Pergi ke kandungan

Stesen LRT Raja Muda

Koordinat: 3°03′50″U 101°30′36″T / 3.063796°U 101.510085°T / 3.063796; 101.510085
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Raja Muda
Stesen transit aliran ringan (LRT) | Rapid_KL_Logo
LokasiStesen LRT Raja Muda, Persiaran Raja Muda, Seksyen 2 Shah Alam, 40450 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Koordinat3°03′50″U 101°30′36″T / 3.063796°U 101.510085°T / 3.063796; 101.510085
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Dikendalikan olehRapid KL
Laluan11 Laluan Shah Alam
Platform2 (dengan 2 platform sisi)
Trek2
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Tempat letak kenderaanTiada
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
StatusDalam pembinaan
Kod stesen SA13 
Sejarah
Akan dibuka2028; 2 tahun lagi (2028)
DielektrikkanYa
Nama lamaSIRIM, Seksyen 2
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
     Laluan Shah Alam tidak akan berhenti di sini
Dato' Menteri
menghala ke Bandar Utama
Laluan Shah Alam
Perkhidmatan akan datang (2028)
UiTM Shah Alam
menghala ke Johan Setia
Lokasi
Map

Stesen LRT Raja Muda ialah stesen transit aliran ringan (LRT) akan datang di Shah Alam, ibu negeri Selangor, Malaysia.[1]

Stesen LRT ini menyediakan perkhidmatan LRT Laluan Shah Alam yang menuju ke Bandar Utama dan Johan Setia. Kedudukan stesen ini terletak selepas Stesen LRT Dato' Menteri dan Stesen LRT UiTM Shah Alam, serta mempunyai kod stesen iaitu SA13.[2] Stesen LRT Raja Muda merupakan sebahagian daripada projek Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang di Malaysia, dan akan dibuka rasmi pada tahun 2028.[3]

Projek membina LRT Laluan Shah Alam telah dilancarkan secara rasmi pada bulan Ogos tahun 2016.[4] Pakej pemberian tender-tender untuk pembinaan LRT Shah Alam juga telah dilakukan pada awal tahun 2016.[5] Stesen LRT Raja Muda dilabel sebagai stesen ke-13 dalam jajaran Laluan Shah Alam (pada ketika itu dikenali sebagai Laluan Bandar Utama–Klang).[2][6]

Walaupun begitu, pada tahun 2018, pembinaan stesen LRT Raja Muda termasuk empat stesen lain telah ditangguhkan. Stesen ini menjadi stesen simpanan kepada Laluan Shah Alam berikutan pemotongan bajet yang dibuat semasa pertukaran kepimpinan kerajaan Malaysia.[7] Pada 13 Oktober 2023, semasa pembentangan Bajet Malaysia 2024, Menteri Kewangan ketika itu iaitu Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa lima stesen yang bertaraf simpanan ini, termasuk Raja Muda akan dibina semula.[2] Pembinaan stesen telah bermula pada suku pertama tahun 2025, dan dijangka siap pada suku keempat tahun 2027.[3]

Ciri-ciri stesen

[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan

[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT Raja Muda menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Rapid KL melalui Laluan Shah Alam. Stesen LRT ini terletak di antara stesen LRT Dato' Menteri dan stesen LRT UiTM Shah Alam. Kod stesen bagi stesen LRT Raja Muda ialah SA13.[2][6]

Lokasi stesen

[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT Raja Muda terletak di dalam kawasan bidang kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).[6][8] Stesen LRT ini menyediakan perkhidmatan LRT Laluan Shah Alam kepada penduduk di Seksyen 1 yang terdiri daripada Kampus UiTM Shah Alam, Seksyen 2, Seksyen 15, Seksyen 16 yang terdiri daripada Kampung Padang Jawa dan Taman Sri Rasau dan Sesyen 17.[6]

Dalam pelan stesen yang dikeluarkan oleh Prasarana Malaysia, Stesen LRT Raja Muda terletak bersebelahan dengan Lebuhraya Persekutuan, sebahagian daripada jajaran Laluan Persekutuan Malaysia 2 di Selangor. Jejambat Persiaran Raja Muda yang membentang utara–selatan melintasi Lebuhraya Persekutuan terletak di bahagian barat stesen.[1][9]

Mercu tanda yang terletak berhampiran dengan stesen LRT ini termasuk Kampus UiTM Shah Alam, Kompleks SIRIM Shah Alam dan Taman Tasik Seksyen 7 Shah Alam.[1][9]

  1. ^ a b c "Raja Muda LRT Station" [Stesen LRT Raja Muda]. mrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). 29 Mac 2026. Dicapai pada 29 Mac 2026.
  2. ^ a b c d Abdul Rahman, Sharil (13 Oktober 2023). "Budget 2024: 5 previously provisional stations along the LRT Shah Alam Line will be built" [Bajet 2024: 5 stesen simpanan sebelumnya di sepanjang Laluan LRT Shah Alam bakal dibina]. SoyaCincau (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Oktober 2023.
  3. ^ a b Tham, Lynelle (28 Oktober 2024). "LRT3 to cost over RM20bil after reinstating 5 stations" [LRT3 menelan kos lebih RM20 bilion selepas memulihkan 5 buah stesen]. Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 April 2026. The construction of these 5 stations is expected to be completed in the fourth quarter of 2027, with operations anticipated to begin in the second quarter of 2028. [Pembinaan lima stesen ini dijangka akan disiapkan dalam suku keempat tahun 2027, dengan operasi dijangka bermula pada suku kedua tahun 2028.]
  4. ^ Dawn Chan; Zafira Anwar; Fernando Fong (24 Ogos 2016). "PM Najib launches LRT3 project, set to benefit two million people by 2020 [VIDEO]" [PM Najib melancarkan projek LRT3, memanfaatkan kepada dua juta orang menjelang 2020]. New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times Press. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  5. ^ "Jangka Masa Projek". lrt3.com.my. Prasarana Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mei 2015. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  6. ^ a b c d "Peta & Profil Jajaran". lrt3.com.my. Prasarana Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2015. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  7. ^ "Six LRT3 stations shelved: Are you affected?". malaysiakini. 13 July 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 December 2019. Dicapai pada 18 December 2019.
  8. ^ Danny Tan (20 Julai 2020). "LRT3 line now 33% done, expected to complete in 2024" [Laluan LRT3 sekarang 33% siap, dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024]. paultan.org (dalam bahasa Inggeris). Paul Tan's Automotive News. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  9. ^ a b "Pelan Setiap Stesen". Prasarana Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-22. Dicapai pada 2015-05-17.

Pautan luaran

[sunting | sunting sumber]