Stesen MRT Hospital Kuala Lumpur
Hospital Kuala Lumpur | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Stesen transit aliran deras (MRT) akan datang | |||||||||||
![]() Pintu B stesen di Jalan Kuantan, Kuala Lumpur. | |||||||||||
Lokasi | Stesen MRT Hospital Kuala Lumpur, Jalan Tun Razak, Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||
Koordinat | 3°10′26″N 101°42′06″E / 3.173989°N 101.701568°EKoordinat: 3°10′26″N 101°42′06″E / 3.173989°N 101.701568°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | MRT Corp | ||||||||||
Dikendalikan oleh | Rapid KL (subsidiari Prasarana Malaysia) | ||||||||||
Laluan | 12 Laluan Putrajaya | ||||||||||
Platform | 1 platform tengah | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Sambungan | ![]() | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bawah tanah | ||||||||||
Templat letak kenderaan | Tiada | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Status | Beroperasi | ||||||||||
Kod stesen | PY18 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 16 Mac 2023 | ||||||||||
Dielektrikkan | Ya | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
![]() |
Stesen MRT Hospital Kuala Lumpur (HKL) ialah stesen Transit Aliran Deras (MRT) bawah tanah, di Titiwangsa, Kuala Lumpur yang menjadi tempat perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya (PYL). Stesen ini akan dibuka rasmi pada 16 Mac 2023 dibawah pembukaan Fasa 2 laluan tersebut. Ia terletak di antara Stesen MRT Titiwangsa dan Stesen MRT Raja Uda serta mempunyai kod stesen iaitu PY18.[1][2]
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Pada 15 September 2016, MRT Corp telah mengumukan bahawa stesen Hospital Kuala Lumpur akan menjadi sebahagian daripada cadangan jajaran stesen Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (kini Laluan Putrajaya), melalui video yang ditayangkan secara rasmi di Youtube, bertajuk "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video".[3] Stesen MRT Hospital Kuala Lumpur terletak sektor landasan kereta api bawah tanah Laluan Putrajaya. Kod awal untuk pembinaan struktur stesen ini ialah S14.[2]
Stesen ini tertelak di bawah tanah dan merupakan di bawah kontrak kerja pembinaan bawah tanah. Pembinaan struktur stesen termasuk aras legar, platform, pintu stesen dan struktur berkaitan bagi kontrak itu telah dianugerahkan kepada syarikat MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd, pada tahun Mac 2016 dengan jumlah sebanyak RM 15.47 bilion, oleh MRT Corp. Kontrak kerja pembinaan bawah tanah sepanjang 13.5 kilometer (8.4 bt) itu, juga merangkumi pembinaan stesen MRT Sentul Barat sehingga stesen MRT Bandar Malaysia Selatan, dengan melalui stesen ini.[4][5][6] Pembinaan stesen ini ialah di bawah nanungan projek Transit Aliran Deras Lembah Klang (KVMRT).[2]
Stesen MRT Hospital Kuala Lumpur akan dibuka kepada orang ramai dan memulakan operasinya pada 16 Mac 2023 bersama-sama stesen-stesen Laluan Putrajaya di bawah Fasa 2 yang lain, iaitu dari stesen Kampung Batu sehingga Putrajaya Sentral. Pembukaan MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 telah diumumkan pada 23 Disember 2022 oleh MRT Corp.[7] Walaupun begitu, mengikut perancangan asal stesen ini patut dibuka pada Julai 2022,[8] tetapi pembukaannya menghadapi kelewatan lagi dan ditangguhkan pada Januari 2023 akibat sesi ujian set gerabak kereta api mengambil masa lama daripada biasa dan belum selesai.[7][9][10]
Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]
Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]
Stesen MRT Hospital Kuala Lumpur menyediakan perkhidmatan Laluan Putrajaya (PYL), dan terletak di antara stesen Titiwangsa dan Raja Uda. Kod stesen yang rasmi bagi stesen ini ialah PY18.
