Stesen Komuter Batu Caves

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
 KC05 
Batu Caves
Keretapi Tanah Melayu KTM Komuter
ستيسين كوموتر باتو كيۏس
Stesen komuter
Batu Caves Railway Station 2.jpg
LokasiBatu Caves, Gombak, Selangor, Malaysia.
Koordinat3°14′16.1″N 101°40′52.2″E / 3.237806°N 101.681167°E / 3.237806; 101.681167
Dimiliki olehKeretapi Tanah Melayu
Aliran/laluan 1  Laluan Seremban (KTM Komuter)
Platform2 platform sisi
Landasan4
Pembinaan
K. letak kenderaanTersedia dengan bayaran
Capaian OKUTersedia
Maklumat lain
Kod stesen KC05 
Sejarah
Dibuka1905
Dibina semulaApril 2010
DielektrikkanApril 2010
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   KTM Komuter   Stesen berikutnya
Stesen terakhirLaluan Seremban
menghala ke Pulau Sebang/Tampin atau Sentul
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Stesen Komuter Batu Caves (sebelumnya stesen keretapi Batu Caves) ialah stesen kereta api komuter Malaysia yang terletak di Batu Caves, Kuala Lumpur. Telah dibuka pada 29 Julai 2010, ia adalah perhentian penghabisan baru bagi rangkaian KTM Komuter. Ia tidak digunakan untuk perkhidmatan KTM Antarabandar.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Stesen keretapi Batu Caves yang asal dibina pada tahun yang tidak dikenal pasti. Stesen ini sering digunakan terutama pada perayaan Thaipusam. Namun stesen ini berada dalam keadaan buruk, kampung di sekelilingnya senyap dan seperti ditinggalkan. Selepas landasan berkembar elektrik di antara Kuala Lumpur dan Sentul (sebahagian daripada Rancangan Malaysia Keenam) disiapkan, laluan di antara Sentul dan Batu Caves masih tidak diubahsuai.

Pada tahun 1990-an, cadangan dibuat untuk menjalankan projek landasan berkembar elektrik di antara Sentul dan Batu Caves, dan stesen baru, termasuklah pembinaan semula stesen ini,  KC03  Stesen Komuter Kampung Batu dan Stesen Komuter Sentul serta membina stesen baru iaitu  KC04  Stesen Komuter Taman Wahyu dan  KC02  Stesen Komuter Batu Kentonmen. Projek ini dijangka bermula sebelum tahun 2001, dengan DRB-Hicom sebagai kontraktor utama, selepas surat tujuan dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan kepada syarikat itu pada 13 April 2001.[1] Akan tetapi, tiada surat pemberian dikeluarkan hingga 2006 apabila tapak ini diberi kepada YTL Corporation pada 17 November 2006.[2] Projek ini telah siap dan perkhidmatan KTM Komuter telah dimulakan pada 29 Julai 2010,[2] dan stesen baru sudah dibuka pada Ogos 2010.

Sekitar stesen[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Bursa Malaysia reply to query on article entitled: "DRB-HICOM, Emrail on track for more jobs"". Malaysian Stock Exchange. 15 August 2002. 
  2. ^ a b "Landasan Berkembar Elektrik Sentul-Batu Caves (Sentul-Batu Caves double tracking and electrification)" (dalam bahasa Malay). KTMB. n.d. Diarkibkan daripada asal pada 27 September 2007. Dicapai 14 June 2007. 


Koordinat: 3°14′16″N 101°40′52″E / 3.23778°N 101.68111°E / 3.23778; 101.68111