Stesen MRT Cochrane
![]() | |||||||||||
Lokasi | Stesen Cochrane, Jalan Cochrane, 55100 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||
Koordinat | 3°12′23″N 101°34′49″E / 3.20639°N 101.58028°EKoordinat: 3°12′23″N 101°34′49″E / 3.20639°N 101.58028°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | MRT Corp | ||||||||||
Laluan | 9 Laluan Kajang | ||||||||||
Platform | 1 platform tengah | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Sambungan | ![]() | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bawah tanah | ||||||||||
Templat letak kenderaan | Tiada | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya ![]() | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | KG21 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 16 Julai 2017 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
![]() |
Stesen MRT Cochrane ialah stesen transit aliran massa (MRT) di tenggara Kuala Lumpur, Malaysia . Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dinamakan sempena Jalan Cochrane yang terletak di utara stesen. Stesen ini dibuka pada 16 Julai 2017 di bawah pembukaan Fasa 2 laluan ini.[1]
Ciri-ciri Stesen[sunting | sunting sumber]
Lokasi[sunting | sunting sumber]
Stesen ini terletak di Cheras, Kuala Lumpur di sebelah barat laut persimpangan Jalan Cochrane dan Jalan Shelley. Stesen ini disambungkan dengan dua pusat membeli-belah iaitu pusat membeli-belah MyTown (yang juga menempatkan IKEA Cheras) terletak kira-kira 100m utara stesen dan Sunway Velocity Mall terletak kira-kira 500m selatan stesen. Selain itu, mercu tanda lain sekitar stesen adalah ibu pejabat St. John Ambulans Malaysia, PPR Laksamana, SK Convent Jalan Peel (M), SMK Cochrane, SK Cochrane Perkasa dan Gereja Katolik The Sacred Heart of Jesus (1960).
Pelan stesen[sunting | sunting sumber]
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, laluan pejalan kaki ke pusat membeli-belah Sunway Velocity Mall, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian ![]() |
B1 | Aras legar atas | Sambungan aras legar bawah dengan pintu A, pintu B, dan laluan pejalan kaki ke pusat membeli-belah MyTown ![]() |
B2 | Aras legar bawah | Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan ![]() |
B3 Platform |
SBK Arah Selatan | → 9 Laluan Kajang menghala ke KG35 Kajang (Aeon-Maluri) |
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan ![]() Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan ![]() | ||
SBK Arah Utara | ← 9 Laluan Kajang menghala ke KG04 Kwasa Damansara (Tun Razak Exchange) |
Stesen ini adalah stesen bawah tanah dengan empat tingkat: aras tanah, aras legar atas, aras legar bawah dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di bawah ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[2]
Reka Bentuk Dalaman[sunting | sunting sumber]
Sama dengan stesen-stesen MRT bawah tanah yang lain, bangunan pintu stesen diinspirasikan dripada kristal kuarza yang boleh dijumpai di the permatang kuarza Bukit Tabur di Gombak, Selangor. Untuk bahagian dalam stesen-stesen MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang, stesen Muzium Negara telah diberi tema "Kehidupan Bandar".[3]
Perkhidmatan bas[sunting | sunting sumber]
Bas RapidKL laluan T352, T400, T401 dan 420 berkhidmat di stesen ini.
Galeri[sunting | sunting sumber]
Stesen[sunting | sunting sumber]
Plak menghargai Siti Nur Hajar Binti Kamsani sebgai pereka bentuk bangku stesen. Reka bentuk ini telah dihantar sebahagian daripada pertandingan reka bentuk bangku.[4]
Pintu stesen[sunting | sunting sumber]
Sambungan MyTown[sunting | sunting sumber]
Sambungan Sunway Velocity[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Fuad, Faris (15 Dec 2016). "MRT Fasa 2: Laluan Muzium Negara-Kajang dibuka Isnin ini". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Nov 2018. Dicapai pada 22 Nov 2018.
- ^ "Cochrane — MRT Corp". MRT Corp. 13 Nov 2017. Dicapai pada 29 Mei 2019.
- ^ Meng Yew Choong (24 Mei 2019). "Seven hidden gems of the MRT" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 2017-07-17.
- ^ "Innovative designs for transit furniture" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 1 Mei 2016. Dicapai pada 27 Mei 2019.
![]() | Rencana berkenaan kereta api atau tren ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |