Stesen Pasar Seni

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Stesen LRT Pasar Seni)
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini ialah mengenai Stesen transit rel. Untuk bekas Pasar Besar Kuala Lumpur yang kini menempatkan kompleks kedai seni dan kraftangan, sila lihat Pasar Seni.
 KJ14   SBK16 
Pasar Seni
Stesen Transit Aliran Ringan dan Transit Massa.
Stesen Pertukaran Integrasi.
Pasar Seni LRT.jpg
Papan tanda stesen di platform LRT Pasar Seni.
Nama lain ڤاسر سني (Jawi)
中央艺术坊 (Cina)
தங் வாங்கி (Tamil)
Lokasi Jalan Sultan, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
Koordinat 3°8′33″N 101°41′44″E / 3.14250°N 101.69556°E / 3.14250; 101.69556
Dimiliki oleh Prasarana Malaysia
Aliran/laluan  5  Laluan Kelana Jaya
 9  Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang
Platform 2 platform tengah (Laluan Pelabuhan Klang dan Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang)
Landasan 4
Pembinaan
Jenis struktur  KJ14  Bertingkat
 SBK16  Bawah Tanah
K. letak kenderaan Tiada.
Capaian OKU Ya Handicapped/disabled access
Maklumat lain
Kod stesen  KJ14   SBK16 
Sejarah
Dibuka  KJ14  1 September 1998 [1]
 SBK16  17 Julai 2017 [2]
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Gombak
Laluan Kelana Jaya
menghala ke Putra Heights
menghala ke Sungai Buloh
Laluan SBK
menghala ke Kajang
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Stesen Pasar Seni ialah stesen transit rel berintegrasi yang terletak berhampiran Pasar Seni, Kuala Lumpur, Malaysia. Pasar Seni merupakan stesen bagi Laluan Kelana Jaya dan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dinamakan sempena Pasar Seni yang berdekatan dan terletak berhampiran Jalan Petaling dan kawasan yang dikenali sebagai Chinatown Kuala Lumpur.

Stesen ini terdiri daripada dua stesen berasingan - stesen bertingkat Laluan Kelana Jaya yang lama dibuka pada 1 Jun 1999 sebagai sebahagian segmen pertama aliran ini yang melalui 10 stesen bertingkat antara stesen Kelana Jaya dan Pasar Seni. [1] manakala stesen bawah tanah Laluan Sungai Buloh-Kajang yang baharu dibuka pada 17 Julai 2017.[3] Sebuah jejambat pejalan kaki dan eskalator menghubungkan kawasan berbayar kedua-dua stesen, memudahkan penumpang untuk menukar diantara Laluan Kelana Jaya dan Laluan Sungai Buloh-Kajang dengan mudah.

Stesen ini terletak bersebelahan hab bas Jalan Sultan Mohamed ke Petaling Jaya, Shah Alam dan Subang Jaya serta bas GOKL. Jambatan pejalan kaki juga menghubungkan stesen ini dengan  KA02  Kuala Lumpur, yang mempunyai perkhidmatan KTM Komuter dan KTM ETS; Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur dan kompleks Dayabumi.[4]

Kemudahan dan sejarah stesen[sunting | sunting sumber]

Permandangan stesen bertingkat LRT Pasar Seni dan pintu masuk kaca bagi stesen bawah tanah MRT.
Platform LRT Pasar Seni.
Permandangan aras platform stesen MRT.

Stesen LRT[sunting | sunting sumber]

Stesen bertingkat LRT Pasar Seni berkhidmat dibawah LRT Laluan Kelana Jaya dan telah dibuka pada 1 September 1998 apabila Fasa 1 yang ketika itu dikenali sebagai sistem PUTRA LRT memulakan operasinya.[1]

Stesen ini mempunyai dua aras bertingkat; sebuah aras legar dan sebuah aras platform tengah diatasnya. Pintu masuk stesen ini berada di aras legar yang boleh diakses melalui eskalator, tangga dan lif dari Jalan Tun Tan Cheng Lock dan Jalan Sultan Mohamed. Juga pada aras legar adalah pintu berbayar, mesin tiket, Kaunter Khidmat Pelanggan, kedai serbaneka dan kedai roti. Jambatan sambungan dengan  KA02  Kuala Lumpur, KPejabat Pos Besar Kuala Lumpur dan kompleks Dayabumi juga berada di aras legar.

