Stesen Janaelektrik Wap Malim Nawar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Stesen Janaelektrik Wap Malim Nawar terletak di Malim Nawar, Kampar, Perak, Malaysia. Ia mula digunakan pada 10 Disember 1928 untuk membekalkan elektrik penduduk terutama lombong bijih timah di sekitar Malim Nawar, Kampar, Batu Gajah, Mambang Di Awan dan sekitarnya.

Stesen jana eletrik Wap Malim Nawar ini merupakan stesen janaeletrik yang terawal du Utara Semenanjung Malaysia.Pembinaan oleh syarikat Messrs Armstrong Whitworth and Company yang mendapat persetujuan daripada Sultan Perak, Sultan Iskandar Shah ibni al-Marhum Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah pada 1925. Selepas perjanjian, ’The Perak River Hydro-Electric Power Company Limited’ telah ditubuhkan dalam tahun 1926 dengan modal sebanyak $3,600.000. Stesen ini boleh mengeluarkan elekterik 6,000 kw di Malim Nawar. Arang batu dari lombong bawah tanah di Batu Arang,Rawang diangkut dengan kereta api. Stesen ini mempunyai 4 buah loji wap

Apabila Empangan Chenderoh siap pada 1930, Stesen Janaeletrik Wap Malim Nawar telah ditutup dan digunakan hanya apabila keadaan memerlukan.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]