Pergi ke kandungan

Stesen LRT Pandan Indah

 AG15  Pandan Indah
ڤندن اينده‎
Rapid KL Logo | Stesen LRT
Pemandangan keseluruhan bangunan stesen
LokasiStesen LRT Pandan Indah,
Off Jalan Pandan Indah 20,
Pandan Indah, 55100 Ampang Jaya,
Selangor, Malaysia
Koordinat3°8′5″U 101°44′48″T / 3.13472°U 101.74667°T / 3.13472; 101.74667
Dimiliki oleh3: Prasarana Malaysia
13: MRT Corp
Laluan3 Laluan Ampang
13 Laluan MRT Lingkaran
Platform3: 2 platform sisi
13: TBA
Trek3: 2
13: TBA
Pembinaan
Jenis struktur3: Atas Tanah
13: Bertingkat
Tempat letak kenderaanAda; 277 petak parkir
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen AG15   CC20 
Sejarah
Dibuka3: 16 Disember 1996; 29 tahun yang lalu (1996-12-16)
13: 2032; 6 tahun lagi (2032)
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Pandan Jaya
menghala ke Sentul Timur
Laluan Ampang Cempaka
menghala ke Ampang
Lokasi
Map

Stesen LRT Pandan Indah adalah stesen transit aliran ringan (LRT) di Ampang, Selangor, Malaysia. Stesen ini dikhidmat oleh Laluan Ampang yang merupakan sebahagian daripada Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang di Malaysia.

Stesen ini juga dirancang untuk menjadi stesen pertukaran dengan MRT Laluan Lingkaran selaku sebahagian daripada projek KVMRT.[1]

Penjajaran asal yang melalui stesen ini dari Ampang ke Chan Sow Lin sepanjang 6.1 kilometer (3.8 bt) asalnya merupakan penjajaran di bawah KTM yang dibuka pada 1 Mei 1914.[2]

Stesen ini dibuka kepada awam dengan perasmian segmen pertama STAR-LRT (kini Laluan Ampang) yang menelusuri 13 stesen dari stesen Ampang ke stesen Sultan Ismail pada 16 Disember 1996.[3]

Ciri-ciri stesen

[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan

[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT Pandan Indah menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Rapid Rail melalui Laluan Ampang dan terletak antara stesen Pandan Jaya dan stesen Cempaka, serta mempunyai kod stesen AG15.

Apabila Laluan Lingkaran beroperasi kelak, stesen di bawah penjajaran ini akan terletak antara stesen Kampung Pandan dan stesen Taman Kencana dan mempunyai kod stesen CC20.

Stesen LRT Pandan Indah terletak di sepanjang Sungai Kerayong di Pandan Indah, Selangor.

Antara mercu tanda yang terletak berhampiran dengan stesen ini termasuk:

  • Flat Taman Bakti (barat laut stesen)
  • Pangsapuri Inai (tenggara stesen)
  • Pusat membeli-belah Axis Atrium
  • Kondominium Axis Residences
  • Kawasan perumahan Pandan Indah
  • Taman Bakti
  • Taman Cempaka
  • Pangsapuri Pandan Mas
  • Dewan MPAJ Taman Cempaka

Pelan stesen

[sunting | sunting sumber]
G Ruang
platform
Platform sisi, pintu dibuka di sebelah kiri
→ Platform 1: 3 Laluan Ampang / 4 Laluan Sri Petaling menghala ke  AG01   SP01  Sentul Timur (Sultan Ismail)
← Platform 2: 3 Laluan Ampang menghala ke  AG18  Ampang (Cempaka)
Platform sisi, pintu dibuka di sebelah kiri
G Ruang
legar
Pintu masuk/keluar, mesin tiket, pintu pagar tambang, kaunter perkhidmatan pelanggan, kedai serbaneka, hentian teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen LRT Pandan Indah adalah stesen atas tanah dimana ruang legar dan ruang platform terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi untuk perkhidmatan laluan ini. Stesen ini mempunyai kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[4]

Selain itu, terdapat kawasan parkir kenderaan untuk tujuan pandu dan rantau yang mampu menempatkan sebanyak 277 petak kenderaan.[5]

  1. ↑ "LALUAN LINGKARAN (MRT3)". MRT Corp. Dicapai pada 2026-06-11.
  2. ↑ Mohamed, Alias (1985). Malayan Railway: 100 years, 1885-1985. AMW Communications Management. m/s. 56. Dicapai pada 2019-05-27.
  3. ↑ David White. "Kuala Lumpur's new LRT line" (PDF). Sydney Tramway Museum (dalam bahasa Inggeris). m/s. 12-13. Dicapai pada 2020-01-05.
  4. ↑ Kevin Tan (2011-07-23). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-11. Dicapai pada 2019-06-11.
  5. ↑ "Park N' Ride - Rapid KL". MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-09-03.