Pergi ke kandungan

Stesen LRT Jambatan Kota

Koordinat: 3°02′51″U 101°26′51″T / 3.0474217°U 101.4475357°T / 3.0474217; 101.4475357
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Stesen LRT Pasar Jawa)
Jambatan Kota
Stesen transit aliran ringan (LRT) | Rapid_KL_Logo
Stesen LRT Jambatan Kota pada tahun 2022
LokasiStesen LRT Jambatan Kota, Jalan Jambatan Kota (Laluan Persekutuan Malaysia 2 dan Laluan Persekutuan Malaysia 5), Klang, Daerah Klang, 41400 Klang, Selangor, Malaysia[1]
Koordinat3°02′51″U 101°26′51″T / 3.0474217°U 101.4475357°T / 3.0474217; 101.4475357[1]
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Dikendalikan olehRapid KL
Laluan11 Laluan Shah Alam
Platform2 (dengan 2 platform sisi)
Trek2
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Tempat letak kenderaanAda
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
StatusDalam pembinaan
Kod stesen SA20 
Sejarah
Akan dibukaJun 2026; 1 bulan lagi (2026-06)
DielektrikkanYa
Nama lamaPasar Jawa, Klang
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Jalan Meru
menghala ke Bandar Utama
Laluan Shah Alam
Perkhidmatan akan datang (2026)
Hospital Tengku Ampuan Rahimah
menghala ke Johan Setia
Lokasi
Map

Stesen LRT Jambatan Kota, sebelum ini dinamakan sebagai Stesen Pasar Jawa, ialah stesen transit aliran ringan (LRT) akan datang di Bandar Klang, negeri Selangor, Malaysia.[2][1] Stesen LRT ini menyediakan perkhidmatan LRT Laluan Shah Alam yang menuju ke Bandar Utama dan Johan Setia. Kedudukan stesen ini terletak di antara stesen LRT Jalan Meru dan stesen LRT Hospital Tengku Ampuan Rahimah serta mempunyai kod stesen iaitu SA20.[3] Stesen LRT Jambatan Kota merupakan sebahagian daripada projek Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang di Malaysia,[3] dan akan dibuka rasmi pada tahun 2026.[4]

Projek membina LRT Laluan Shah Alam telah dilancarkan secara rasmi pada bulan Ogos tahun 2016.[5] Pakej pemberian tender-tender untuk pembinaan LRT Shah Alam juga telah dilakukan pada awal tahun 2016.[6] Stesen LRT Jambatan Kota dilabel sebagai stesen ke-20 dalam jajaran Laluan Shah Alam (pada ketika itu dikenali sebagai Laluan Bandar Utama–Klang).[7] Sebelum dikenali sebagai Jambatan Kota, stesen ini dikenali sebagai Pasar Jawa (sehingga Mac 2026), dan Klang.[8]

Mengikut pelan awal yang telah dirangka, stesen LRT Jambatan Kota dirancang untuk dibina berdekatan dengan stesen Komuter Klang, dan membolehkan stesen LRT berkenaan menjadi stesen sambungan ke perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad dalam KTM Komuter Laluan Tanjung Malim–Pelabuhan Klang. Tapak asal stesen LRT berada di Jalan Tengku Kelana, Little India dan nama Klang telah diberikan untuk stesen LRT ini. Walaupun begitu, memandangkan lokasi yang dirancang berada di kawasan yang sibuk dan sesak, penduduk setempat mula menyuarakan bantahan atas faktor kepentingan sejarah di lokasi berkenaan. Dengan pembinaan stesen LRT berkenaan, kerja-kerja merobohkan sebahagian lot kedai sebelum perang dan beberapa reruai perniagaan lain di sepanjang jalan yang sempit itu terpaksa dilakukan.[9]

Selepas bantahan dikemukakan kepada Prasarana Malaysia, tapak stesen LRT berpindah dari Jalan Tengku Kelana ke Jalan Jambatan Kota dan Jalan Pasar di utara Klang, yang menjadi pusat perniagaan utama di Klang.[10] Lokasi baharu terletak bersebelahan dengan bangunan Emporium Makan yang terkenal. Namun disebabkan oleh kesukaran pembinaan LRT, bangunan itu dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan stesen ini. [11]

Ciri-ciri stesen

[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan

[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT Jambatan Kota menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Rapid KL melalui Laluan Shah Alam. Stesen LRT ini terletak di antara stesen Jalan Meru dan stesen Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Kod stesen bagi stesen LRT Jambatan Kota ialah SA20.[3][7]

