Stesen MRT Jurong Town Hall

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
 JE6 
Jurong Town Hall
裕廊镇大会堂
ஜுராங் டவுன் ஹால்
Dewan Bandaraya Jurong
Stesen Sistem Pengangkutan Gerak Cepat akan datang
Koordinat1°19′34″N 103°44′46″E / 1.326°N 103.746°E / 1.326; 103.746Koordinat: 1°19′34″N 103°44′46″E / 1.326°N 103.746°E / 1.326; 103.746
Dimiliki olehPenguasa Pengangkutan Darat
Laluan
PlatformPlatform pulau
Trek2
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Tingkat platform1
Templat letak kenderaanYa
Kemudahan basikalYa
Kemudahan OKUYa
Sejarah
Akan dibuka2028; 4 tahun lagi (2028)
DielektrikkanYes
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Sistem Pengangkutan Gerak Cepat Stesen seterusnya
Jurong East
menghala ke Tengah
Laluan Daerah Jurong
Perkhidmatan akan datang
Pandan Reservoir
Terminal
Lokasi
Map

Stesen MRT Jurong Town Hall ialah stesen Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT) bertingkat akan datang, di mana Laluan MRT Daerah Jurong (JRL) berkhidmat di stesen ini. Stesen ini terletak di kawasan Jurong East, Singapura.[1][2][3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Mei 2018, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) telah mengumumkan bahawa stesen Jurong Town Hall akan menjadi sebahagaian daripada cadangan jajaran Laluan MRT Daerah Jurong (JRL). Stesen ini akan dibina di bawah Fasa 2 (Bahagian JRL Timur), yang mengandungi tujuh stesen diantara stesen MRT Tengah dan stesen MRT Pandan Reservoir, dan dijangka siap dan dibuka kepada awam pada tahun 2028.[4]

Stesen MRT Jurong Town Hall terletak di bawah kontrak J109. Reka bentuk stesen dan jejambat laluan kereta api berkaitan bagi J109 telah dianugerahkan kepada Daewoo Engineering & Construction Co. Pte Ltd - Yongnam Engineering and Construction Pte Ltd Joint Venture dengan jumlah sebanyak S$320.4 million pada Julai 2020. Pembinaan dijangka bermula pada tahun 2020. Kontrak J109 juga merangkumi pembinaan stesen MRT Toh Guan di Jurong East Central dan stesen Pandan Reservoir di Jurong Town Hall Road serta pembinaaan jejambat untuk landasan kereta api berkaitan sepanjang 3.6 kilometer (2.2 bt).[5][6][7][8]

Jangkaan pembukaan stesen ini sepatutnya pada tahun 2027, tetapi akibat larangan pembinaan ketika pandemik COVID-19 di Singapura, telah melambatkan proses pembinaan stesen Laluan Daerah Jurong (JRL), dan ditangguhkan kepadatahun depan iaitu 2028.[9]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Bangunan stesen iniakan bersebelahan denga Jurong Town Hall Road, dekat persimpangan bulatan International Business Park (IBP). Ia terletak di kawasanpembangunan Jurong East diantara International Business Park and Lakeside Subzones.[10]

Stesen MRT Jurong Town Hall akan mempunyai enam buah pintu masuk dan keluar, di setiap sisi Jurong Town Hall Road.[11]

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Stesen MRT Jurong Town Hal akan menyediakan perkhidmatan Laluan MRT Daerah Jurong (JRL), dengan kod stesen yang rasmi JE6. AKibat stesen ini dibina berhampiran dengan stesen MRT Jurong Lake District, di Laluan MRT Rentas Pulau, Menteri Pengangkutan, Iswaran menyatakan hubungan antara kedua-dua stesen itu sedang dikaji, tetapi menambah bahawa kedua-dua stesen itu bertujuan untuk memenuhi "objektif pergerakan komuter yang berbeza". [12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Jurong Region Line to serve NTU, Tengah estate, Jurong Industrial Estate - CNA". 2019-09-21. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-09-21. Dicapai pada 2019-09-21.
  2. ^ "Residents and students welcome Jurong Region Line but find it confusing". 2019-09-21. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-09-21. Dicapai pada 2019-09-21.
  3. ^ "Jurong Region Line". 2019-09-21. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-09-21. Dicapai pada 2019-09-21.
  4. ^ "Joint News Release by the Land Transport Authority (LTA) & SLA - Jurong Region Line: Enhancing Connectivity in the West | Press Room | Land Transport Authority". 2019-09-21. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-09-21. Dicapai pada 2019-09-21.
  5. ^ "Land Transport Authority on Instagram: The contract for the construction of 3 stations for Jurong Region Line". Instagram (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-17.
  6. ^ "LTA | News Room | news-releases | LTA Awards Four Jurong Region Line Contracts". www.lta.gov.sg. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 July 2020. Dicapai pada 2020-07-17.
  7. ^ "LTA awards 4 Jurong Region Line contracts worth more than S$682 million". CNA (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 July 2020. Dicapai pada 2020-07-17.
  8. ^ Tan, Cheryl (17 July 2020). "LTA awards four contracts totalling $682.5 million for the Jurong Region Line". The Straits Times. Dicapai pada 18 July 2020.
  9. ^ "Written Reply by Minister for Transport Ong Ye Kung to Parliamentary Question on Prioritising Early Completion of Jurong Region MRT Line". www.mot.gov.sg (dalam bahasa Inggeris). 1 February 2021. Dicapai pada 24 March 2021.
  10. ^ "Singapore's Jurong East Planning Area". Key Location (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-09-21.
  11. ^ "Jurong Region Line". 2019-09-21. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-09-21. Dicapai pada 2019-09-21.
  12. ^ Lee, Amanda (24 September 2022). "Authorities studying if Jurong Lake District, Jurong Town Hall stations will be linked as interchange: S. Iswaran". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 September 2022.