Aras bawah stesen ini digunapakai oleh beberapa laluan bas sebahagian daripada hab bas Jalan Sultan Mohamed bus hub. Di tingkat ini juga terdapat Pejabat Khidmat Pelanggan Rapid Bus. Lorong pejalan kaki bertutup menghubungkan hab bas dengan stesen ini.

Stesen MRT[sunting | sunting sumber]

Bahagian stesen bawah tanah MRT memulakan operasinya pada 17 July 2017 apabila Fasa Dua MRT Sungai Buloh-Kajang Line dibuka kepada orang ramai.

Stesen ini telah dibina di kawasan yang dahulunya digunapakai oleh Hentian Bas Klang, Kompleks Plaza Wawasan dan Pusat Membeli Belah UO. Ketiga-tiga bagunan ini telah dimusnahkan pada 2012 untuk kerja-kerja pembinaan stesen MRT.[5]

Stesen ini juga mempunyai tiga aras bawah tanah - Aras Legar, Aras Plant Room (tidak dibuka untuk orang awam) dan Aras Platform - dibawah plaza aras tanah.

Rekabentuk bagunan pintu masuk stesen ini pada aras tanah adalah berdasarkan kuarza dijumpai di Permatang Kuarza Bukit Tabur di Gombak, Selangor, manakala tema rekabentuk dalaman stesen ini adalah "Confluence", diambil daripada pertemuan diantara Sungai Gombak and Sungai Klang, yang terletak bersebelahan Masjid Jamek, stesen berikut dalam Laluan Kelana Jaya arah Gombak.[6] Terowong MRT di stsen ini terletak hanya 300 meter jauh daripada pembukaan terowong Laluan Kelana Jaya Line (menghala ke Masjid Jamek).

Hubungan LRT-MRT[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT dan MRT Pasar Seni dihubungkan melalui jejambat pejalan kaki merentasi Jalan Sultan Mohamed. Jambatan ini menghubungkan terus kawasan berbayar LRT Pasar Seni di Aras Legar. Di bahagian stesen MRT, eskalator, tangga dan lif menghubungkan jambatan pejalan kaki ini terus dengan kawasan berbayar di Aras Legar, yang merupakan aras pertama stesen itu.

Hubungan kawasan berbayar dinamakan sebagai Pintu C bagi stesen MRT. Walau bagaimanapun, ia hanya membenarkan pengguna untuk menukar laluan diantara MRT dan LRT, dan tidak membenarkan sesiapa keluar daripada stesen ini melalui pintu ini.

Untuk menampung jambatan pejalan kaki ini, stesen LRT perlu melalui beberapa pengubahsuaian. Selain daripada To accommodate this pedestrian bridge, the LRT station had to undergo some renovation. Besides mengeluarkan balustrad di Aras Legar, pintu berbayar stesen LRT juga dipindahkan berdekatan dengan pintu masuk. Sebuah kaunter perkhidmatan baharu juga telah dibina menggantikan kaunter perkhidmatan yang lama.

