Pergi ke kandungan

Stesen LRT Bandar Bukit Tinggi

Koordinat: 2°59′36″U 101°26′46″T / 2.9932166218789455°U 101.44604164032995°T / 2.9932166218789455; 101.44604164032995
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bandar Bukit Tinggi
Stesen transit aliran ringan (LRT) | Rapid_KL_Logo
LokasiStesen LRT Bandar Bukit Tinggi, Jalan Langat (Laluan Persekutuan Malaysia 5), Bandar Bukit Tinggi, Daerah Klang, 41200 Klang, Selangor, Malaysia[1]
Koordinat2°59′36″U 101°26′46″T / 2.9932166218789455°U 101.44604164032995°T / 2.9932166218789455; 101.44604164032995[1]
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Dikendalikan olehRapid KL
Laluan11 Laluan Shah Alam
Platform2 (dengan 1 platform pulau)
Trek2
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Tempat letak kenderaanAda (di AEON Bukit Tinggi)
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
StatusDalam pembinaan
Kod stesen SA24 
Sejarah
Akan dibukaJun 2026; 1 bulan lagi (2026-06)
DielektrikkanYa
Nama lamaAEON Bukit Tinggi, Batu Nilam
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Klang Jaya
menghala ke Bandar Utama
Laluan Shah Alam
Perkhidmatan akan datang (2026)
Johan Setia
Terminal
Laluan Shah Alam
Perkhidmatan akan datang (2028)
Bandar Botanik
menghala ke Johan Setia
Lokasi
Map

Stesen LRT Bandar Bukit Tinggi ialah stesen transit aliran ringan (LRT) akan datang di Bandar Bukit Tinggi, sebuah perbandaran dekat Klang, negeri Selangor, Malaysia.[2][1] Stesen LRT ini menyediakan perkhidmatan LRT Laluan Shah Alam yang menuju ke Bandar Utama dan Johan Setia. Kedudukan stesen ini terletak di antara stesen LRT Klang Jaya dan stesen LRT Johan Setia serta mempunyai kod stesen iaitu SA24.[3] Stesen LRT Bandar Bukit Tinggi merupakan sebahagian daripada projek Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang di Malaysia,[3] dan akan dibuka rasmi pada tahun 2026.[4]

Projek membina LRT Laluan Shah Alam telah dilancarkan secara rasmi pada bulan Ogos tahun 2016.[5] Pakej pemberian tender-tender untuk pembinaan LRT Shah Alam juga telah dilakukan pada awal tahun 2016.[6] Stesen LRT Bandar Bukit Tinggi dilabel sebagai stesen ke-24 dalam jajaran Laluan Shah Alam (pada ketika itu dikenali sebagai Laluan Bandar Utama–Klang).[7] Sebelum dikenali sebagai Bandar Bukit Tinggi, stesen ini dikenali sebagai AEON Bukit Tinggi dengan mengambil kira mercu tanda berhampiran dengan stesen LRT ini iaitu pusat beli-belah AEON Bukit Tinggi,[8] dan Batu Nilam memandangkan banyak nama jalan raya di Bandar Bukit Tinggi menggunakan perkataan batu nilam di dalamnya.[9]

Ciri-ciri stesen

[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan

[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT Bandar Bukit Tinggi menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Rapid KL melalui Laluan Shah Alam. Stesen LRT ini terletak di antara stesen Klang Jaya dan stesen Johan Setia. Kod stesen bagi stesen LRT Bandar Bukit Tinggi ialah SA24.[3][7]

Menjelang tahun 2028, stesen LRT Johan Setia akan terletak di antara stesen LRT Klang Jaya dan stesen LRT Bandar Botanik, sebaik sahaja stesen LRT Bandar Botanik siap dibina.[10]

Lokasi stesen

[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT Bandar Bukit Tinggi terletak di dalam kawasan bidang kuasa Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).[7][11] Stesen LRT ini menyediakan perkhidmatan LRT Laluan Shah Alam kepada penduduk di Bandar Bukit Tinggi, Bandar Bukit Tinggi 2 dan Ambang Botanic.[1][7]