Lokasi stesen

[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT Jambatan Kota terletak di dalam kawasan bidang kuasa Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).[7][12] Stesen LRT ini menyediakan perkhidmatan LRT Laluan Shah Alam kepada penduduk di Kawasan 1 Klang, Kawasan 6 Klang, Kampung Atap, Kampung Kuantan, Taman Bukit Kuda, Taman Kampung Kuantan, Taman Seng Chai, Kampung Bukit Kuda, Kampung Sungai Bertek, Kampung Sungai Pinang dan Pusat Bandar Klang Utara.[1][7]

Dalam pelan stesen yang dikeluarkan oleh Prasarana Malaysia, Stesen LRT Jambatan Kota terletak di bawah Jalan Jambatan Kota, yang merupakan sebahagian daripada penjajaran Laluan Persekutuan Malaysia 2 dan Laluan Persekutuan Malaysia 5 yang saling bertindih di Daerah Klang. Stesen LRT Jambatan Kota juga terletak berhampiran dengan Bulatan Kota dan Bulatan Seratus pada bahagian utara. Pada bahagian barat stesen, terdapat Kompleks Pasar Jawa dan Masjid Bandar Diraja Klang Utara manakala pada bahagian timur stesen terdapat Persimpangan Jalan Tengku Kelana–Jalan Pos Baharu–Jalan Pasar, Hentian Bas dan Teksi Klang Utara (atau Hentian Klang sahaja) dan bangunan Wisma Hafiz.[1][2][8]

Mercu tanda yang terletak berhampiran dengan stesen LRT ini termasuk Kompleks Pasar Jawa, Masjid Bandar Diraja Klang Utara, pasar raya The Store Klang, Jejantas Kota Lama, Hentian Bas dan Teksi Klang Utara, Wisma Hafiz, Plaza Majlis Bandaraya Diraja Klang (atau Plaza Majlis Perbandaran Klang), Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kong Hoe (SJKC Kong Hoe), Dewan Hamzah, bangunan Majlis Bandaraya Diraja Klang, Gedung Raja Abdullah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja, Masjid India Muslim Tengku Kelana, Dataran Klang, Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Methodist (SMK (P) Methodist) dan Sekolah Menengah Pin Hwa.[1][2]

  1. ^ a b c d e f Penyumbang OpenStreetMap (29 Mac 2026). "Stesen LRT Pasar Jawa, Jambatan Kota, Kampung Atap, Klang City, 41400 Klang, Selangor, Malaysia". OpenStreetMap (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 Mac 2026.
  2. ^ a b c "Pasar Jawa LRT Station" [Stesen LRT Pasar Jawa]. mrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). 29 Mac 2026. Dicapai pada 29 Mac 2026.
  3. ^ a b c "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang] (PDF). MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. 2023. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ Bernama (23 Februari 2026). "LRT3 Shah Alam line expected to be operational before June" [Laluan LRT3 Shah Alam dijangka untuk beroperasi sebelum Jun]. New Straits Times Online (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times Press. Dicapai pada 8 Mac 2026.
  5. ^ Dawn Chan; Zafira Anwar; Fernando Fong (24 Ogos 2016). "PM Najib launches LRT3 project, set to benefit two million people by 2020 [VIDEO]" [PM Najib melancarkan projek LRT3, memanfaatkan kepada dua juta orang menjelang 2020]. New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times Press. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  6. ^ "Jangka Masa Projek". lrt3.com.my. Prasarana Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mei 2015. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  7. ^ a b c d "Peta & Profil Jajaran". lrt3.com.my. Prasarana Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2015. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  8. ^ a b "Pelan Setiap Stesen". Prasarana Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-22. Dicapai pada 2015-05-17.
  9. ^ "Objections surface over station relocation". The Star (dalam bahasa Inggeris). 18 Januari 2016. Dicapai pada 30 Mac 2026.
  10. ^ "Proposed LRT3 project to consider feedback from Tengku Kelana stakeholders". The Star (dalam bahasa Inggeris). 14 Ogos 2014. Dicapai pada 30 Mac 2026.
  11. ^ "Iconic 50-year-old Klang food court demolished to make way for LRT3 station". The Star (dalam bahasa Inggeris). 15 Oktober 2015. Dicapai pada 30 Mac 2026.
  12. ^ Danny Tan (20 Julai 2020). "LRT3 line now 33% done, expected to complete in 2024" [Laluan LRT3 sekarang 33% siap, dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024]. paultan.org (dalam bahasa Inggeris). Paul Tan's Automotive News. Dicapai pada 28 Disember 2023.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]