Pergi ke kandungan

Stesen Komuter Bank Negara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bank Negara
 KA03  KTM_Komuter_Logo
Stesen kereta api komuter
LokasiStesen Keretapi Bank Negara, 50480
Kuala Lumpur
Malaysia
Dimiliki olehPerbadanan Aset Keretapi
Dikendalikan olehKeretapi Tanah Melayu
Laluan1 Laluan Batu Caves–Pulau Sebang
2 Laluan Tanjung Malim–Pelabuhan Klang
Platform2 platform sisi
Trek2
SambunganStesen sambungan ke  AG6   SP6  Bandaraya (150m laluan pejalan kaki tertutup)
Pembinaan
Jenis strukturAtas tanah
Tempat letak kenderaanAda
Kemudahan OKUAda Akses OKU
Sejarah
Dibuka1995; 31 tahun yang lalu (1995)
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Keretapi Tanah Melayu
(Komuter)
Stesen seterusnya
Putra
menghala ke Batu Caves
Laluan Batu Caves–Pulau Sebang/Tampin Kuala Lumpur
Putra
menghala ke Tanjung Malim
Laluan Tanjung Malim–Pelabuhan Klang Kuala Lumpur
menghala ke Pelabuhan Klang
Lokasi
Map

Stesen komuter Bank Negara ialah sebuah stesen kereta api komuter terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini dinamakan sempena ibu pejabat Bank Negara Malaysia yang bersebelahan. Stesen ini merupakan salah satu daripada 4 stesen yang berkhidmat untuk 2 laluan KTM Komuter iaitu laluan Batu Caves–Pulau Sebang/Tampin dan laluan Tanjung Malim–Pelabuhan Klang, sekaligus berperanan sebagai stesen pertukaran antara kedua-dua laluan tersebut.

Sebelum kerja elektrifikasi bermula, terdapat sebuah perhentian kereta api yang terletak 30 meter dari lokasi kini. Perhentian tersebut hanya sebuah teduhan ringkas tanpa apa-apa kemudahan - seakan sebuah perhentian bas. Ianya dipanggil stesen JPM sempena pejabat Jabatan Perdana Menteri yang terletak berhampiran.

Hentian tersebut telah dibina semula semasa projek landasan berkembar elektrik di Kuala Lumpur, Selangor, dan Negeri Sembilan antara tahun 1990 hingga 1994 sebagai persediaan untuk perkhidmatan tren komuter.