Pergi ke kandungan

Stesen LRT Klang Jaya

Koordinat: 3°00′20″U 101°26′31″T / 3.0054448°U 101.4419646°T / 3.0054448; 101.4419646
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Klang Jaya
Stesen transit aliran ringan (LRT) | Rapid_KL_Logo
LokasiStesen LRT Klang Jaya, Jalan Langat (Laluan Persekutuan Malaysia 5), Bandar Bukit Tinggi, Daerah Klang, 41200 Klang, Selangor, Malaysia[1]
Koordinat3°00′20″U 101°26′31″T / 3.0054448°U 101.4419646°T / 3.0054448; 101.4419646[1]
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Dikendalikan olehRapid KL
Laluan11 Laluan Shah Alam
Platform2 (dengan 1 platform pulau)
Trek2
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Tempat letak kenderaanAda (di Lotus's Bukit Tinggi)
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
StatusDalam pembinaan
Kod stesen SA23 
Sejarah
Akan dibukaJun 2026; 1 bulan lagi (2026-06)
DielektrikkanYa
Nama lamaTesco Bukit Tinggi, Lotus's Bukit Tinggi, Bukit Tinggi
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Seri Andalas
menghala ke Bandar Utama
Laluan Shah Alam
Perkhidmatan akan datang (2026)
Bandar Bukit Tinggi
menghala ke Johan Setia
Lokasi
Map

Stesen LRT Klang Jaya ialah stesen transit aliran ringan (LRT) akan datang di Bandar Bukit Tinggi, sebuah perbandaran dekat Klang, negeri Selangor, Malaysia.[2][1] Stesen LRT ini menyediakan perkhidmatan LRT Laluan Shah Alam yang menuju ke Bandar Utama dan Johan Setia. Kedudukan stesen ini terletak di antara stesen LRT Seri Andalas dan stesen LRT Bandar Bukit Tinggi serta mempunyai kod stesen iaitu SA23.[3] Stesen LRT Klang Jaya merupakan sebahagian daripada projek Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang di Malaysia,[3] dan akan dibuka rasmi pada tahun 2026.[4]

Projek membina LRT Laluan Shah Alam telah dilancarkan secara rasmi pada bulan Ogos tahun 2016.[5] Pakej pemberian tender-tender untuk pembinaan LRT Shah Alam juga telah dilakukan pada awal tahun 2016.[6] Stesen LRT Klang Jaya dilabel sebagai stesen ke-23 dalam jajaran Laluan Shah Alam (pada ketika itu dikenali sebagai Laluan Bandar Utama–Klang).[7] Sebelum dikenali sebagai Klang Jaya, stesen ini dikenali sebagai Tesco Bukit Tinggi dan Lotus's Bukit Tinggi dengan mengambil kira mercu tanda berhampiran dengan stesen LRT ini iaitu pasar raya Lotus's Bukit Tinggi,[8] dan Bukit Tinggi memandangkan lokasi stesen berkenaan terletak pada bahagian tenggara Bandar Bukit Tinggi.

Ciri-ciri stesen

[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan

[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT Klang Jaya menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Rapid KL melalui Laluan Shah Alam. Stesen LRT ini terletak di antara stesen Seri Andalas dan stesen Bandar Bukit Tinggi. Kod stesen bagi stesen LRT Klang Jaya ialah SA23.[3][7]

Lokasi stesen

[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT Klang Jaya terletak di dalam kawasan bidang kuasa Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).[7][9] Stesen LRT ini menyediakan perkhidmatan LRT Laluan Shah Alam kepada penduduk di Bandar Bukit Tinggi, Taman Desawan, Taman Klang Jaya, Kawasan Perindustrian Klang Jaya, dan Taman Klang Ria.[1][7]

Dalam pelan stesen yang dikeluarkan oleh Prasarana Malaysia, Stesen LRT Klang Jaya terletak di bawah Jalan Langat, yang merupakan sebahagian daripada penjajaran Laluan Persekutuan Malaysia 5 di Daerah Klang. Stesen LRT Klang Jaya juga terletak berhampiran dengan Persimpangan Lebuh Batu Nilam pada bahagian utara dan Susur Masuk dan Keluar Lebuh Gambus ke Taman Klang Jaya pada bahagian selatan. Pada bahagian barat stesen, terdapat pasar raya Lotus's Bukit Tinggi manakala pada bahagian timur stesen, terdapat kawasan perumahan Taman Desawan dan Taman Klang Jaya.[1][2][8]

Mercu tanda yang terletak berhampiran dengan stesen LRT ini termasuk pasar raya Lotus's Bukit Tinggi, Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi (SK Bukit Tinggi), pangsapuri servis Trio @ Klang Residence, bangunan KWSP Klang, pusat komersial Bandar Bukit Tinggi One Boulevard, pasar raya besar Giant Bandar Bukit Tinggi, stesen minyak Petronas Bandar Bukit Tinggi 1, Surau Al-Hidayah Bandar Bukit Tinggi, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Mahadi (SMK Raja Mahadi), Sekolah Rendah Agama Klang Jaya (SRA Klang Jaya), Sekolah Kebangsaan Taman Klang Jaya (SK Taman Klang Jaya) dan Surau Al-Amin Taman Desawan.[1][2]

  1. ^ a b c d e f Penyumbang OpenStreetMap (29 Mac 2026). "Stesen LRT Klang Jaya, Klang Jaya, Jalan Langat, Taman Klang Jaya, Klang City, 41200 Klang, Selangor, Malaysia". OpenStreetMap (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 Mac 2026.
  2. ^ a b c "Klang Jaya LRT Station" [Stesen LRT Klang Jaya]. mrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). 29 Mac 2026. Dicapai pada 29 Mac 2026.
  3. ^ a b c "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang] (PDF). MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. 2023. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ Bernama (23 Februari 2026). "LRT3 Shah Alam line expected to be operational before June" [Laluan LRT3 Shah Alam dijangka untuk beroperasi sebelum Jun]. New Straits Times Online (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times Press. Dicapai pada 8 Mac 2026.
  5. ^ Dawn Chan; Zafira Anwar; Fernando Fong (24 Ogos 2016). "PM Najib launches LRT3 project, set to benefit two million people by 2020 [VIDEO]" [PM Najib melancarkan projek LRT3, memanfaatkan kepada dua juta orang menjelang 2020]. New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times Press. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  6. ^ "Jangka Masa Projek". lrt3.com.my. Prasarana Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mei 2015. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  7. ^ a b c d "Peta & Profil Jajaran". lrt3.com.my. Prasarana Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2015. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  8. ^ a b "Pelan Setiap Stesen". Prasarana Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-22. Dicapai pada 2015-05-17.
  9. ^ Danny Tan (20 Julai 2020). "LRT3 line now 33% done, expected to complete in 2024" [Laluan LRT3 sekarang 33% siap, dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024]. paultan.org (dalam bahasa Inggeris). Paul Tan's Automotive News. Dicapai pada 28 Disember 2023.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]