Stesen LRT USJ 21

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
USJ 21 Rapid KL
Permandangan Platform Stesen LRT USJ 21.
LokasiStesen USJ 21, Persiaran Kewajipan, 47630 Subang Jaya, Selangor, Malaysia
Koordinat3°01′48″N 101°34′56″E / 3.03000°N 101.58222°E / 3.03000; 101.58222Koordinat: 3°01′48″N 101°34′56″E / 3.03000°N 101.58222°E / 3.03000; 101.58222
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan5 Laluan Kelana Jaya
Platform2 platform sisi
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T778
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaan562 petak parkir
Kemudahan basikal20 petak basikal
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen KJ34 
Sejarah
Dibuka30 Jun 2016
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Gombak
Laluan Kelana Jaya
menghala ke Putra Heights
Lokasi
Map

Stesen LRT USJ 21 ialah stesen LRT di Subang Jaya, Selangor dimana Laluan Kelana Jaya berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dibuka pada 30 Jun 2016 sebahagian daripada projek Penyamburan Jajaran LRT yang meluaskan jajaran Laluan Kelana Jaya daripada Stesen LRT Kelana Jaya ke Stesen LRT Putra Heights melalui stesen ini.[1]

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di sepanjang Persiaran Kewajipan di Subang Jaya, Selangor. USJ 17 terletak di barat daya stesen manakala USJ 20 dan USJ 21 terletak di tenggara stesen. Terletak berhampiran stesen ini adalah pusat membeli-belah Main Place Mall, pangsapuri mewah Tropika Paradise Condominium, Masjid al-Madaniah, Kuil Seafield Sri Mariamman dan permulaan E11 Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
KJ Arah Barat 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (Wawasan)
KJ Arah Timur 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (Alam Megah)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan Akses OKU
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU, parkir kereta OKU dan lif. Selain itu, terdapat 562 petak parkir kereta— 5 petak parkir disediakan khas untuk warga OKU dan 127 petak parkir disediakan khas untuk wanita,[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]

Perkhidmatan bas[sunting | sunting sumber]

Bas RapidKL laluan T778 berkhidmat di stesen ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "New LRT Kelana Jaya line extension to open June 30 as scheduled". Astro Awani. 15 Apr 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  2. ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
  3. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.