Stesen LRT Plaza Rakyat
S11 Stesen LRT Plaza Rakyat | |
---|---|
Stesen LRT Laluan Ampang | |
![]() Aras platform stesen Plaza Rakyat. | |
Lokasi | Plaza Rakyat, Kuala Lumpur, Malaysia. |
Koordinat | 3°8′40″N 101°42′5″E / 3.14444°N 101.70139°E |
Dimiliki oleh | Syarikat Prasarana Negara Berhad (2002 – kini); dikendali oleh RapidKL. |
Aliran/laluan | Laluan Ampang (1996 – kini) |
Platform | 2 platform sisi |
Landasan | 2 |
Pembinaan | |
K. letak kenderaan | Percuma |
Maklumat lain | |
Kod stesen | S11 |
Sejarah | |
Dibuka | 16 Disember 1996 |
sunting |
Stesen LRT Plaza Rakyat ialah sebuah stesen LRT ternaik yang terletak di pusat bandaraya Kuala Lumpur. Stesen ini terletak di laluan tunggal Aliran Ampang (dahulunya STAR) yang bercabang dari Chan Sow Lin ke Ampang dan Sri Petaling. Stesen ini dibuka pada 16 Disember 1996 bersama 13 stesen lain sepanjang laluan Sultan Ismail-Ampang dalam fasa pertama pembukaan sistem STAR.
Stesen ini dinamakan sempena Plaza Rakyat, sebuah projek pembangunan yang terbengkalai berikutan krisis ekonomi pada tahun 1997. Aras dataran stesen Plaza Rakyat sepatutnya berhubung dengan bahagian selatan kompleks ini.
Dengan Plaza Rakyat masih lagi terbengkalai, stesen ini dihubungkan dengan Hentian Puduraya melalui satu jambatan pejalan kali sepanjang 150 meter. Stesen ini juga disambungkan ke Stesen MRT Merdeka yang terletak tidak jauh dari Stesen LRT Plaza Rakyat
Hentian bas RapidKL[sunting | sunting sumber]
Stesen LRT Plaza Rakyat juga adalah hentian bas RapidKL untuk laluan bas berikut:
- B101 : Titiwangsa - KL Sentral melalui Masjid Jamek LRT (ke KL Sentral sahaja)
- B102 : KL Monorail Bukit Bintang - Titiwangsa melalui Kampung Baru (ke Titiwangsa sahaja)
- B105 : LRT KLCC - Mid Valley Megamall melalui KL Sentral (ke Mid Valley Megamall sahaja)
- B110 : KL Monorail Bukit Bintang - Mid Valley Megamall melalui KL Sentral (ke Mid Valley Megamall sahaja)
- B111 : LRT Maluri - Chow Kit KL Monorail - LRT Maluri
- B112 : LRT Maluri - KL Sentral melalui Kota Raya - LRT Maluri
- B113 : LRT Maluri - Terminal Jalan Sultan Mohamad melalui KL Monorail Bukit Bintang (ke Terminal Jalan Sultan Mohamad sahaja)
- B115 : Terminal Jalan Sultan Mohamad - Kompleks Kerajaan Jalan Duta - Terminal Jalan Sultan Mohamad (Isnin hingga Jumaat sahaja)
- U27 : KL Monorail Bukit Bintang - Sri Nilam Apartment melalui Taman Muda (ke Sri Nilam sahaja)
- U31 : KL Monorail Bukit Bintang - Pandan Indah melalui Taman Kencana (ke Pandan Indah sahaja)
- U32 : KL Monorail Bukit Bintang - Taman Dagang melalui Kampung Pandan (ke Taman Dagang sahaja)
- U40 : Terminal Jalan Sultan Mohamad - Terminal Bas Kajang melalui Jalan Cheras - Terminal Jalan Sultan Mohamad
- U41 : Terminal Jalan Sultan Mohamad - Bandar Sungai Long melalui Serdang KTM Komuter - Terminal Jalan Sultan Mohamad
- U44 : KL Monorail Bukit Bintang - Bandar Sri Permaisuri melalui Cheras Flat (ke Bandar Sri Permaisuri sahaja)
- U45 : KL Monorail Bukit Bintang - Bandar Tun Razak / Taman Midah (ke Bandar Tun Razak sahaja)
- U46 : KL Monorail Bukit Bintang - Taman Desa Baiduri (ke Taman Desa Baiduri sahaja)
- U47 : KL Monorail Bukit Bintang - Taman Segar (ke Taman Segar sahaja)
- U48 : KL Monorail Bukit Bintang - Desa Petaling (ke Desa Petaling sahaja)
- U49 : Terminal Jalan Sultan Mohamad - Taman Bukit Anggerik - Terminal Jalan Sultan Mohamad
- U410 : KL Monorail Bukit Bintang- Taman Megah Cheras via Batu9 Cheras - KL Monorail Bukit Bintang
Stesen berdekatan[sunting | sunting sumber]
Stesen sebelumnya | Stesen LRT Plaza Rakyat | Stesen berikutnya | ||
---|---|---|---|---|
Masjid Jamek | Aliran Sri Petaling (Sentul Timur–Sri Petaling) | Hang Tuah | ||
Masjid Jamek | Aliran Ampang (Sentul Timur–Ampang) | Hang Tuah |