Pergi ke kandungan

Stesen MRT 16 Sierra

 PY38  16 Sierra
سيکستين سييرا‎
Rapid KL Logo | Stesen MRT
LokasiStesen MRT 16 Sierra,
Persiaran Sierra Utama,
16 Sierra, 47110 Puchong,
Selangor, Malaysia
Koordinat2°57′55.6″U 101°39′17.6″T / 2.965444°U 101.654889°T / 2.965444; 101.654889
Dimiliki olehMRT Corp
Dikendalikan olehRapid KL (subsidiari Prasarana Malaysia)
Laluan12 Laluan Putrajaya
Platform1 platform pulau
Trek2
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Tempat letak kenderaanTiada
Kemudahan basikalAda
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
StatusBeroperasi
Kod stesen PY38 
Sejarah
Dibuka16 Mac 2023; 3 tahun yang lalu (2023-03-16)
DielektrikkanYa
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Putra Permai
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan Putrajaya Cyberjaya Utara
menghala ke Putrajaya Sentral
Lokasi
Map

Stesen MRT 16 Sierra adalah stesen transit aliran massa (MRT) di Puchong, Selangor, Malaysia. Stesen ini dikhidmat oleh Laluan Putrajaya yang merupakan sebahagian daripada Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang di Malaysia.

Stesen ini dinamakan sempena perbandaran baharu yang sedang dibangunkan iaitu 16 Sierra.

Pada 15 September 2016, MRT Corp telah mengumumkan bahawa stesen 16 Sierra akan menjadi sebahagian daripada cadangan jajaran stesen Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (kini Laluan Putrajaya), melalui video yang ditayangkan secara rasmi di YouTube, bertajuk "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video".[1] Stesen MRT 16 Sierra terletak sektor pakej projek landasan kereta api Laluan Putrajaya bertingkat selatan. Kod awal untuk pembinaan struktur stesen ini ialah S33.[2]

Stesen MRT 16 Sierra adalah dibawah kontrak S209, dengan pembinaan struktur stesen termasuk aras legar, aras platform, aras jalan seperti pintu stesen, laluan pejalan kaki dan lain-lain telah dianugerahkan kepada syarikat Acre Works Sdn Bhd pada 12 Oktober 2017 dengan nilai kontrak sebanyak RM137.9 juta. Kontrak S204 juga merangkumi pembinaan struktur dan kerja berkaitan di stesen Cyberjaya Utara.[3]

Stesen MRT 16 Sierra pada asalnya dirancang untuk dibuka pada Julai 2022,[4] namun tetapi pembukaannya menghadapi kelewatan dan ditangguhkan lagi ke Januari 2023 akibat sesi ujian set gerabak kereta api mengambil masa lama daripada biasa.[5][6][7]

Pembukaan MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 telah diumumkan pada 23 Disember 2022 oleh MRT Corp,[5] dan dibuka pada 16 Mac 2023, sekaligus bersama-sama stesen-stesen Laluan Putrajaya di bawah Fasa 2 yang lain, iaitu dari stesen Kampung Batu ke stesen Putrajaya Sentral.

Ciri-ciri stesen

[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan

[sunting | sunting sumber]

Stesen MRT 16 Sierra menyediakan perkhidmatan Laluan Putrajaya (PYL), dan terletak di antara stesen Putra Permai dan stesen Cyberjaya Utara serta mempunyai kod stesen iaitu PY38.[8]

Walaupun poskod perbandaran adalah di bawah Puchong, akan tetapi perbandaran ini berada di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dan di dalam mukim Dengkil bawah daerah Sepang.

Stesen MRT 16 Sierra terletak di penghujung selatan Persiaran Sierra Utama, berhampiran dengan Lebuhraya Maju (MEX) dan menghubungkan komuniti di sekitar kejiranan 16 Sierra dan Taman D'Alpinia, serta menyediakan akses strategik ke Kawasan Perindustrian Meranti Utama.

