2023.[2]
Ciri-ciri stesen
[sunting | sunting sumber]Lokasi
[sunting | sunting sumber]Stesen LRT Chan Sow Lin terletak di sepanjang Jalan Chan Sow Lin, Pudu, Kuala Lumpur. Terletak berhampiran stesen adalah Fraser Business Park, Kolej Seni dan Teknologi HELP, Balai Polis Pudu, Dewan Bizmilla Insya, Pusat Konvensyen CIDB dan pejabat Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
Pelan stesen
[sunting | sunting sumber]| L1 | Aras legar LRT/MRT | Mesin tiket LRT, pagar tambang LRT, pusat khidmat pelanggan (LRT dan MRT), kedai serbaguna |
| G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
| G Platform |
AG/SP Arah Selatan |
→ 3 Laluan Ampang menghala ke Ampang (Miharja) → 4 Laluan Sri Petaling menghala ke Putra Heights (Cheras) |
| -- Platform 2A: Platform tengah, pintu tren dibuka di sebelah kanan -- Platform 2B: Platform tengah, pintu tren dibuka di sebelah kanan | ||
| AG/SP Arah Utara |
← 3 Laluan Ampang 4 Laluan Sri Petaling menghala ke Sentul Timur (Pudu) | |
| -- Platform 1B: Platform tengah, tidak digunakan, pintu tren tidak dibuka di sebelah sini -- Platform 1A: Platform tengah, tidak digunakan, pintu tren tidak dibuka di sebelah sini | ||
| Landasan tidak digunakan | ||
| B1 | Aras legar MRT | Mesin tiket MRT, pagar tambang MRT, pusat khidmat pelanggan MRT, kedai serbaguna |
| B2 Platform |
PY Arah Selatan | → 12 Laluan Putrajaya menghala ke Putrajaya Sentral (Kuchai) |
| Platform tengah | ||
| PY Arah Utara | ← 12 Laluan Putrajaya menghala ke Kwasa Damansara (Tun Razak Exchange) | |
Bagi segmen stesen LRT, ia mempunyai aras tanah dan aras legar atas tanah yang mempunyai kaunter perkhidmatan pelanggan dan ruang jambatan penghubung bersama segmen MRT di atas Jalan Chan Sow Lin. Bagi segmen stesen MRT, ia mempunyai aras tanah dan dua aras bawah tanah yang terdiri daripada aras legar dan aras platform. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[3]
Perkhidmatan Bas
[sunting | sunting sumber]Galeri
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ David White. "Kuala Lumpur's new LRT line" (PDF). Sydney Tramway Museum (dalam bahasa Inggeris). m/s. 12-13. Dicapai pada 5 Jan 2020.
- ↑ "SSP MRT line 41% done: MRT Corp". theSundaily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2019. Dicapai pada 5 Jan 2020.
- ↑ Kevin Tan (23 Jul 2011). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2019. Dicapai pada 11 Jun 2019.
