Stesen Gaomidiannan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gaomidiannan

高米店南
Kereta Api Bawah Tanah Beijing
Aras platform stesen.
LokasiJalan Xinghua dan Jalan Xinning, Daerah Daxing, Beijing, China
Koordinat39°45′49.72″N 116°19′28.87″E / 39.7638111°N 116.3246861°E / 39.7638111; 116.3246861Koordinat: 39°45′49.72″N 116°19′28.87″E / 39.7638111°N 116.3246861°E / 39.7638111; 116.3246861
Dikendalikan olehBeijing MTR
Laluan  Laluan Daxing
Platform2 (1 platform pulau)
Trek2
SambunganBas, teksi
Pembinaan
Jenis strukturBawah tanah
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
StatusBeroperasi
Sejarah
Dibuka30 Disember 2010; 13 tahun yang lalu (2010-12-30)
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Kereta Api Bawah Tanah Beijing Stesen seterusnya
Gaomidianbei
menghala ke Anheqiaobei
Laluan Daxing Zaoyuan
menghala ke Tiangongyuan
Lokasi
Map

Stesen Gaomidiannan (Bahasa Cina: 高米店南站pinyin: Gāomǐdiàn Nán Zhàn) ialah sebuah stesen kereta api di Daxing, dalam kawasan perbandaran metropolitan Beijing, China. Stesen ini menyediakan perkhidmatan Kereta Api Bawah Tanah Beijing iaitu Laluan Daxing.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pembinaan Laluan Daxing telah dimulakan pada tahun 2007. Pada 30 Disember 2010, Stesen Gaomidiannan dan stesen di sepanjang Laluan Daxing telah dibuka kepada awam dan memulakan operasinya untuk berkhidmat di kawasan sekitar.[2]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen Gaomidianbei terletak di bawah tanah persimpangan Jalan Xinghua (Cina ringkas: 兴华大街pinyin: Xīnghuá Dàjiē) dan Jalan Jinxing Barat (Cina ringkas: 金星西路pinyin: Jīnxīng Xī Lù).[3][3][4] Stesen ini terletak di dalam kawasan pentabdiran Subdaerah Gaomidian, di daerah Daxing, China dan berkhidmat di sekitar kawasan petempatan komuniti Xingtao (性讨社区), Yunheshu (运河墅), Lvdizhongyanguangchang (绿地中央广场), Zhongtie Wuyuan (中铁五园), komuniti Kangyiyuan (康邑园), Yuanshengshu (原生墅), Zhongjianguojigang (中建国际港) dan Shoutishangcheng (受体上呈).[3]

Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

G Aras Jalan Pintu masuk/keluar A-D, hentian bas dan teksi
B1 Aras Legar Pusat khidmat pelanggan, mesin tiket, pagar tambang, tandas, kiosk mesin juruwang automatik (ATM), mesin layan diri, pondok bit polis Akses OKU
B2 Platform
Arah Utara
 Daxing  menuju ke Anheqiaobei (Laluan 4) (Gaomidianbei)
Platform pulau, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri/kanan Akses OKU
Platform
Arah Selatan
 Daxing  menuju ke Tiangongyuan (Zaoyuan)

Dalaman stesen[sunting | sunting sumber]

Aras legar stesen Gaomidiannan terletak di aras bawah tanah, di simpang empat Jalan Xinghua dan Jalan Jinxing Barat. Bahagian aras legar di utara menyediakan akses ke pintu keluar A, B1 dan B2 manakala bahagian aras legar di selatan, terdapat akses ke pintu keluar C dan D. Mesin tiket layan diri disediakan di bahagian utara dan selatan aras legar stesen manakala pusat perkhidmatan pelanggan berpusat di tengah-tengah aras legar. Bagi keselamatan pengguna, terdapat bilik kawalan stesen dan pondok bit polis yang terletak di aras legar utara berdekatan dengan pintu keluar A, B1 dan B2. Stesen Gaomidiannan juga dilengkapi dengan kemudahan tandas, mesin layan diri makanan dan minuman, kaunter mesin juruwang automatik (ATM) seperti ICBC, dan PSBC, dan peralatan panggilan kecemasan di bilik kawalan.[5]

Stesen Gaomidiannan mempunyai dua platform untuk perkhidmatan Laluan Daxing dalam Sistem Kereta Api Bawah Tanah Beijing yang menuju ke terminus Anheqiaobei dan Tiangongyuan, dengan susunan platform tengah.[5]

Pintu capaian[sunting | sunting sumber]

Lima pintu stesen yang dibina di stesen Gaomidiannan, pintu A, B1, B2, C dan D. Pintu A mempunyai landasan landai yang sesuai untuk orang kurang upaya (OKU).[3][5]

Pintu Lokasi Destinasi berdekatan Kemudahan Gambar
A Jalan Xinghua
(兴华大街)
Daxing Xincheng Sports Center, Sekolah Tinggi CNU Kampus Daxing Lif untuk OKU
B1 Jalan Xinghua
(兴华大街)
Hospital Utama Universiti Peking (Kampus Chengnan)
B2 Jalan Jinxing Barat
(金星西路)
Rumah Agam Xinli - Xisilai
C Jalan Xinghua
(兴华大街)
Shuijinggang Living Plaza, Zhengguangtianhe Commercial Plaza
D Jalan Xinghua
(兴华大街)
Beijing Zaide Law Firm, Mahkhamah Rakyat Daerah Daxing


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Beijing Rail Transit Lines Map" [Peta Laluan Transit Kereta Api Beijing]. Kereta Api Bawah Tanah Beijing (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 15 Januari 2023.
  2. ^ "大兴线亦庄线2010年开通4号线明年通车运营" [Laluan Daxing dan Laluan Yizhuang dibuka 2010, Laluan 4 dibuka tahun depan] (dalam bahasa Cina). 11 Disember 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Disember 2008. Dicapai pada 4 Ogos 2009.
  3. ^ a b c d "Around the Station – Gaomidian Nan (S) – Beijing MTR" [Di sekitar Stesen – Gaomidian Nan (S) – Beijing MTR]. Beijing MTR (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Januari 2022.
  4. ^ "轨道交通大兴线规划方案公告" [Notis Pelan dan Skim untuk laluan kereta api iaitu Laluan Daxing] (dalam bahasa Cina). 北京市规划委员会 (Beijing Municipal Commission of Planning and Natural Resources). 2009-10-14. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-27. Dicapai pada 2010-11-27.
  5. ^ a b c "Facility – Gaomidian Nan (S) – Beijing MTR" [Infrastruktur – Gaomidian Nan (S) – Beijing MTR]. Beijing MTR (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Januari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]