Pergi ke kandungan

Stesen LRT Stadium Shah Alam

Koordinat: 3°04′48″U 101°32′57″T / 3.0801010328156067°U 101.549179996707744°T / 3.0801010328156067; 101.549179996707744
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stadium Shah Alam
Stesen transit aliran ringan (LRT) | Rapid_KL_Logo
LokasiStesen LRT Stadium Shah Alam, Susur Persiaran Sukan, Seksyen 13 Shah Alam, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Koordinat3°04′48″U 101°32′57″T / 3.0801010328156067°U 101.549179996707744°T / 3.0801010328156067; 101.549179996707744
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Dikendalikan olehRapid KL
Laluan11 Laluan Shah Alam
Platform1 platform pulau
Trek2
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaanTiada
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
StatusDalam pembinaan
Kod stesen SA10 
Sejarah
Akan dibukaJun 2026; 2 bulan lagi (2026-06)
DielektrikkanYa
Nama lamaMalawati, Grand Sentral Stadium, Stadium
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Kerjaya
menghala ke Bandar Utama
Laluan Shah Alam
Perkhidmatan akan datang (2026)
Dato' Menteri
menghala ke Johan Setia
Lokasi
Map

Stesen LRT Stadium Shah Alam ialah stesen transit aliran ringan (LRT) akan datang, di Shah Alam, ibu negeri Selangor, Malaysia. Stesen LRT ini menyediakan perkhidmatan LRT Laluan Shah Alam yang menuju ke Bandar Utama dan Johan Setia. Kedudukan stesen ini terletak di antara stesen LRT Kerjaya dan stesen LRT Dato' Menteri serta mempunyai kod stesen iaitu SA10.[1] Stesen LRT Stadium Shah Alam merupakan sebahagian daripada projek Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang di Malaysia,[1] dan akan dibuka rasmi pada tahun 2026.[2]

Projek membina LRT Laluan Shah Alam telah dilancarkan secara rasmi pada bulan Ogos tahun 2016.[3] Pakej pemberian tender-tender untuk pembinaan LRT Shah Alam juga telah dilakukan pada awal tahun 2016.[4] Stesen LRT Stadium Shah Alam dilabel sebagai stesen ke-10 dalam jajaran Laluan Shah Alam (pada ketika itu dikenali sebagai Laluan Bandar Utama–Klang).[5] Sebelum dikenali sebagai Stadium Shah Alam, stesen ini dikenali sebagai Malawati, Stadium, dan Grand Sentral Stadium.

Ciri-ciri stesen

[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan

[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT Stadium Shah Alam menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Rapid KL melalui Laluan Shah Alam. Stesen LRT ini terletak di antara stesen Glenmarie 2 dan stesen Stadium Shah Alam. Kod stesen bagi stesen LRT Stadium Shah Alam ialah SA10.[1]

Lokasi stesen

[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT Stadium Shah Alam terletak di dalam kawasan bidang kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).[6]

Dalam pelan stesen yang dikeluarkan oleh Prasarana Malaysia, Stesen LRT Stadium Shah Alam terletak di cabang jalan Persiaran Sukan, salah satu jalan raya utama di Shah Alam, Selangor. Terletak sangat hampir dengan Persimpangan Jalan Lontar Peluru 13/39 di bahagian barat daya stesen, Persimpangan Persiaran Akuatik di bahagian selatan stesen dan Persimpangan Susur Jalan Subang di bahgain timur laut stesen. Stesen LRT Stadium Shah Alam teletak di dalam kawasan Seksyen 13, Shah Alam, sangat hampir dengan bangunan Stadium Shah Alam– yang mana nama stesen diambil sempena dengannya.[7][8][9]

Mercu tanda yang terletak berhampiran dengan stesen LRT ini termasuk pasar raya AEON Mall Shah Alam, pasar raya besar Giant Stadium Shah Alam, Stadium Malawati, Stadium Shah Alam (Kompleks Sukan Shah Alam), Management & Science University Shah Alam, kawasan Komersial Jalan Boling Padang E 13/E–Jalan Boling Padang H 13/H, pangsapuri Brunsfield Riverview dan kondominium Menara U.[7][8][9]

Infrastruktur stesen

[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT Stadium Shah Alam dilengkapi dengan hentian sebelah bagi bas perantara LRT dan kenderaan peribadi termasuk kenderaan perkhidmatan e-panggilan dan teksi awam.[9] Meskipun begitu, stesen LRT ini tidak dilengkapi dengan kawasan meletakkan kenderaan yang berbayar bagi perkhidmatan pandu dan rantau (park and ride).[1] Tetapi parkir awam di sekitar Stadium Shah Alam tersedia.

  1. ^ a b c d "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang] (PDF). MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. 2023. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  2. ^ Bernama (23 Februari 2026). "LRT3 Shah Alam line expected to be operational before June" [Laluan LRT3 Shah Alam dijangka untuk beroperasi sebelum Jun]. New Straits Times Online (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times Press. Dicapai pada 8 Mac 2026.
  3. ^ Dawn Chan; Zafira Anwar; Fernando Fong (24 Ogos 2016). "PM Najib launches LRT3 project, set to benefit two million people by 2020 [VIDEO]" [PM Najib melancarkan projek LRT3, memanfaatkan kepada dua milion orang menjelang 2020]. New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times Press. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  4. ^ "Jangka Masa Projek". lrt3.com.my. Prasarana Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mei 2015. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  5. ^ "Peta & Profil Jajaran". lrt3.com.my. Prasarana Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2015. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  6. ^ Danny Tan (20 Julai 2020). "LRT3 line now 33% done, expected to complete in 2024" [Laluan LRT3 sekarang 33% siap, dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024]. paultan.org (dalam bahasa Inggeris). Paul Tan's Automotive News. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  7. ^ a b Google (28 Disember 2023). "Stadium Shah Alam LRT Station (Peta)" [Stesen LRT Stadium Shah Alam]. Google Maps (dalam bahasa Inggeris). Google. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  8. ^ a b "Stadium Shah Alam LRT Station" [Stesen LRT Stadium Shah Alam]. mrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). 28 Disember 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Januari 2024. Dicapai pada 6 Januari 2026.
  9. ^ a b c "Pelan Setiap Stesen". Prasarana Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-22. Dicapai pada 2015-05-17.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]