Pergi ke kandungan

Stesen LRT Hospital Tengku Ampuan Rahimah

Koordinat: 3°01′37″U 101°26′32″T / 3.0268463°U 101.4423378°T / 3.0268463; 101.4423378
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Stesen LRT Taman Selatan)
Hospital Tengku Ampuan Rahimah
Stesen transit aliran ringan (LRT) | Rapid_KL_Logo
LokasiStesen LRT Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Persiaran Tengku Ampuan Rahimah (Laluan Persekutuan Malaysia 5), Taman Selatan, Daerah Klang, 41200 Klang, Selangor, Malaysia[1]
Koordinat3°01′37″U 101°26′32″T / 3.0268463°U 101.4423378°T / 3.0268463; 101.4423378[1]
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Dikendalikan olehRapid KL
Laluan11 Laluan Shah Alam
Platform2 (dengan 1 platform pulau)
Trek2
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Tempat letak kenderaanTiada
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
StatusDalam pembinaan
Kod stesen SA21 
Sejarah
Akan dibukaJun 2026; 1 bulan lagi (2026-06)
DielektrikkanYa
Nama lamaTaman Selatan
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Jambatan Kota
menghala ke Bandar Utama
Laluan Shah Alam
Perkhidmatan akan datang (2026)
Seri Andalas
menghala ke Johan Setia
Lokasi
Map

Stesen LRT Hospital Tengku Ampuan Rahimah, sebelum ini dinamakan sebagai Stesen Taman Selatan, ialah stesen transit aliran ringan (LRT) akan datang di Taman Selatan, sebuah kawasan perumahan dekat Klang, negeri Selangor, Malaysia.[2][1] Stesen LRT ini menyediakan perkhidmatan LRT Laluan Shah Alam yang menuju ke Bandar Utama dan Johan Setia. Kedudukan stesen ini terletak di antara stesen LRT Jambatan Kota dan stesen LRT Seri Andalas serta mempunyai kod stesen iaitu SA21.[3] Stesen LRT Hospital Tengku Ampuan Rahimah merupakan sebahagian daripada projek Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang di Malaysia,[3] dan akan dibuka rasmi pada suku kedua tahun 2026.[4]

Projek membina LRT Laluan Shah Alam telah dilancarkan secara rasmi pada bulan Ogos tahun 2016.[5] Pakej pemberian tender-tender untuk pembinaan LRT Shah Alam juga telah dilakukan pada awal tahun 2016.[6] Stesen LRT Taman Selatan dilabel sebagai stesen ke-21 dalam jajaran Laluan Shah Alam (pada ketika itu dikenali sebagai Laluan Bandar Utama–Klang).[7]

Ciri-ciri stesen

[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan

[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT Hospital Tengku Ampuan Rahimah menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Rapid KL melalui Laluan Shah Alam. Stesen LRT ini terletak di antara stesen Jambatan Kota dan stesen Seri Andalas. Kod stesen bagi stesen LRT Hospital Tengku Ampuan Rahimah ialah SA21.[3][7]

Lokasi stesen

[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT Hospital Tengku Ampuan Rahimah terletak di dalam kawasan bidang kuasa Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).[7][8] Stesen LRT ini menyediakan perkhidmatan LRT Laluan Shah Alam kepada penduduk di Taman Selatan, Taman Petaling, Taman Chi Liung, Lipat Kajang, Kampung Jawa, Telok Pulai, Kampung Atap, dan Kawasan 1 Bandar Klang.[1][7]

Dalam pelan stesen yang dikeluarkan oleh Prasarana Malaysia, Stesen LRT Hospital Tengku Ampuan Rahimah terletak di bawah Persiaran Tengku Ampuan Rahimah, yang merupakan sebahagian daripada penjajaran Laluan Persekutuan Malaysia 5 di Daerah Klang. Stesen LRT Hospital Tengku Ampuan Rahimah juga terletak berhampiran dengan Persimpangan Lebuh Jelutong pada bahagian utara dan Persimpangan Persiaran Seraya pada bahagian selatan. Pada bahagian barat stesen, terdapat kawasan komersial Lorong Jelutong manakala pada bahagian timur, terdapat kawasan komersial Jalan 5 dan kawasan perkuburan Cina Simpang Lima yang dikendalikan oleh Persatuan Hokkien Klang.[1][2][9]

Mercu tanda yang terletak berhampiran dengan stesen LRT ini termasuk Hospital Tengku Ampuan Rahimah, sebuah hospital kerajaan di selatan stesen serta di mana stesen ini dinamakan semula sempena namanya sekitar Mac 2026 sebelum pengoperasian; Tanah Perkuburan Islam Lipat Kajang, kawasan Perkuburan Cina Simpang Lima, stesen minyak BHPetrol Persiaran Tengku Ampuan Rahimah, stesen minyak Shell Taman Chi Liung 2, Sekolah Khas Klang, Kolej Komuniti Klang, Sekolah Kebangsaan (1) Simpang Lima (SK (1) Simpang Lima), Sekolah Kebangsaan (2) Simpang Lima (SK (2) Simpang Lima), Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Rahimah (SMK Tengku Ampuan Rahimah), Sekolah Antarabangsa Regent, Sekolah Kebangsaan La Salle (SK La Salle), Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle (SMK La Salle) dan Sekolah Menengah Hin Hua.[1][2]

  1. ^ a b c d e f Penyumbang OpenStreetMap (29 Mac 2026). "Stesen LRT Taman Selatan, Taman Selatan, Persiaran Tengku Ampuan Rahimah, Teluk Pulai, Klang City, 41200 Klang, Selangor, Malaysia". OpenStreetMap (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 Mac 2026.
  2. ^ a b c "Taman Selatan LRT Station" [Stesen LRT Taman Selatan]. mrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). 29 Mac 2026. Dicapai pada 29 Mac 2026.
  3. ^ a b c "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang] (PDF). MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. 2023. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ Bernama (23 Februari 2026). "LRT3 Shah Alam line expected to be operational before June" [Laluan LRT3 Shah Alam dijangka untuk beroperasi sebelum Jun]. New Straits Times Online (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times Press. Dicapai pada 8 Mac 2026.
  5. ^ Dawn Chan; Zafira Anwar; Fernando Fong (24 Ogos 2016). "PM Najib launches LRT3 project, set to benefit two million people by 2020 [VIDEO]" [PM Najib melancarkan projek LRT3, memanfaatkan kepada dua juta orang menjelang 2020]. New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times Press. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  6. ^ "Jangka Masa Projek". lrt3.com.my. Prasarana Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mei 2015. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  7. ^ a b c d "Peta & Profil Jajaran". lrt3.com.my. Prasarana Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2015. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  8. ^ Danny Tan (20 Julai 2020). "LRT3 line now 33% done, expected to complete in 2024" [Laluan LRT3 sekarang 33% siap, dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024]. paultan.org (dalam bahasa Inggeris). Paul Tan's Automotive News. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  9. ^ "Pelan Setiap Stesen". Prasarana Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-22. Dicapai pada 2015-05-17.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]