Stesen ERL Putrajaya/Cyberjaya
Stesen kereta api lapangan terbang Stesen Alihan cepat dan Monorel akan datang | ||||||||||||||||||||||||||
![]() Platform stesen Putrajaya & Cyberjaya. | ||||||||||||||||||||||||||
Lokasi | Presint 7, Putrajaya Malaysia | |||||||||||||||||||||||||
Dimiliki oleh | Express Rail Link (KLIA Transit) MRT Corp (MRT) | |||||||||||||||||||||||||
Dikendalikan oleh | Express Rail Link (KLIA Transit) Rapid Rail (MRT) | |||||||||||||||||||||||||
Laluan |
| |||||||||||||||||||||||||
Platform | 2 platform tengah (ERL) 1 platform tengah (MRT) 1 platform tengah (Monorel) | |||||||||||||||||||||||||
Trek | 4 (ERL) 2 (MRT) 2 (Monorel) | |||||||||||||||||||||||||
Pembinaan | ||||||||||||||||||||||||||
Jenis struktur | Permukaan (ERL) Ditinggikan(MRT & Monorel) | |||||||||||||||||||||||||
Templat letak kenderaan | Tersedia tetapi berbayar | |||||||||||||||||||||||||
Kemudahan basikal | Tersedia | |||||||||||||||||||||||||
Maklumat lain | ||||||||||||||||||||||||||
Kod stesen | KT3 PY41 | |||||||||||||||||||||||||
Sejarah | ||||||||||||||||||||||||||
Dibuka | KT3 20 Jun 2002 | |||||||||||||||||||||||||
Akan dibuka | PY41 Januari 2023 | |||||||||||||||||||||||||
Perkhidmatan | ||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||
Lokasi | ||||||||||||||||||||||||||
![]() |
Stesen ERL Putrajaya/Cyberjaya ialah sebuah stesen keretapi di timur Putrajaya, Malaysia dan merupakan stesen bagi perkhidmatan KLIA Transit.[1] Stesen ini dibuka apabila perkhidmatan KLIA Transit mula berkhidmat pada 20 Jun 2002. Stesen ini merupakan sebahagian daripada kompleks Putrajaya Sentral.
Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]
Lokasi[sunting | sunting sumber]
Stesen ini terletak di Presint 7, Putrajaya di sempadan Selangor-Putrajaya. Di barat stesen adalah Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya manakala di barat laut stesen adalah persimpangan Putrajaya–Cyberjaya
Lingkaran Putrajaya. Juga terletak berhampiran adalah Hospital Putrajaya, Institut Kanser Negara, Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Depoh bas Nadiputra dan IPD Putrajaya.
Pelan stesen[sunting | sunting sumber]
L1 | Aras legar | Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan ![]() ![]() |
G Platform |
Landasan tidak digunakan | |
Platform tengah, tidak digunakan, pintu tren tidak dibuka di sebelah sini Platform tengah, pintu tren dibuka di sebelah kiri ![]() | ||
ERL Arah Selatan | → 7 KLIA Transit menghala ke KLIA2 (Salak Tinggi) | |
ERL Arah Utara | ← 7 KLIA Transit menghala ke KL Sentral (Bandar Tasik Selatan) | |
Platform tengah, pintu tren dibuka di sebelah kiri ![]() Platform tengah, tidak digunakan, pintu tren tidak dibuka di sebelah sini | ||
Landasan tidak digunakan |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dimana aras platform terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai dua platform tengah di bawah ruang legar untuk perkhidmatan KLIA Transit. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Stesen ini adalah sebahagian daripada kompleks Putrajaya Sentral.
Perkhidmatan bas[sunting | sunting sumber]
Stesen ini terletak di hab bas utama bagi rangkaian bas Nadi Putra iaitu Putrajaya Sentral. Laluan-laluan bas Nadi Putra yang berkhidmat di hab ini adalah laluan 500, 502, 520, 521, 731, L02, L03, L04, L05, L07, L08, L15, N01, N02, N03 dan N04. Laluan bas RapidKL 506, laluan bas Selangor Omnibus 522, laluan bas Hospital Putrajaya, laluan bas Causeway Link 503 dan 608 juga berkhidmat di hab ini.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Our Services" [Perkhidmatan Kami] (dalam bahasa Inggeris). Express Rail Link Sdn Bhd. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-03. Dicapai pada 12 Jun 2014.
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Stesen ERL Putrajaya/Cyberjaya |
![]() | Rencana berkenaan kereta api atau tren ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |