Stesen MRT Kampung Selamat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Selamat Rapid KL
كامڤوڠ سلامت
Permandangan Stesen MRT Kampung Selamat dibawah Jalan Sungai Buloh arah selatan, dari jejantas SqWhere.
LokasiStesen Kampung Selamat, Jalan Sungai Buloh, 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Koordinat3°11′50.53″N 101°34′42.33″E / 3.1973694°N 101.5784250°E / 3.1973694; 101.5784250Koordinat: 3°11′50.53″N 101°34′42.33″E / 3.1973694°N 101.5784250°E / 3.1973694; 101.5784250
Dimiliki olehMRT Corp
Laluan9 Laluan Kajang (Ditutup Jun 2022)
12 Laluan Putrajaya (Dibuka Jun 2022)
Platform2
Trek2
Pengendali kereta apiRapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia)
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T104
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaanTiada
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen PY03 
Sejarah
Dibuka9 16 Disember 2016; 7 tahun yang lalu (2016-12-16)
12 16 Jun 2022; 21 bulan yang lalu (2022-06-16)
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Sungai Buloh
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan Putrajaya Kwasa Damansara
menghala ke Putrajaya Sentral
Sungai Buloh
Terminal
Laluan Kajang
Perkhidmatan lampau (2016–2022)
Kwasa Damansara
menghala ke Kajang
Lokasi
Map

Stesen MRT Kampung Selamat adalah stesen Transit Aliran Massa (MRT) di Sungai Buloh, Selangor, Malaysia. Stesen adalah salah satu stesen Laluan Sungai Buloh-Kajang dan telah dibuka pada 16 Disember 2016 dibawah Fasa 1 laluan tersebut.[1] Nama stesen diambil daripada kawasan berhampiran iaitu Kampung Selamat yang terletak di bahagian timur Jalan Sungai Buloh. Semasa pembinaan, stesen ini dikenali sebagai Kampung Baru Sungai Buloh.[2]

Walaupun stesen ini adalah stesen  Laluan Sungai Buloh-Kajang, stesen ini akan bertukar menjadi stesen Laluan Putrajaya (nama lamanya ialah Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya) apabila laluan itu bermula operasinya pada November 2021 (mengikut perancangan stesen ini sepatutnya dibuka pada Julai 2021),[3] dibawah Fasa 1 laluan tersebut iaitu dari stesen MRT Kwasa Damansara hingga stesen Kampung Batu.[4]

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Aras legar stesen

Lokasi stesen[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di sebelah timur Jalan Sungai Buloh berdekatan simpang Jalan Sungai Buloh dan Jalan Welfare. Di sebelah timur laut stesen adalah Kampung Selamat manakala di sebelah barat stesen adalah Kampung Baru Sungai Buloh. Berdekatan dengan stesen adalah kompleks pembangunan bercampur SqWhere dan D'sara Sentral.

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
PY Arah Selatan 12 Laluan Putrajaya menghala ke  PY01  (Kwasa Damansara)
PY Arah Utara 12 Laluan Putrajaya menghala ke  PY41  Putrajaya Sentral (Sungai Buloh)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
L1 Aras legar Kedai serbaguna, mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan Akses OKU
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat:aras platform, aras legar dan aras tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Putrajaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[5]

Pintu masuk dan keluar[sunting | sunting sumber]

Terdapat tiga pintu masuk dan keluar stesen di Stesen MRT Kampung Selamat. Pintu A terletak di Jalan Sungai Buloh untuk ke arah selatan atau berdekatan dengan Kampung Selamat. Pintu B terletak di Jalan Sungai Buloh untuk ke arah utara dan Pintu C terletak di Jalan Welfare. Terdapat juga jambatan pejalan kaki yang dibina yang akan menghubungkan D'sara Sentral dengan Stesen MRT Kampung Selamat; pintu masuk/keluar ini belum dibuka untuk kegunaan orang ramai.

Stesen Laluan Putrajaya
Pintu Lokasi Destinasi Gambar
A Jalan Sungai Buloh (Selatan) Hentian sebelah untuk bas pengantara, teksi serta kenderaan peribadi
B Jalan Sungai Buloh (Utara) Hentian sebelah untuk bas pengantara, teksi serta kenderaan peribadi
C Jalan Welfare Hentian sebelah untuk teksi serta kenderaan peribadi
Jambatan pejalan kaki untuk ke D'sara Sentral D'sara Sentral
Jambatan pejalan kaki untuk ke SqWhere SqWhere

Kesalinghubungan[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan bas[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan bas pengantara di Stesen MRT Kampung Selamat terletak di Hab MRT Kampung Selamat Pintu B (kod hentian bas – SA1016) sahaja. Terdapat satu sahaja laluan bas pengantara yang ditawarkan di hab ini. Rujuk jadual di bawah untuk maklumat lanjut.[6]

Laluan Koridor Pengendali Terminal Destinasi
T104  Koridor Jalan Ipoh Rapid KL SA1016 MRT Kampung Selamat Pintu B Kampung Baru Sungai Buloh

Galeri[sunting | sunting sumber]

Stesen[sunting | sunting sumber]

Pintu stesen[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hussaini, Amran; Norhawa, Mohd. Ali (15 Dec 2016). "PM rasmi Fasa 1 MRT laluan Sungai Buloh - Kajang". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-22. Dicapai pada 6 Nov 2018.
  2. ^ Meng Yew Choong (26 Nov 2014). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2019. Dicapai pada 28 Mei 2019.
  3. ^ "SSP MRT line 41% done: MRT Corp". theSundaily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  4. ^ Shahrizan Salian (4 Oktober 2021). "Fasa 1 MRT Laluan Putrajaya dibuka November". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 2021-10-18.
  5. ^ "Kampung Selamat — MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
  6. ^ "MyRapid - Bus Kiosk". Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 27 Jun 2022. Dicapai pada 27 Jun 2022.