Stesen LRT Masjid Jamek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Jamek Rapid KL
مسجد جامع
LokasiStesen Masjid Jamek, Jalan Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°8′58″N 101°41′46″E / 3.14944°N 101.69611°E / 3.14944; 101.69611Koordinat: 3°8′58″N 101°41′46″E / 3.14944°N 101.69611°E / 3.14944; 101.69611
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan3 Laluan Ampang
4 Laluan Sri Petaling
5 Laluan Kelana Jaya
Platform3: 2 platform sisi dan 1 platform tengah
Trek4
Pengendali kereta api3 4 5 RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia)
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: 180, 190, 851

Pengangkutan bas SJ Bus: BET5, BET6
Pengangkutan bas Lebuh Ampang

Pengangkutan bas Hab Medan Pasar
Pembinaan
Jenis struktur3 4 Bertingkat
5 Bawah tanah
Templat letak kenderaanTiada
Kemudahan basikalTiada
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen KJ13   AG7   SP7 
Sejarah
Dibuka3 16 Disember 1996
4 11 Julai 1998
5 1 Jun 1999
Dibina semula28 November 2008
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Sentul Timur
Laluan Ampang
menghala ke Ampang
Laluan Sri Petaling
menghala ke Putra Heights
menghala ke Gombak
Laluan Kelana Jaya
menghala ke Putra Heights
Lokasi
Map

Stesen LRT Masjid Jamek adalh stesen LRT bagi Laluan Kelana Jaya, Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling yang terletak di tengah Kuala Lumpur, Malaysia. Nama stesen ini diambil sempena masjid berdekatan, Masjid Jamek Kuala Lumpur. Stesen ini merupakan stesen pertukaran bagi dua laluan LRT RapidKL, iaitu Laluan Ampang dan Sri Petaling dengan Laluan Kelana Jaya. Stesen ini merupakan salah satu daripada dua stesen pertukaran bagi kedua-dua laluan LRT, satu lagi adalah stesen Putra Heights.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT STAR (kini Laluan Ampang dan Sri Petaling) Masjid Jamek dibuka pada 16 Disember 1996 sebagai sebahagian daripada fasa pertama Laluan STAR diantara stesen Ampang dan stesen Sultan Ismail.[1][2] Stesen ini dibina sepanjang Jalan Tun Perak yang juga merentasi Sungai Klang dimana platform stesen terletak di atas Jalan Tun Perak manakala kaunter tiket dan pagar tambang terletak di aras tanah. Stesen ini mempunyai sebuah kaunter tiket bagi setiap platform dimana kedua-dua kaunter ini serta pagar tambang berada di kedua-dua belah Jalan Tun Perak, dan tidak dihubungkan.

Stesen LRT PUTRA (bahagian Laluan Kelana Jaya) dibuka pada 1 Jun 1999 sebagai sebahagian daripada segmen kedua Laluan PUTRA diantara stesen ini dan stesen Gombak.[3][2] Stesen ini dibina di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Melaka, berhampiran tebing barat Sungai Klang.

Walaupun stesen ini dipanggil sebagai stesen pertukaran, sehingga 28 November 2011, dari pandangan operasi terdapat dua stesen Masjid Jamek: Laluan Ampang dan Sri Petaling (LRT STAR) berkhidmat di stesen bertingkat Masjid Jamek manakala Laluan Kelana Jaya (LRT PUTRA) berkhidmat di stesen bawah tanah Masjid Jamek. Hal ini kerana setiap LRT mempunyai sistem tiket sendiri yang tidak disepadukan dengan sistem lain. Sehingga November 2011, penumpang perlu keluar dari satu sistem dan membeli tiket baharu sebelum memasuki sistem lain jika ingin bertukar laluan di stesen ini.[4]

Apabila Prasarana Malaysia mengambil alih kedua-dua laluan LRT STAR dan LRT PUTRA, pelan mula dirangka bagi menghubungkan kedua-dua sistem ini yang ketika pengambilalihan menggunakan sistem tiket berbeza. Pembinaan sebuah bangunan yang menempatkan kedua-dua ruang berbayar LRT, dinamakan Plaza Masjid Jamek, bermula 1 November 2006 dan dibuka pada awam pada November 2008.[2] Namun begitu, kedua-dua sistem masih menggunakan sistem tiket yang berbeza dimana para penumpang yang ingin bertukar laluan di stesen ini perlu membeli tiket baharu bagi meneruskan perjalanan. Penyatupaduan sistem tiket siap pada 28 November 2011, membolehkan penumpang bertukar laluan di stesen ini dengan tiket yang sama.[4]

