Pergi ke kandungan

Stesen LRT Pasar Klang

Koordinat: 3°04′05″U 101°27′03″T / 3.0679254°U 101.4508251°T / 3.0679254; 101.4508251
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pasar Klang
Stesen transit aliran ringan (LRT) | Rapid_KL_Logo
LokasiStesen LRT Pasar Klang, Jalan Meru, Taman Bunga Melor, Daerah Klang, 41150 Klang, Selangor, Malaysia[1]
Koordinat3°04′05″U 101°27′03″T / 3.0679254°U 101.4508251°T / 3.0679254; 101.4508251[1]
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Dikendalikan olehRapid KL
Laluan11 Laluan Shah Alam
Platform2 (dengan 2 platform sisi)
Trek2
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Tempat letak kenderaanAda (di Pasar Besar Klang)
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
StatusDalam pembinaan
Kod stesen SA18 
Sejarah
Akan dibukaJun 2026; 1 bulan lagi (2026-06)
DielektrikkanYa
Nama lamaPasar Besar Klang
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Bandar Baru Klang
menghala ke Bandar Utama
Laluan Shah Alam
Perkhidmatan akan datang (2026)
Jalan Meru
menghala ke Johan Setia
Lokasi
Map

Stesen LRT Pasar Klang ialah stesen transit aliran ringan (LRT) akan datang di Klang, negeri Selangor, Malaysia.[2][1] Stesen LRT ini menyediakan perkhidmatan LRT Laluan Shah Alam yang menuju ke Bandar Utama dan Johan Setia. Kedudukan stesen ini terletak di antara stesen LRT Bandar Baru Klang dan stesen LRT Jalan Meru serta mempunyai kod stesen iaitu SA18.[3] Stesen LRT Pasar Klang merupakan sebahagian daripada projek Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang di Malaysia,[3] dan akan dibuka rasmi pada tahun 2026.[4]

Projek membina LRT Laluan Shah Alam telah dilancarkan secara rasmi pada bulan Ogos tahun 2016.[5] Pakej pemberian tender-tender untuk pembinaan LRT Shah Alam juga telah dilakukan pada awal tahun 2016.[6] Stesen LRT Pasar Klang dilabel sebagai stesen ke-18 dalam jajaran Laluan Shah Alam (pada ketika itu dikenali sebagai Laluan Bandar Utama–Klang).[7] Sebelum dikenali sebagai Pasar Klang, stesen ini dikenali sebagai Pasar Besar Klang.

Ciri-ciri stesen

[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan

[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT Pasar Klang menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Rapid KL melalui Laluan Shah Alam. Stesen LRT ini terletak di antara stesen Bandar Baru Klang dan stesen Jalan Meru. Kod stesen bagi stesen LRT Pasar Klang ialah SA18.[3][7]

Lokasi stesen

[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT Pasar Klang terletak di dalam kawasan bidang kuasa Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).[7][8] Stesen LRT ini menyediakan perkhidmatan LRT Laluan Shah Alam kepada penduduk di Kawasan 17 Klang, Kawasan 18 Klang, Kawasan 19 Klang, Kampung Batu Belah, Taman Bunga Melor, Taman Mutiara, Taman Seri Pekan, Bandar Bukit Raja, Mutiara Bukit Raja, Kawasan Perindustrian Bukit Raja dan Kawasan Perindustrian Batu Belah.[1][7]

Dalam pelan stesen yang dikeluarkan oleh Prasarana Malaysia, Stesen LRT Pasar Klang terletak di bawah Jalan Meru, yang merupakan sebahagian daripada penjajaran Laluan Persekutuan Malaysia 3217. Stesen LRT Pasar Klang juga terletak berhampiran dengan Persimpangan Jalan Kedah–Jalan Pekan Baru–Jalan Meru pada bahagian selatan, dan Persimpangan Bertingkat Bukit Raja Utara (Susur Keluar 3002) yang menghubungkan pengguna dari Jalan Meru ke Lebuhraya Pintasan Selat Klang Utara Baru dan Pintasan Selat Klang Utara (sebahagian daripada Laluan Persekutuan Malaysia 20) pada bahagian utara.[1][2][9]

Mercu tanda yang terletak berhampiran dengan stesen LRT ini termasuk Kompleks Pasar Besar Klang, pusat beli-belah Klang Parade, Surau At-Taqwa Jalan Sentosa 35, Tokong Tian Hock, Masjid Sirajuddin Al-Anuar, Sekolah Kebangsaan Batu Belah (SK Batu Belah), Plaza Tol Bukit Raja bagi Lebuhraya Pintasan Selat Klang Utara Baru dan Sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Rahimah (SRAI Tengku Ampuan Rahimah).[1][2]

  1. ^ a b c d e f Penyumbang OpenStreetMap (29 Mac 2026). "Stesen LRT Pasar Klang, Jalan Meru, Taman Bunga Melor, Klang City, 41150 Klang, Selangor, Malaysia". OpenStreetMap (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 Mac 2026.
  2. ^ a b c "Pasar Klang LRT Station" [Stesen LRT Pasar Klang]. mrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). 29 Mac 2026. Dicapai pada 29 Mac 2026.
  3. ^ a b c "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang] (PDF). MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. 2023. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ Bernama (23 Februari 2026). "LRT3 Shah Alam line expected to be operational before June" [Laluan LRT3 Shah Alam dijangka untuk beroperasi sebelum Jun]. New Straits Times Online (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times Press. Dicapai pada 8 Mac 2026.
  5. ^ Dawn Chan; Zafira Anwar; Fernando Fong (24 Ogos 2016). "PM Najib launches LRT3 project, set to benefit two million people by 2020 [VIDEO]" [PM Najib melancarkan projek LRT3, memanfaatkan kepada dua juta orang menjelang 2020]. New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times Press. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  6. ^ "Jangka Masa Projek". lrt3.com.my. Prasarana Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mei 2015. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  7. ^ a b c d "Peta & Profil Jajaran". lrt3.com.my. Prasarana Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2015. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  8. ^ Danny Tan (20 Julai 2020). "LRT3 line now 33% done, expected to complete in 2024" [Laluan LRT3 sekarang 33% siap, dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024]. paultan.org (dalam bahasa Inggeris). Paul Tan's Automotive News. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  9. ^ "Pelan Setiap Stesen". Prasarana Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-22. Dicapai pada 2015-05-17.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]