Stesen MRT Jinjang
Jinjang | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() | |||||||||||
Lokasi | Stesen MRT Jinjang, Jalan Kepong, Jinjang, 52000 Kuala Lumpur, Malaysia. | ||||||||||
Koordinat | 3°12′34″N 101°39′22″E / 3.209552°N 101.656064°EKoordinat: 3°12′34″N 101°39′22″E / 3.209552°N 101.656064°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | MRT Corp | ||||||||||
Laluan | 12 Laluan Putrajaya | ||||||||||
Platform | 1 platform tengah | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Pengendali kereta api | RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia) | ||||||||||
Sambungan | ![]() ![]() ![]() | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
Templat letak kenderaan | Ada | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya ![]() | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Status | Beroperasi | ||||||||||
Kod stesen | PY11 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 16 Jun 2022 | ||||||||||
Dielektrikkan | Ya | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
![]() |
Stesen MRT Jinjang adalah stesen Transit Aliran Massa (MRT) di Jinjang, Kuala Lumpur, Malaysia di mana Laluan Putrajaya berkhidmat di stesen ini. Stesen ini telah dibuka rasmi pada 16 Jun 2022 dibawah pembukaan Fasa 1 laluan tersebut. Ia terletak di antara Stesen MRT Kepong Baru dan Stesen MRT Sri Delima serta mempunyai kod stesen iaitu PY11.[1]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]

Projek Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya yang kini dikenali sebagai Laluan Putrajaya telah mula dibina secara rasmi pada 15 September 2016. Pada hari yang sama juga, nama stesen "Jinjang" diumumkan sebagai salah-satu stesen Laluan MRT Putrajaya di dalam video "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" (Video Jajaran Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP)) di saluran rasmi MRT Corp di Youtube dengan kod S07.[2][3]
Pembukaan stesen-stesen Laluan Putrajaya terbahagi kepada dua fasa; Fasa 1 dan Fasa 2. Pada asalnya, Stesen MRT Jinjang akan dibuka di bawah Fasa 1 pada Jun 2021 bersama-sama dengan stesen lain iaitu dari Stesen MRT Kwasa Damansara hingga ke Stesen MRT Kampung Batu.[4] Namun, ia telah ditangguhkan ke November 2021, tetapi ia dibatalkan juga akibat pandemik COVID-19 di Malaysia masih melanda.[5] MRT Corp telah membuat keputusan akhir dengan membuka stesen Laluan Putrajaya yang di bawah Fasa 1 secara rasmi pada 16 Jun 2022.[6]
Stesen MRT Jinjang merupakan sebahagian daripada projek Transit Aliran Deras Lembah Klang (KVMRT).[7]
Ciri-ciri stesen
[sunting | sunting sumber]Lokasi
[sunting | sunting sumber]Stesen ini terletak di Jalan Besar Kepong (Jalan Persekutuan 54). Ia terletak di dalam kawasan Jinjang, Kuala Lumpur. Stesen MRT Jinjang berhampiran dengan dengan Residensi Ensesta Kepong, Petronas Kepong, Taman Mutiara Fadason, Kawasan Perindustrian Kepong, Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang Utara, Dewan Serbaguna DBKL Jinjang Utara, Pasar Jinjang Utara dan Pintasan Segambut.
