Stesen Komuter UKM
KB07 UKM 马来西亚国民大学 | |
---|---|
Hentian KTM Komuter | |
![]() | |
Lokasi | Kampung Sungai Tangkas/Bangi, off Jalan Reko, Selangor, Malaysia. |
Koordinat | 2°56′22″N 101°47′16″E / 2.93944°N 101.78778°E |
Dimiliki oleh | Keretapi Tanah Melayu |
Aliran/laluan | Laluan Rawang-Seremban (KTM Komuter) |
Platform | 2 platform sisi |
Landasan | 2 |
Pembinaan | |
K. letak kenderaan | Yes |
Maklumat lain | |
Kod stesen | UKM |
Sejarah | |
Dibuka | 1995 |
sunting |
Stesen Komuter UKM ialah sebuah perhentian tren komuter yang terletak berhampiran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Selangor, Malaysia. Ia juga merupakan stesen kereta api ke utara (Tanjung Malim) dan ke selatan (Seremban).
Arah selatan ialah Stesen Komuter Bangi. Sementara di arah utara ialah Stesen Komuter Kajang.
Panorama[sunting | sunting sumber]
Sepanjang landasan dari UKM ke Stesen Komuter Bangi, perjalanannya agak menarik. Dari dalam kereta api, anda dapat melihat keindahan lombong / tasik milik Kolej Universiti Antarabangsa Selangor di Bandar Sri Putra. Kereta api dan komuter akan melintas sebuah jambatan dengan tembok semi bulatan. Di bawahnya ialah Sungai Langat yang keruh. Beberapa lombong bijih timah yang terbiar juga jelas kelihatan. Selain itu di kiri dan kanan terlihat ladang kelapa sawit.
Hubungan dengan bas rapidKL[sunting | sunting sumber]
Stesen Komuter UKM boleh dicapai oleh bas rapidKL berikut:-
- T430 : Pekan Kajang - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - Pekan Kajang
Stesen sebelumnya | Stesen Komuter UKM | Stesen berikutnya | ||
---|---|---|---|---|
Kajang | Laluan Rawang-Seremban | Bangi |
![]() | Rencana berkaitan pengangkutan rel di Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |