Johor Bahru Sentral

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Stesen JB Sentral)
Lompat ke: pandu arah, cari
Johor Bahru Sentral
Stesen KTM Antarabandar
JB Sentral sign and entrance.jpg
Lokasi Gerbang Selatan Bersepadu, Johor Bahru, Johor, Malaysia
Dimiliki oleh Keretapi Tanah Melayu
Aliran KTM Antarabandar
KTM Komuter (dalam pembinaan)
RapidJB
(tentative name) (future)
Platform 2 platform tepi and 2 platform pulau
(segmented as six side platforms)
Trek 6
Pembinaan
Parkir Disediakan
Kemudahan OKU Yes
Sejarah
Dibuka pada 21 Oct 2010
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   KTM Antarabandar   Stesen berikutnya
(after 1 halt)
Laluan Utara-Selatan
Stesen terakhir

Johor Bahru Sentral ataupun secara ringkasnya JB Sentral merupakan sentral ibu kota kedua dan stesen keretapi KTM Antarabandar yang moden yang menempatkan stesen kereta api utama Johor Bahru, Malaysia iaitu ibu negeri Johor. Stesen ini juga merupakan stesen paling selatan di Malaysia. Ia dibuka pada 2010 bagi menggantikan Stesen Keretapi Johor Bahru yang lama (sekarang dijadikan Muzium KTM) iaitu terletak 200 m selatan stesen ini. Stesen ini telah dirasmikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim pada tahun 2010 yang telah dijadikan mercu tanda bandaraya Johor Bahru.

JB Sentral juga merupakan hab pengangkutan utama bagi sekitar metropolitan Johor Bahru sebelum Penang Sentral dibina. Ia juga dapat memberi perkhidmatan kepada penduduk di sekitar bandar Kota Tinggi (40 km ke pusat bandar) dan sekitar bandar Pontian Kechil (45 km ke pusat bandar). Pengangkutan yang terdapat di JB Sentral adalah kereta api, bas dan teksi. Wilayah Pembangunan Iskandar juga ingin menjadikan stesen utama bagi LRT (transit aliran ringan), komuter (Komuter Selatan), monorel (Monorel Johor Bahru) dan MRT (Mass Rapid Transit).

Stesen ini memberi perkhidmatan KTM Antarabandar yang menghubungkan Hat Yai di utara dan Singapura di selatan melalui stesen-stesen utama di Malaysia seperti Padang Besar, Alor Setar, Butterworth, Ipoh, KL Sentral, Seremban, Gemas dan JB Sentral.

Am[sunting | sunting sumber]

Stesen kereta api JB Sentral merupakan stesen kereta api utama di negeri Johor yang serupa dengan KL Sentral di Kuala Lumpur yang mana mempunyai keluasan sebanyak 79,000 meter persegi. Hab ini mempunyai stesen keretapi KTM (yang dibuka pada 21 Oktober 2010) dan stesen bus. JB Sentral juga terletak di Gerbang Selatan Bersepadu yang terletak di antara Jalan Yun Abdul Razak dengan Jalan Jim Quee yang terletak di pusat bandaraya. JB Sentral juga dapat menghubungkan dengan pusat membeli belah Johor Bahru City Square melalui jejantas yang disediakan.

JB Sentral juga dimajukan oleh pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Stesen bas di JB Sentral.

Stesen berdekatan[sunting | sunting sumber]

Stesen sebelumnya Rel Keretapi Stesen berikutnya
Woodlands Train Checkpoint   KTM Antarabandar (Utara-Selatan)   Danga City Mall

Pautan luar[sunting | sunting sumber]