Pelan stesen
[sunting | sunting sumber]L2 Platform MRT |
PY Arah Selatan | → 12 Laluan Putrajaya menghala ke PY41 Putrajaya Sentral (Sri Delima) |
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan ![]() Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan ![]() | ||
PY Arah Utara | ← 12 Laluan Putrajaya menghala ke PY04 Kwasa Damansara (Kepong Baru) | |
L1 | Aras legar | Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan ![]() |
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian ![]() |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dan mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Putrajaya. Terdapat dua platform menuju ke terminus laluan; Platform 1 ke Putrajaya Sentral manakala Platform 2 menuju ke Kwasa Damansara.[3] Berdasarkan, Peta Transit Berintergerasi Lembah Klang, Stesen MRT Jinjang dilengkapi dengan kemudahan parkir atau Park and Ride.[1] Terdapat kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda. Selain itu, tandas awam, surau, pusat perkhidmatan pelanggan dan eskalator turut disediakan bagi memenuhi keperluan dan keselesaan pengguna MRT. Untuk pembelian tiket, pengguna boleh membelinya melalui mesin tiket layan diri. Stesen ini juga dilengkapi dengan perkhidmatan bas pengantara.[8]
Pintu stesen
[sunting | sunting sumber]
Secara keseluruhannya, Stesen MRT Jinjang mempunyai dua pintu masuk dan keluar utama dan masing-masing terletak di aras tanah. Kedudukan Pintu A terletak di utara stesen mengarahkan pengguna ke Park and Ride Jinjang manakala Pintu B pula terletak di selatan stesen, berhampiran persimpangan Jalan Besar Kepong dengan Pintasan Segambut. Pintu A dan B mempunyai kemudahan asas seperti tangga dan tangga gerak (eskalator) serta lif yang sesuai untuk pengguna orang kurang upaya. Perkhidmatan bas tempatan-ulang alik T116 dan T117 masing-masing beroperasi sepenuhnya di Pintu A dan B.[9][10]
Stesen Laluan Putrajaya — Jinjang ![]() | |||
Pintu | Lokasi | Destinasi | Gambar |
---|---|---|---|
A | Utara stesen | Jalan Besar Kepong ![]() ![]() ![]() ![]() Hentian sebelah untuk bas pengantara, teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi, Park and Ride Jinjang, Kawasan Perindustrian Kepong, Jinjang Utara |
![]() |
B | Selatan stesen | Pintasan Segambut ![]() ![]() ![]() ![]() Hentian sebelah untuk bas pengantara, teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi, Residensi Ensesta Kepong, Depoh Bas MRT Jinjang |
![]() |
Perkhidmatan bas
[sunting | sunting sumber]Laluan | Koridor | Pengendali | Terminal[9] | Jumlah perhentian (termasuk terminal) |
Ruj. | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() |
Koridor Jalan Ipoh | RapidKL | MRT Jinjang Pintu A | ↺ | Jinjang Utara | 11 stesen | [11] |
![]() |
MRT Jinjang Pintu B | ↺ | Taman Sri Segambut | 14 stesen | [12] |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang] (PDF). MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. 2021. Dicapai pada 20 Februari 2022.
- ^ MRT Malaysia (2016-09-15). "MRT Sungai Buloh- Serdang- Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" [Video Jajaran Laluan MRT Sungai Buloh- Serdang- Putrajaya (SSP).]. Youtube. Dicapai pada 2021-12-12.
- ^ a b "Latest Update: MRT 2 Route Map of all Stations (Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya Line)" [Kemas Kini Terkahir: Peta Semua Stesen Laluan MRT2 (Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya)]. chatpropertymalaysia.com (dalam bahasa Inggeris). Chat Property Malaysia. 14 Mei 2015. Dicapai pada 20 Februari 2022.
- ^ "SSP MRT line 41% done: MRT Corp". theSundaily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
- ^ Shahrizan Salian (4 Oktober 2021). "Fasa 1 MRT Laluan Putrajaya dibuka November". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 2021-10-18.
- ^ Astro Awani (16 Jun 2022). "Fasa 1 MRT laluan Putrajaya beroperasi hari ini". Astro Awani. Dicapai pada 9 Julai 2022.
- ^ Izzul Ikram (4 Oktober 2021). "Phase 1 of MRT Putrajaya line to open in November, Phase 2 now 93.52% completed" (dalam bahasa Inggeris). The Edge Market Malaysia. Dicapai pada 2021-10-18.
- ^ "Stesen MRT Jinjang". Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) Sdn. Bhd. Dicapai pada 2021-10-18.
- ^ a b "Rapid KL & MRT Feeder Bus Service Info" [Maklumat Perkhidmatan Bas Rapid KL dan Bas Pengantara MRT]. RapidKL (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Julai 2022.
- ^ "Jinjang MRT Station" [Stesen MRT Jinjang]. mrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Julai 2022.
- ^ "Bas Pengantara MRT Laluan Putrajaya | Laluan T116 (MRT Jinjang — Jinjang Utara)". RapidKL (dalam bahasa Inggeris). 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
- ^ "Bas Pengantara MRT Laluan Putrajaya | Laluan T117 (MRT Jinjang — Taman Sri Segambut)". RapidKL (dalam bahasa Inggeris). 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Kategori berkenaan Stesen MRT Jinjang di Wikimedia Commons