Stesen MRT Batu 11 Cheras
![]() | |||||||||||
Lokasi | Stesen Batu 11 Cheras, Jalan SS 2/1, Batu 11 Cheras, 43200 Cheras, Selangor, Malaysia. | ||||||||||
Koordinat | 3°12′23″N 101°34′49″E / 3.20639°N 101.58028°EKoordinat: 3°12′23″N 101°34′49″E / 3.20639°N 101.58028°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | MRT Corp | ||||||||||
Laluan | 9 Laluan Kajang | ||||||||||
Platform | 2 platform sisi | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Sambungan | ![]() | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
Templat letak kenderaan | Tiada | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya ![]() | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | SBK30 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 17 Julai 2017 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
![]() |
Stesen MRT Batu 11 Cheras ialah stesen transit aliran massa (MRT) di Cheras, Selangor, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dinamakan sempena pekan Batu 11 Cheras yang terletak di utara stesen. Stesen ini dibuka pada 16 Julai 2017 di bawah pembukaan Fasa 2 laluan ini.[1] Semasa pembinaan, stesen ini dikenali sebagai Balakong.[2]
Ciri-ciri Stesen[sunting | sunting sumber]
Lokasi[sunting | sunting sumber]
Stesen ini terletak di sebelah selatan pekan Batu 11 Cheras, Selangor. Di sebelah timur stesen adalah Lebuhraya Grand Saga manakala di sebelah selatan stesen adalah persimpangan Bandar Sungai Long
Lebuhraya Grand Saga. Terletak berhampiran stesen adalah Taman Indah dan kawasan perniagaan Cheras Raya.
Pelan stesen[sunting | sunting sumber]
L2 Platform |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri ![]() | |
SBK Arah Selatan | → 9 Laluan Kajang menghala ke SBK35 Kajang (Bukit Dukung) | |
SBK Arah Utara | ← 9 Laluan Kajang menghala ke SBK01 Sungai Buloh (Bandar Tun Hussein Onn) | |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri ![]() | ||
L1 | Aras legar | Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan ![]() |
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian ![]() |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[3]
Perkhidmatan bas[sunting | sunting sumber]
Bas RapidKL laluan T416 dan T417 berkhidmat di stesen ini.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Fuad, Faris (15 Dec 2016). "MRT Fasa 2: Laluan Muzium Negara-Kajang dibuka Isnin ini". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Nov 2018. Dicapai pada 22 Nov 2018.
- ^ Meng Yew Choong (26 Nov 2014). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2019. Dicapai pada 30 Mei 2019.
- ^ "Batu Sebelas Cheras — MRT Corp". MRT Corp. 15 Mei 2018. Dicapai pada 30 Mei 2019.
![]() | Rencana berkenaan kereta api atau tren ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |