Stesen LRT Kerjaya
Kerjaya | |||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Stesen transit aliran ringan (LRT) | | |||||||||||||||
| Lokasi | Stesen LRT Kerjaya, Persiaran Kerjaya, Seksyen U1 Shah Alam, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia | ||||||||||||||
| Koordinat | 3°04′57″U 101°33′43″T / 3.082396°U 101.561954°T | ||||||||||||||
| Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||||||
| Dikendalikan oleh | Rapid KL | ||||||||||||||
| Laluan | 11 Laluan Shah Alam | ||||||||||||||
| Platform | 2 platform sisi | ||||||||||||||
| Trek | 2 | ||||||||||||||
| Pembinaan | |||||||||||||||
| Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||||||
| Templat letak kenderaan | Tiada | ||||||||||||||
| Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||||||
| Maklumat lain | |||||||||||||||
| Status | Dalam pembinaan | ||||||||||||||
| Kod stesen | SA09 | ||||||||||||||
| Sejarah | |||||||||||||||
| Akan dibuka | Jun 2026 | ||||||||||||||
| Dielektrikkan | Ya | ||||||||||||||
| Nama lama | Glenmarie, Hicom–Glenmarie, Persiaran Kerjaya | ||||||||||||||
| Perkhidmatan | |||||||||||||||
| |||||||||||||||
| Lokasi | |||||||||||||||
![]() | |||||||||||||||
Stesen LRT Kerjaya ialah stesen transit aliran ringan (LRT) akan datang, di Shah Alam, ibu negeri Selangor, Malaysia. Stesen LRT ini menyediakan perkhidmatan LRT Laluan Shah Alam yang menuju ke Bandar Utama dan Johan Setia. Kedudukan stesen ini terletak di antara stesen LRT Glenmarie 2 dan stesen LRT Stadium Shah Alam serta mempunyai kod stesen iaitu SA09.[1] Stesen LRT Kerjaya merupakan sebahagian daripada projek Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang di Malaysia,[1] dan akan dibuka rasmi pada tahun 2026.[2]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Projek membina LRT Laluan Shah Alam telah dilancarkan secara rasmi pada bulan Ogos tahun 2016.[3] Pakej pemberian tender-tender untuk pembinaan LRT Shah Alam juga telah dilakukan pada awal tahun 2016.[4] Stesen LRT Kerjaya dilabel sebagai stesen ke-9 dalam jajaran Laluan Shah Alam (pada ketika itu dikenali sebagai Laluan Bandar Utama–Klang).[5] Sebelum dikenali sebagai Kerjaya, stesen ini dikenali sebagai Glenmarie, Hicom–Glenmarie dan Persiaran Kerjaya.
Ciri-ciri stesen
[sunting | sunting sumber]Perkhidmatan
[sunting | sunting sumber]Stesen LRT Kerjaya menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Rapid KL melalui Laluan Shah Alam. Stesen LRT ini terletak di antara stesen Glenmarie 2 dan stesen Stadium Shah Alam. Kod stesen bagi stesen LRT Kerjaya ialah SA09.[1]
Lokasi stesen
[sunting | sunting sumber]Stesen LRT Kerjaya terletak di dalam kawasan bidang kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).[6]
Dalam pelan stesen yang dikeluarkan oleh Prasarana Malaysia, Stesen LRT Kerjaya terletak di atas Persiaran Kerjaya, salah satu jalan raya utama di Shah Alam, Selangor. Terletak sangat hampir dengan Persimpangan Jalan Hakim U1/24 ke Jalan Batu Tiga Lama, pada bahagian timur stesen dan Persimpangan Jalan Kontraktor U1/14 dan Jalan Juruterbang U1/38 pada bahagian barat stesen. Stesen LRT Kerjaya teletak di dalam kawasan Seksyen U1, Shah Alam iaitu dalam Taman Perindustrian Hicom–Glenmarie (Hicom-Glenmarie Industrial Park).[7][8][9]
Mercu tanda yang terletak berhampiran dengan stesen LRT ini termasuk Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Kolej Komuniti Shah Alam, Pejabat Pos Malaysia Glenmarie, bangunan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) Glenmarie, pusat beli-belah Utropolis Marketplace Shopping Mall, stesen minyak Shell cawangan Glenmarie.[7][8][9]
Infrastruktur stesen
[sunting | sunting sumber]Stesen LRT Kerjaya dilengkapi dengan hentian sebelah bagi bas perantara LRT dan kenderaan peribadi termasuk kenderaan perkhidmatan e-panggilan dan teksi awam.[9] Meskipun begitu, stesen LRT ini tidak dilengkapi dengan kawasan meletakkan kenderaan yang berbayar bagi perkhidmatan pandu dan rantau (park and ride).[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang] (PDF). MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. 2023. Dicapai pada 20 Februari 2023.
- ^ Bernama (23 Februari 2026). "LRT3 Shah Alam line expected to be operational before June" [Laluan LRT3 Shah Alam dijangka untuk beroperasi sebelum Jun]. New Straits Times Online (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times Press. Dicapai pada 8 Mac 2026.
- ^ Dawn Chan; Zafira Anwar; Fernando Fong (24 Ogos 2016). "PM Najib launches LRT3 project, set to benefit two million people by 2020 [VIDEO]" [PM Najib melancarkan projek LRT3, memanfaatkan kepada dua milion orang menjelang 2020]. New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times Press. Dicapai pada 28 Disember 2023.
- ^ "Jangka Masa Projek". lrt3.com.my. Prasarana Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mei 2015. Dicapai pada 28 Disember 2023.
- ^ "Peta & Profil Jajaran". lrt3.com.my. Prasarana Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2015. Dicapai pada 28 Disember 2023.
- ^ Danny Tan (20 Julai 2020). "LRT3 line now 33% done, expected to complete in 2024" [Laluan LRT3 sekarang 33% siap, dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024]. paultan.org (dalam bahasa Inggeris). Paul Tan's Automotive News. Dicapai pada 28 Disember 2023.
- ^ a b Google (28 Disember 2023). "Kerjaya LRT Station (Peta)" [Stesen LRT Kerjaya]. Google Maps (dalam bahasa Inggeris). Google. Dicapai pada 28 Disember 2023.
- ^ a b "Kerjaya LRT Station" [Stesen LRT Kerjaya]. mrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). 28 Disember 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Disember 2023. Dicapai pada 6 Januari 2026.
- ^ a b c "Pelan Setiap Stesen". Prasarana Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-22. Dicapai pada 2015-05-17.