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen ini dibina di sebelah utara persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Melaka serta di atas Jalan Tun Perak yang juga menyeberangi Sungai Klang. Terdapat pelbagai ibu pejabat bank di sekitar stesen ini seperti Menara OCBC, Menara HSBC, Menara UAB, Menara Bank Muamalat, Bangunan Chartered Bank, Menara Maybank dan Menara CIMB. Juga terletak berhampiran stesen ini adalah Masjid Jamek, Dataran Merdeka, Dataran Underground, Kelab Diraja Selangor, Bangunan Sultan Abdul Samad, bekas Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Muzium Tekstil Negara, Panggung Bandaraya DBKL, bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Bangunan Suhakam, Bangunan Oriental, Hotel Pacific Express, Wisma Maran, SEGi College Kuala Lumpur, Katedral St John, SMK St. John (L), pusat membeli-belah Mydin Kotaraya, Muzium Telekom dan Bangunan TM Jalan Raja Chulan.

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

L1
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
AG/SP Arah Timur 3 Laluan Ampang menghala ke  AG18  Ampang (Plaza Rakyat)

4 Laluan Sri Petaling menghala ke  SP31  Putra Heights (Plaza Rakyat)

AG/SP Arah Barat 3 Laluan Ampang menghala ke  AG1  Sentul Timur (Plaza Rakyat)

4 Laluan Sri Petaling menghala ke  SP1  Sentul Timur (Plaza Rakyat)

Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
G Aras Jalan Pintu masuk/keluar, plaza stesen (mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan), hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU
B1 Aras Legar Sambungan LRT Kelana Jaya dengan LRT Ampang/Sri Petaling Akses OKU
B2
Platform
KJ Arah Selatan 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ36  Putra Heights (Pasar Seni)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
KJ Arah Utara 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (Dang Wangi)


Stesen ini terdiri daripada dua stesen berbeza yang disambungkan oleh laluan pejalan kaki: stesen LRT (STAR) Masjid Jamek dan stesen LRT (PUTRA) Masjid Jamek. Stesen LRT (STAR) Masjid Jamek adalah stesen bertingkat dimana ruang legar terletak di atas tanah. Stesen LRT (PUTRA) Masjid Jamek pula adalah stesen bawah tanah dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Sebuah laluan pejalan kaki disediakan menghubungkan kesemua platform di stesen Masjid Jamek. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif di kedua-dua stesen LRT.

Stesen LRT (STAR) Masjid Jamek mempunyai dua platform sisi di atas Jalan Tun Perak untuk perkhidmatan Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling manakala stesen LRT (PUTRA) Masjid Jamek mempunyai satu platform tengah di bawah ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya.

Pintu stesen[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT Masjid Jamek dapat dicapai dengan menggunakan dua pintu masuk dan keluar, iaitu Pintu B dan Pintu C.

Pertukaran[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT Pasar Seni dihubungkan melalui terowong pejalan kaki merentasi Jalan Tun Perak. Terowong ini menghubungkan platform 1 Laluan Ampang dan Sri Petaling (arah Sentul Timur) dengan ruang legar Laluan Kelana Jaya. Sebuah kompleks telah dibina dan dibuka pada 2006 bagi membolehkan penumpang dari Laluan Kelana Jaya (dan kini penumpang dari platform 1 Laluan Ampang dan Sri Petaling) dengan platform 2 Laluan Ampang dan Sri Petaling (arah Ampang atau Sri Petaling).

Hentian bas[sunting | sunting sumber]

Bas RapidKL laluan 180, 190 dan 851 berkhidmat di stesen ini. Bas Setara Jaya laluan BET5 dan BET6 berkhidmat di stesen ini pada waktu puncak sahaja. Selain itu, stesen ini juga terletak berhampiran dua hentian bas utama: Lebuh Ampang (100, 103, 104, 107, 120, 121, 122, 150, 151, 152, 170, 171, 173, 200, 202, 220, 250) dan Hab Medan Pasar (100, 103, 104, 107, 120, 121, 122, 150, 151, 152, 190, 250).

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ David White. "Kuala Lumpur's new LRT line" (PDF). Sydney Tramway Museum (dalam bahasa Inggeris). m/s. 12-13. Dicapai pada 8 Mei 2019.
  2. ^ a b c Fazleena Aziz (7 Nov 2008). "Masjid Jamek Plaza to open on Nov 15". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-10. Dicapai pada 7 Mei 2019.
  3. ^ Meng Yew Choong (31 Ogo 2015). "Klang Valley urban rail service turns 10". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Apr 2017. Dicapai pada 8 Mei 2019.
  4. ^ a b Meng Yew Choong (20 Jan 2014). "Integration is the key". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Apr 2017. Dicapai pada 8 Mei 2019.