Struktur stesen[sunting | sunting sumber]

L2
Platform
KJ Arah Selatan  5  Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (KL Sentral)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Handicapped/disabled access
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Handicapped/disabled access
KJ Arah Utara  5  Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ01  Gombak (Masjid Jamek)
L1 Aras Legar Pertukaran Bersepadu, Khidmat Pelanggan, Mesin Tiket and Kedai Serbaguna Handicapped/disabled access
G Aras Jalan Raya Pintu Masuk/Keluar, Hentian Bas, Teksi dan Kenderaan Persendirian Handicapped/disabled access
B1 Aras Legar Pertukaran Bersepadu, Khidmat Pelanggan, Mesin Tiket and Kedai Serbaguna Handicapped/disabled access
B2
Platform
SBK Arah Selatan  9  Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang menghala ke  SBK35  Kajang (Merdeka)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Handicapped/disabled access
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Handicapped/disabled access
SBK Arah Utara  9  Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang menghala ke  SBK01  Sungai Buloh (Muzium Negara)

Hentian bas rapidKL[sunting | sunting sumber]

Stesen Pasar Seni ialah perhentian bas RapidKL untuk laluan-laluan berikut:

Laluan Pengendali Terminal Utara/Barat Terminal Selatan/Timur melalui
BET1[7] RapidKL Terminal Kota Damansara, MRT Surian, Seksyen 8 Platform D, Hab Pasar Seni Mutiara Damansara, Bangsar
BET3[8] Platform B, Hab Pasar Seni Subang Mewah, USJ 1 Sunway Pyramid, KTM Angkasapuri, LRT Bangsar, Nu Sentral
BET4[9] Platform B, Hab Pasar Seni Taman Sri Muda, Shah Alam Seksyen 18 Shah Alam, Batu Tiga, Sunway Pyramid, KTM Angkasapuri, LRT Bangsar, Nu Sentral
180[10] Taman Dato Senu Platform A, Hab Pasar Seni Sentul East, Maju Junction, LRT Masjid Jamek
600[11] Platform E, Hab Pasar Seni Puchong Utama IOI Mall Puchong, Giant Superstore Puchong, Mid Valley, Nu Sentral
602[12] Platform E, Hab Pasar Seni Taman Puchong Prima IOI Mall Puchong, Giant Superstore Puchong, Mid Valley, Nu Sentral
640[13] Platform C, Hab Pasar Seni Taman Sri Manja/ Taman Sri Sentosa Pos Malaysia Petaling, Jalan Klang Lama, Mid Valley, Nu Sentral
650[14] Platform C, Hab Pasar Seni LRT Awan Besar LRT Muhibbah, OUG, Jalan Klang Lama, Mid Valley, Nu Sentral
652[15] Platform C, Hab Pasar Seni LRT Awan Besar Bukit Jalil, Pasar Jalan Klang Lama, Mid Valley, Nu Sentral
671[16] Platform E, Hab Pasar Seni Apartment Enggang Bandar Kinrara, LRT Kinrara BK5, IOI Mall Puchong, Masjid Jamek Petaling, Pasar Jalan Klang Lama, KTM Mid Valley
750[17] UiTM Seksyen 2, Shah Alam Platform B, Hab Pasar Seni Hentian Bandar Shah Alam, Batu Tiga, Seri Setia, LRT Bangsar, Nu Sentral
751[18] Taman Sri Muda Platform B, Hab Pasar Seni Seksyen 18 Shah Alam, Batu Tiga, Seri Setia, LRT Bangsar, Nu Sentral
770[19] Platform B, Hab Pasar Seni USJ 1 Subang Mewah LRT Taipan, Sunway Pyramid, Seri Setia, Mid Valley, Nu Sentral
772[20] Hab Subang Suria Platform D, Hab Pasar Seni Kampung Melayu Subang, LRT Glenmarie, Seri Setia, Bangsar, Nu Sentral
780[21] Seksyen 8, Kota Damansara Platform D, Hab Pasar Seni Kota Damansara, MRT Surian, SS 21 Petaling Jaya, PPUM, Bangsar, Nu Sentral
781[22] Platform B, Hab Pasar Seni Taman Medan PJS 4, KTM Kampung Dato Harun, Kompleks Penchala, PPUM, Bangsar, Nu Sentral
822[23] Platform A, Hab Pasar Seni Nu Sentral, Bangsar, Bangsar Telawi, Mid Valley, Bangsar, Brickfields Asia College
851[24] Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Platform A, Hab Pasar Seni Taman Duta, Menara JKR, LRT Masjid Jamek
700[25] Seranas Sdn Bhd Klang Platform G, Hab Pasar Seni Centro Mall, UiTM Shah Alam, Batu Tiga, Seri Setia, Mid Valley
GOKL Purple Line[26] Go KL City Bus Platform A, Hab Pasar Seni Jalan Raja Chulan, Bukit Bintang, Hutan Simpan Bukit Nanas, Kota Raya