Lokasi[sunting | sunting sumber]
Stesen ini terletak di bawah tanah Jalan Tun Razak. Mercu tanda sekitar stesen MRT Hospital Kuala Lumpurialah Istana Budaya, Stadium Hoki Antarabangsa Titiwangsa, Stadium Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa, SK Jalan Kuantan 2, Asrama SMK Seri Titiwangsa, Balai Seni Negara, Pusat Darah Negara, Hospital Kuala Lumpur, Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, SMK Seri Titiwangsa, Institut Urologi dan Nefrologi Hospital Kuala Lumpur, Jabatan Perubatan Rehabilitasi Hospital Kuala Lumpur, Jabatan Fisioterapi Hospital Kuala Lumpur dan Jabatan X-ray Hospital Kuala Lumpur.[11]
Infrastruktur stesen[sunting | sunting sumber]
Berdasarkan Peta Transit Berintergerasi Lembah Klang yang diterbitkan oleh Rapid KL, Stesen MRT Hospital Kuala Lumpur tidak dilengkapi dengan kemudahan kawasan meletakkan kenderaan berbayar.[1] Stesen MRT Hospital Kuala Lumpur dilengkapi dengan kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, tulisan braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda. Selain itu, tandas awam, surau lelaki dan perempuan, pusat perkhidmatan pelanggan, eskalator, tangga turut disediakan bagi memenuhi keperluan dan keselesaan pengguna. Untuk pembelian tiket, pengguna boleh membelinya melalui mesin tiket layan diri.[11]
Pintu stesen[sunting | sunting sumber]
Pintu | Lokasi | Destinasi | Imej | |
---|---|---|---|---|
A | Jalan Utama Hospital ![]() ![]() |
Hospital Kuala Lumpur (Institut Urologi dan Nefrologi Hospital Kuala Lumpur, Jabatan Perubatan Rehabilitasi Hospital Kuala Lumpur, Jabatan Fisioterapi Hospital Kuala Lumpur dan Jabatan X-ray Hospital Kuala Lumpur, Jabatan Radiologi Hospital Kuala Lumpur, Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur, Jabatan Dermatologi Hospital Kuala Lumpur), Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur. | ![]() | |
B | Jalan Kuantan ![]() ![]() ![]() |
Hentian sebelah untuk teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi. Stadium Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa, Balai Seni Negara, Pusat Darah Negara, Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, SMK Seri Titiwangsa, Hentian Bas Istana Budaya (Bas 402 berkhidmat di sini). | ![]() | |
C | Jalan Maran ![]() ![]() |
Hentian sebelah untuk teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi. Stadium Hoki Antarabangsa Titiwangsa, SK Jalan Kuantan 2, Asrama SMK Seri Titiwangsa, Kuarters Kerajaan Jalan Maran, Perumahan Lorong Maran, Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia, Akademi Perubatan Malaysia | N/A | |
Kunci | Akan datang (Ditangguhkan/diketepikan) |
Stesen MRT Hospital Kuala Lumpur mempunyai tiga pintu masuk dan keluar stesen, yang dikelaskan mengikut abjad iaitu A, B, dan C. Satu daripadanya pembinaanya telah diketepikan dan selebihnya akan dibina serta beroperasi seperti biasa.[2]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ a b "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang] (PDF). MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. 2021. Dicapai pada 20 Februari 2022.
- ^ a b c d MRT Corp. "Putrajaya Line Revisi Railway Scheme Submission Station Site Context Plan" [Penyerahan Skim Kereta Api Semakan dan Pelan Konteks Tapak Stesen Laluan Putrajaya] (dalam bahasa Inggeris). Kerajaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2022. Dicapai pada 29 Januari 2022.
- ^ MRT Malaysia (15 September 2016). "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" [Video Jajaran Laluan MRT Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya (SSP).]. Dicapai pada 29 November 2022 – melalui Youtube.
- ^ "Awarded Contracts for MRT Putrajaya Line" [Penganugerhan Kontrak untuk MRT Laluan Putrajaya]. mymrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: MRT Corp. Dicapai pada 29 November 2022.
- ^ Bernama (31 Mac 2016). "MRT Corp awards RM15.47b works package to MGKT" (dalam bahasa Inggeris). Malaysia Kini. Dicapai pada 10 Disember 2022.
- ^ "MRT Corp Awards RM 15.47 billion underground work contract to MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). MMC-Gamuda. 31 Mac 2016. Dicapai pada 10 Disember 2022.
- ^ a b FMT Reporters (23 Disember 2022). "MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 beroperasi penuh pada Mac". Free Malaysia Today. Dicapai pada 8 Februari 2023.
- ^ "SSP MRT line 41% done: MRT Corp". theSundaily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
- ^ Bernama (4 Oktober 2021). "MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 siap 93.52 peratus serta dijangka beroperasi Januari 2021". bernama.com. Bernama. Dicapai pada 3 Januari 2022.
- ^ Bernama (7 Jun 2022). "MRT laluan Putrajaya Fasa 2 dijangka operasi tahun depan". Harian Metro. New Straits Times Press. Dicapai pada 9 Julai 2022.
- ^ a b "Maklumat mengenai Stesen MRT Hospital Kuala Lumpur". Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) Sdn. Bhd. Dicapai pada 29 November 2022.