Dalam pelan stesen yang dikeluarkan oleh Prasarana Malaysia, Stesen LRT Bandar Bukit Tinggi terletak di bawah Jalan Langat, yang merupakan sebahagian daripada penjajaran Laluan Persekutuan Malaysia 5 di Daerah Klang. Stesen LRT Bandar Bukit Tinggi juga terletak berhampiran dengan Persimpangan Persiaran Batu Nilam 1–Jalan Mahogani pada bahagian utara dan Persimpangan Susur Persiaran Batu Nilam 2 pada bahagian selatan. Pada bahagian barat stesen, terdapat pusat beli-belah AEON Bukit Tinggi manakala pada bahagian timur stesen, terdapat kawasan komersial Bandar Botanic yang merangkumi Jalan Mahogani 1 sehingga Jalan Mahogani 5.[1][2][8]

Mercu tanda yang terletak berhampiran dengan stesen LRT ini termasuk pusat beli-belah AEON Bukit Tinggi dan GM Klang Wholesale City, pangsapuri servis Impiria Residensi, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Highlands (SJKT Ladang Highlands), pusat komersial Jalan Mahogani 1–5 Bandar Botanic dan The Landmark, Klinik Kesihatan Bandar Botanic yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Pejabat Kesihatan Daerah Klang, kawasan perumahan Jalan Batu Nilam 17–20 yang sebahagian daripada Taman Buki Tinggi 2, dan kawasan perumahan Jalan Cemara dan Jalan Rebung yang sebahagian daripada Ambang Botanic.[1][2]

  1. ^ a b c d e f Penyumbang OpenStreetMap (29 Mac 2026). "Stesen LRT Bandar Bukit Tinggi, Jalan Langat, Klang City, 41200 Klang, Selangor, Malaysia". OpenStreetMap (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 Mac 2026.
  2. ^ a b c "Bandar Bukit Tinggi LRT Station" [Stesen LRT Bandar Bukit Tinggi]. mrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). 29 Mac 2026. Dicapai pada 29 Mac 2026.
  3. ^ a b c "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang] (PDF). MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. 2023. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ Bernama (23 Februari 2026). "LRT3 Shah Alam line expected to be operational before June" [Laluan LRT3 Shah Alam dijangka untuk beroperasi sebelum Jun]. New Straits Times Online (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times Press. Dicapai pada 8 Mac 2026.
  5. ^ Dawn Chan; Zafira Anwar; Fernando Fong (24 Ogos 2016). "PM Najib launches LRT3 project, set to benefit two million people by 2020 [VIDEO]" [PM Najib melancarkan projek LRT3, memanfaatkan kepada dua juta orang menjelang 2020]. New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times Press. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  6. ^ "Jangka Masa Projek". lrt3.com.my. Prasarana Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mei 2015. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  7. ^ a b c d "Peta & Profil Jajaran". lrt3.com.my. Prasarana Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2015. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  8. ^ a b "Pelan Setiap Stesen". Prasarana Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-22. Dicapai pada 2015-05-17.
  9. ^ "Batu Nilam LRT Station" [Stesen LRT Batu Nilam]. mrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). 27 Julai 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Julai 2021. Dicapai pada 29 Mac 2026.
  10. ^ Abdul Rahman, Sharil (13 Oktober 2023). "Budget 2024: 5 previously provisional stations along the LRT Shah Alam Line will be built" [Bajet 2024: 5 stesen simpanan sebelumnya di sepanjang Laluan LRT Shah Alam bakal dibina]. SoyaCincau (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Oktober 2023.
  11. ^ Danny Tan (20 Julai 2020). "LRT3 line now 33% done, expected to complete in 2024" [Laluan LRT3 sekarang 33% siap, dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024]. paultan.org (dalam bahasa Inggeris). Paul Tan's Automotive News. Dicapai pada 28 Disember 2023.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]