Mercu tanda di sekitar[sunting | sunting sumber]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Am[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT[sunting | sunting sumber]

MRT station[sunting | sunting sumber]

LRT-MRT link[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c https://www.railway-technology.com/projects/kuala-lumpur-driverless-metro/
  2. ^ http://www.astroawani.com/foto-malaysia/launching-mrt-phase-2-kajang-sg-buloh-4508
  3. ^ http://www.astroawani.com/foto-malaysia/launching-mrt-phase-2-kajang-sg-buloh-4508
  4. ^ http://superteks.rtm.gov.my/index.php/berita/tempatan/7083-laluan-pejalan-kaki-kompleks-dayabumi-pasar-seni-dibuka-secara-rasmi
  5. ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1029&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_02.htm
  6. ^ "Seven hidden gems of the MRT" (dalam bahasa Inggeris). Thestar.com.my. 2017-09-05. Dicapai 2017-07-17. 
  7. ^ https://moovitapp.com/index/en/public_transit-line-BET1-Kuala_Lumpur-1082-10208-680837-0
  8. ^ https://moovitapp.com/index/en/public_transit-line-BET3-Kuala_Lumpur-1082-10208-680838-0
  9. ^ https://moovitapp.com/index/en/public_transit-line-BET4-Kuala_Lumpur-1082-10208-680839-0
  10. ^ https://moovitapp.com/index/en/public_transit-line-180-Kuala_Lumpur-1082-10208-618885-0
  11. ^ https://moovitapp.com/index/en/public_transit-line-600-Kuala_Lumpur-1082-10208-680824-0
  12. ^ https://moovitapp.com/index/en/public_transit-line-602-Kuala_Lumpur-1082-10208-680825-0
  13. ^ https://moovitapp.com/index/en/public_transit-line-640-Kuala_Lumpur-1082-10208-679134-0
  14. ^ https://moovitapp.com/index/en/public_transit-line-650-Kuala_Lumpur-1082-10208-680826-0
  15. ^ https://moovitapp.com/index/en/public_transit-line-652-Kuala_Lumpur-1082-10208-680828-0
  16. ^ https://moovitapp.com/index/en/public_transit-line-671-Kuala_Lumpur-1082-10208-680829-0
  17. ^ https://moovitapp.com/index/en/public_transit-line-750-Kuala_Lumpur-1082-10208-680830-0
  18. ^ https://moovitapp.com/index/en/public_transit-line-751-Kuala_Lumpur-1082-10208-680831-0
  19. ^ https://moovitapp.com/index/en/public_transit-line-770-Kuala_Lumpur-1082-10208-680832-0
  20. ^ https://moovitapp.com/index/en/public_transit-line-772-Kuala_Lumpur-1082-10208-680833-0
  21. ^ https://moovitapp.com/index/en/public_transit-line-780-Kuala_Lumpur-1082-10208-680834-0
  22. ^ https://moovitapp.com/index/en/public_transit-line-781-Kuala_Lumpur-1082-10208-680835-0
  23. ^ https://moovitapp.com/index/en/public_transit-line-822-Kuala_Lumpur-1082-10208-679138-0
  24. ^ https://moovitapp.com/index/en/public_transit-line-851-Kuala_Lumpur-1082-10208-679139-0
  25. ^ https://moovitapp.com/index/en/public_transit-line-851-Kuala_Lumpur-1082-10208-679139-0
  26. ^ https://moovitapp.com/index/en/public_transit-line-GOKL-Kuala_Lumpur-1082-856288-679142-0