Pelan stesen

[sunting | sunting sumber]
L2 Aras
platform
→ Platform 2: 12 Laluan Putrajaya menghala ke  KG04   PY01  Kwasa Damansara (Putra Permai)
Platform pulau, pintu dibuka di sebelah kanan
← Platform 1: 12 Laluan Putrajaya menghala ke  PY41  Putrajaya Sentral (Cyberjaya Utara)
L1 Aras
legar
Mesin tiket, pintu pagar tambang, kaunter perkhidmatan pelanggan, dan kedai serbaneka Akses OKU
G Aras
tanah
Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen MRT 16 Sierra adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar, dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform pulau di atas ruang legar untuk perkhidmatan laluan ini.

Dari segi kemudahan, stesen ini mengaplikasikan reka bentuk sejagat dengan pelbagai fasiliti mesra orang kurang upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, serta panduan Braille. Kemudahan asas lain yang disediakan di aras legar termasuklah mesin tiket automatik, pusat perkhidmatan pelanggan, surau awam, lif, dan eskalator.

Pintu stesen

[sunting | sunting sumber]

Stesen MRT 16 Sierra mempunyai dua pintu masuk dan keluar, namun hanya satu pintu (Pintu B) dibuka buat masa kini dan Pintu A dikhaskan untuk pembinaan masa hadapan.[9]

Laluan Putrajaya — 16 Sierra
Pintu Lokasi Destinasi Gambar
A Persiaran Sierra 2 Hentian teksi dan kenderaan peribadi,
Bangunan Utiliti Stesen MRT 16 Sierra.
—
B Persiaran Sierra Utama
Akses OKU Pengangkutan bas Hentian untuk kenderaan peribadi, e-panggilan dan teksi Lif ke aras legar Tangga
Hentian teksi dan kenderaan peribadi,
16 Sierra
Kunci      Akan datang

Kesalinghubungan

[sunting | sunting sumber]

Setakat pembukaannya, tiada perkhidmatan bas pengantara (feeder bus) laluan tetap yang disediakan oleh Rapid Bus di stesen ini. Penumpang yang berulang-alik dari 16 Sierra dan kawasan Pulau Meranti kebiasaannya bergantung kepada kenderaan persendirian atau perkhidmatan e-panggilan.

Walaubagaimanapun, pihak Rapid KL telah memperkenalkan perkhidmatan bas atas permintaan (DRT - Demand Responsive Transit) yang menawarkan sambungan perjalanan batu pertama dan terakhir di antara stesen ini dengan kawasan perumahan 16 Sierra dan Taman D'Alpinia pada kadar tambang rata RM2.00 untuk satu perjalanan.[10]

  1. ↑ MRT Malaysia (15 September 2016). "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" [Video Jajaran Laluan MRT Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya (SSP).]. Dicapai pada 29 November 2022 – melalui Youtube.
  2. ↑ MRT Corp. "Putrajaya Line Revisi Railway Scheme Submission Station Site Context Plan" [Penyerahan Skim Kereta Api Semakan dan Pelan Konteks Tapak Stesen Laluan Putrajaya] (dalam bahasa Inggeris). Kerajaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-07-12. Dicapai pada 2022-01-29.
  3. ↑ M. Hafidz Mahpar (2016-11-06). "MRT Corp: All elevated station contracts for SSP Line awarded". The Star (Malaysia) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-01-06.
  4. ↑ "SSP MRT line 41% done: MRT Corp". theSundaily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-07. Dicapai pada 2019-05-18.
  5. 1 2 FMT Reporters (2022-12-23). "MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 beroperasi penuh pada Mac". Free Malaysia Today. Dicapai pada 2023-02-08.
  6. ↑ Bernama (2021-10-04). "MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 siap 93.52 peratus serta dijangka beroperasi Januari 2021". bernama.com. Bernama. Dicapai pada 2022-01-03.
  7. ↑ Bernama (2022-06-07). "MRT laluan Putrajaya Fasa 2 dijangka operasi tahun depan". Harian Metro. New Straits Times Press. Dicapai pada 2022-07-09.
  8. ↑ "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang] (PDF). MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Agensi Pengangkutan Awam Darat. Dicapai pada 2026-09-30.
  9. ↑ "16 Sierra站 目前只开B出入口 (第30篇)". China Press (dalam bahasa Cina). 2023-05-11. Dicapai pada 2026-03-08.
  10. ↑ "Rapid KL On-Demand". MyRapid. Prasarana Malaysia Berhad. Dicapai pada 2026-03-08.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]