Stesen Gaomidianbei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gaomidianbei

高米店北
Kereta Api Bawah Tanah Beijing
Aras platform stesen.
LokasiJalan Xiangyuan, Jalan Xinghua dan Jalan Xinning, Daerah Daxing, Beijing, China
Koordinat39°46′28.09″N 116°19′27.67″E / 39.7744694°N 116.3243528°E / 39.7744694; 116.3243528Koordinat: 39°46′28.09″N 116°19′27.67″E / 39.7744694°N 116.3243528°E / 39.7744694; 116.3243528
Dikendalikan olehBeijing MTR
Laluan  Laluan Daxing
Platform2 (1 platform pulau)
Trek2
SambunganBas, teksi
Pembinaan
Jenis strukturBawah tanah
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
StatusBeroperasi
Sejarah
Dibuka30 Disember 2010; 13 tahun yang lalu (2010-12-30)
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Kereta Api Bawah Tanah Beijing Stesen seterusnya
Xihongmen
menghala ke Anheqiaobei
Laluan Daxing Gaomidiannan
menghala ke Tiangongyuan
Lokasi
Map

Stesen Gaomidianbei (Bahasa Cina: 高米店北站pinyin: Gāomǐdiàn Běi Zhàn) ialah sebuah stesen kereta api di Daxing, dalam kawasan perbandaran metropolitan Beijing, China. Stesen ini menyediakan perkhidmatan Kereta Api Bawah Tanah Beijing iaitu Laluan Daxing.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pembinaan Laluan Daxing telah dimulakan pada tahun 2007. Pada 30 Disember 2010, Stesen Gaomidianbei dan stesen di sepanjang Laluan Daxing telah dibuka kepada awam dan memulakan operasinya untuk berkhidmat di kawasan sekitar.[2]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen Gaomidianbei terletak di bawah tanah persimpangan Jalan Xinning (Cina ringkas: 新宁街pinyin: Xīnníng Jiē), Jalan Xinghua (Cina ringkas: 兴华大街pinyin: Xīnghuá Dàjiē) dan Jalan Xiangyuan (Cina ringkas: 香园路pinyin: Xiāngyuán Lù).[3][3][4] Stesen ini terletak di dalam kawasan pentabdiran Subdaerah Gaomidian, di daerah Daxing, China dan berkhidmat di sekitar kawasan petempatan Fengjingcuiyuan (风景翠园), Yuhuayuan Erli (郁花园二里), Yuhuayuan Yili (御花园一里), Jinhuiyuan Sanli (金惠园三里), Qingdao Jiayuan (青岛嘉园), Yuhuayuan Sanli (御花园三里), dan Komuniti Taman Shuanggao (双高花园小区).[3]

Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

G Aras Jalan Pintu masuk/keluar A-D, hentian bas dan teksi
B1 Aras Legar Pusat khidmat pelanggan, mesin tiket, pagar tambang, tandas, kiosk mesin juruwang automatik (ATM), mesin layan diri, pondok bit polis Akses OKU
B2 Platform
Arah Utara
 Daxing  menuju ke Anheqiaobei (Laluan 4) (Xihongmen)
Platform pulau, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri/kanan Akses OKU
Platform
Arah Selatan
 Daxing  menuju ke Tiangongyuan (Gaomidiannan)

Dalaman stesen[sunting | sunting sumber]

Aras legar stesen Gaomidianbei terletak di aras bawah tanah, di simpang tiga Jalan Xinning, Jalan Xinghua dan Jalan Xiangyuan. Bahagian aras legar di utara menyediakan akses ke pintu keluar A, B1 dan B2 manakala bahagian aras legar di selatan, terdapat akses ke pintu keluar D sahaja. Mesin tiket layan diri disediakan di bahagian utara dan selatan aras legar stesen manakala pusat perkhidmatan pelanggan berpusat di tengah-tengah aras legar. Bagi keselamatan pengguna, terdapat bilik kawalan stesen dan pondok bit polis yang terletak di aras legar utara berdekatan dengan pintu keluar A, B1 dan B2. Stesen Gaomidianbei juga dilengkapi dengan kemudahan tandas, mesin layan diri makanan dan minuman, kaunter mesin juruwang automatik (ATM) seperti ICBC, dan PSBC, dan peralatan panggilan kecemasan di bilik kawalan.[5]

Stesen Gaomidianbei mempunyai dua platform untuk perkhidmatan Laluan Daxing dalam Sistem Kereta Api Bawah Tanah Beijing yang menuju ke terminus Anheqiaobei dan Tiangongyuan, dengan susunan platform tengah.[5]

Pintu capaian[sunting | sunting sumber]

Empat pintu stesen yang dibina di stesen Gaomidianbei, pintu A, B1, B2 dan D. Pintu A mempunyai landasan landai yang sesuai untuk orang kurang upaya (OKU).[3][5]

Pintu Lokasi Destinasi berdekatan Kemudahan Gambar
A Jalan Xinning
(新宁街)
Rumah Agam Jasmine, Taman Ekologikal Xihongmen Lif untuk OKU
B1 Jalan Xinning
(新宁街)
Yuhuayuan Erli, Yuhuayuan Yili, Jalan Xingfeng
B2 Jalan Xinning
(新宁街)
Vissen International Center, Tadika Daerah Daxing Beijing No. 7
D Jalan Xiangyuan
(香园路)
Jalan Xinghua, Jalan Xinghe, Bangunan China Unicom

Sambungan[sunting | sunting sumber]

Apabila stesen Gaomidianbei dibuka, ia disambungkan dengan beberapa laluan bas:[5]

  • Beijing Public Transport Group: 631
  • Beijing Bafangda Passenger Transport: 937
  • Daxing Bus: 兴12, 兴34, 兴53, 兴66, 兴82

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Beijing Rail Transit Lines Map" [Peta Laluan Transit Kereta Api Beijing]. Kereta Api Bawah Tanah Beijing (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 15 Januari 2023.
  2. ^ "大兴线亦庄线2010年开通4号线明年通车运营" [Laluan Daxing dan Laluan Yizhuang dibuka 2010, Laluan 4 dibuka tahun depan] (dalam bahasa Cina). 11 Disember 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Disember 2008. Dicapai pada 4 Ogos 2009.
  3. ^ a b c d "Around the Station – Gaomidianbei – Beijing MTR" [Di sekitar Stesen – Gaomidianbei – Beijing MTR]. Beijing MTR (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Januari 2022.
  4. ^ "轨道交通大兴线规划方案公告" [Notis Pelan dan Skim untuk laluan kereta api iaitu Laluan Daxing] (dalam bahasa Cina). 北京市规划委员会 (Beijing Municipal Commission of Planning and Natural Resources). 2009-10-14. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-27. Dicapai pada 2010-11-27.
  5. ^ a b c d "Facility – Gaomidian Bei (N) – Beijing MTR" [Infrastruktur – Gaomidian Bei (U) – Beijing MTR]. Beijing MTR (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Januari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]