Stesen LRT Jalan Meru
Jalan Meru | |||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Stesen transit aliran ringan (LRT) | | |||||||||||
| Lokasi | Stesen LRT Jalan Meru, Jalan Meru, Daerah Klang, 41400 Klang, Selangor, Malaysia[1] | ||||||||||
| Koordinat | 3°03′33″U 101°27′07″T / 3.0590888°U 101.4520384°T[1] | ||||||||||
| Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||
| Dikendalikan oleh | Rapid KL | ||||||||||
| Laluan | 11 Laluan Shah Alam | ||||||||||
| Platform | 2 (dengan 2 platform sisi) | ||||||||||
| Trek | 2 | ||||||||||
| Pembinaan | |||||||||||
| Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
| Tempat letak kenderaan | Tiada | ||||||||||
| Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
| Maklumat lain | |||||||||||
| Status | Dalam pembinaan | ||||||||||
| Kod stesen | SA19 | ||||||||||
| Sejarah | |||||||||||
| Akan dibuka | Jun 2026 | ||||||||||
| Dielektrikkan | Ya | ||||||||||
| Nama lama | Kawasan 17 | ||||||||||
| Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
| Lokasi | |||||||||||
![]() | |||||||||||
Stesen LRT Jalan Meru ialah stesen transit aliran ringan (LRT) akan datang di Klang, negeri Selangor, Malaysia.[2][1] Stesen LRT ini menyediakan perkhidmatan LRT Laluan Shah Alam yang menuju ke Bandar Utama dan Johan Setia. Kedudukan stesen ini terletak di antara stesen LRT Pasar Klang dan stesen LRT Pasar Jawa serta mempunyai kod stesen iaitu SA19.[3] Stesen LRT Jalan Meru merupakan sebahagian daripada projek Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang di Malaysia,[3] dan akan dibuka rasmi pada tahun 2026.[4]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Projek membina LRT Laluan Shah Alam telah dilancarkan secara rasmi pada bulan Ogos tahun 2016.[5] Pakej pemberian tender-tender untuk pembinaan LRT Shah Alam juga telah dilakukan pada awal tahun 2016.[6] Stesen LRT Jalan Meru dilabel sebagai stesen ke-19 dalam jajaran Laluan Shah Alam (pada ketika itu dikenali sebagai Laluan Bandar Utama–Klang).[7] Sebelum dikenali sebagai Jalan Meru, stesen ini dikenali sebagai Kawasan 17.[8]
Ciri-ciri stesen
[sunting | sunting sumber]Perkhidmatan
[sunting | sunting sumber]Stesen LRT Jalan Meru menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Rapid KL melalui Laluan Shah Alam. Stesen LRT ini terletak di antara stesen Pasar Klang dan stesen Pasar Jawa. Kod stesen bagi stesen LRT Jalan Meru ialah SA19.[3][7]
Lokasi stesen
[sunting | sunting sumber]Stesen LRT Jalan Meru terletak di dalam kawasan bidang kuasa Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).[7][9] Stesen LRT ini menyediakan perkhidmatan LRT Laluan Shah Alam kepada penduduk di Taman Eng Ann, Kawasan 17 Klang, Kawasan 18 Klang, Taman Jalan Meru dan Kampung Sungai Pinang.[1][7]
Dalam pelan stesen yang dikeluarkan oleh Prasarana Malaysia, Stesen LRT Jalan Meru terletak di bawah Jalan Meru, yang merupakan sebahagian daripada penjajaran Laluan Persekutuan Malaysia 3217. Stesen LRT Jalan Meru juga terletak berhampiran dengan Persimpangan Jalan Sireh–Jalan Mantin–Jalan Meru pada bahagian selatan.[1][2][8]
Mercu tanda yang terletak berhampiran dengan stesen LRT ini termasuk Klang Parade, Sekolah Kebangsaan (1) Jalan Meru (SK (1) Jalan Meru), Sekolah Kebangsaan (2) Jalan Meru (SK (2) Jalan Meru), Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Jalan Meru (SJKT Jalan Meru), Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Klang (SMK Tinggi Klang), bangunan Pejabat Pendidikan Daerah Klang, dan stesen minyak BHPetrol Jalan Meru.[1][2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e f Penyumbang OpenStreetMap (29 Mac 2026). "Stesen LRT Jalan Meru, Klang City, 41400 Klang, Selangor, Malaysia". OpenStreetMap (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 Mac 2026.
- ^ a b c "Jalan Meru LRT Station" [Stesen LRT Jalan Meru]. mrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). 29 Mac 2026. Dicapai pada 29 Mac 2026.
- ^ a b c "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang] (PDF). MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. 2023. Dicapai pada 20 Februari 2023.
- ^ Bernama (23 Februari 2026). "LRT3 Shah Alam line expected to be operational before June" [Laluan LRT3 Shah Alam dijangka untuk beroperasi sebelum Jun]. New Straits Times Online (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times Press. Dicapai pada 8 Mac 2026.
- ^ Dawn Chan; Zafira Anwar; Fernando Fong (24 Ogos 2016). "PM Najib launches LRT3 project, set to benefit two million people by 2020 [VIDEO]" [PM Najib melancarkan projek LRT3, memanfaatkan kepada dua juta orang menjelang 2020]. New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times Press. Dicapai pada 28 Disember 2023.
- ^ "Jangka Masa Projek". lrt3.com.my. Prasarana Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mei 2015. Dicapai pada 28 Disember 2023.
- ^ a b c d "Peta & Profil Jajaran". lrt3.com.my. Prasarana Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2015. Dicapai pada 28 Disember 2023.
- ^ a b "Pelan Setiap Stesen". Prasarana Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-22. Dicapai pada 2015-05-17.
- ^ Danny Tan (20 Julai 2020). "LRT3 line now 33% done, expected to complete in 2024" [Laluan LRT3 sekarang 33% siap, dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024]. paultan.org (dalam bahasa Inggeris). Paul Tan's Automotive News. Dicapai pada 28 Disember 2023.
